Skip to main content

Posts

Lawatan Sambil Belajar

Hari ini saya berjaya juga mengikuti rehlah yang dianjurkan oleh persatuan akademik saya. Masya allah, melihat mushaf al-quran dari Acheh yang tiba sehari sebelum tsunami menginsafkan insan kerdil ini. Betapa fikiran ini kembali mengimbau kenangan di pusat dokumentasi melayu di dbp. Teringat cerita seorang pustakawan di situ tentang mushaf al-quran yang tiba di yayasan restu sehari sebelum tsunami. Memang teringin nak menatap dengan mata kasar naskah tu. Tak sangka, rehlah yang pada mulanya agak berat untuk saya pergi membuahkan sesutu yang amt bermakna buat diri ini. Betapa Allah mahu menjaga kalam-nya. Kita lihat sahaja, masjid di Acheh terselamat, dan hari ini aku menyaksikan al-quran yang tiba di malaysia sehari sebelum peristiwa dahsyat itu. Masya allah,betapa kuasa kau menentukan apa yang terbaik untuk kami. Cuba kita yang buta mata hati untuk melihat himah di sebalik apa yang berlaku. Rehlah ini memberikan banyak erti terutamanya aku berjaya melihat mushaf itu. Memang ke...

Berkongsi Rasa

Seronok melayari blog MPR, melihat saban bulan ada nama-nama mantan MPR yang tersiar di Dewan Sastera. Bukan setakat Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, nampaknya masing-masing-masing sudah serius untuk mendalami dunia penulisan. Ada matlamat dan bekerja ke arah itu. Saya tumpang gembira dan bangga. Terutamanya mantan segenerasi saya, Aidil, Kak Sara, Haziq, Kak Eja, ada sahaja karya mereka yang tersiar saban bulan. Dan adik kita Ghazali mendapat pujian Abang Faisal menerusi karyanya dalam Dewan Siswa. Kepada kawan-kawan yang lain dan saya sendiri perlu mencontohi kegigihan mereka ini.Mungkin ada karya sahabat-sahabat yang tersiar, saya tak tahu maaflah. Boleh beritahu, saya suka kumpulkan karya kawan-kawan yang saya tahu. Saya secara peribadi, malu kembali bila membaca semula karya yang tersiar dalam Dewan Sastera, Februari. Saya hantar sajak itu sebelum menghadiri MPR, dan bersifat peribadi. Bila baca kembali, saya rasakan tak patut saya hantar karya itu seb...

Apa Jadi Pada Januari

Tanpa kita suka atau tak rela, Januari sudah meninggalkan kita. Bermakna berakhir satu bulan, dan Muharam juga hampir ke penghujung, apa yang telah diri laksanakan untuk satu bulan yang berlalu ini? Membiarkan bulan berlalu tanpa berhajat untuk mengubah kekurangan pada diri? Celakalah manusia yang semalam lebih baik daripada hari ini, sepatutnya kita selaku yang bernama Islam, haruslah sedar akan tanggungjawab kita, diri ini terutamanya. Apa peranan kita yang telah diciptakan sebagai khalifah di muka bumi. ALLAH mahu berikan pada gunung, mereka tak sanggup, sedangkan kita merelakan beban ini tertanggung atas pundak kita. Jadi, kita harus bertindak mulai sekarang. Teringat kata-kata Ustaz Bahasa Arab, hati-hati, sekarang musim orang mati, Ya, satu kebetulan, bulan lepas Ibu mertua kakak saya meninggal, dua hari lalu, Atuk kawan saya meninggal, baca blog MPR, ada mantan meninggal, pagi tadi dapat berita ada jiran merangkap saudara bau-bau bacang meninggal. (Al-Fatihah buat mereka), itu...

Kembali Setelah Lama Menyepi

Sudah lama sebenarnya blog ini tidak dijengah. Bukan sibuk atau apa. Bila ke cyber cafe sibuk menziarah blog orang lain,lupa blog sendiri. Ada juga saya menjengah blog-blog pilihan, kawan-kawan MPR, Kak Nisah, Minggu Penulis Remaja, Abang Faisal. Bila tengok teringat banyak yang saya belum buat, dibandingkan dengan orang lain saya agak ketinggalan. Namun saya tak patut biarkan perkara ini berlanjutan. Tahun baru dah menjengah, usia dah bertambah. Jika terus-terusan terbuai kenikmatan hidup tanpa melakukan perkara berfaedah, aku juga yang akan musnah nanti. Fikiran ini akan selamanya tak berkembang. Semoga 1429H mencatatkan sesuatu yang manis dalam lipatan hidup saya dan semua. Jika kita tidak berusaha untuk mengubah diri kita selamanya kita tidak akan berubah. Kita yang perlu menjadi penggerak. Bukan melihat orang lain bergerak, kita memerhati. Tahun ini saya tak memasang sebarang azam Bagi saya, azam tak perlu dipasang tapi hari-hari kena niatkan untuk dapatkan yang terbaik. Jik...

Kalian Yang Terpilih

kredit:  rumah kita paling indah Ramai orang akan mengeluh saat mendapat tahu mereka akan dipindahkan ke tempat baharu.  Almaklumlah daripada tempat selesa menuju tempat tidak dijangka...  Banyak kekurangan.  Kalau boleh semua mahu mengelak.  Namun apa boleh buat, ada kekangan yang menyebabkan perkara ini tak dapat dielakkan.  Kita terpaksa menghadapinya.  Apa-apa sekalipun buat sahabat semua, teruskan perjuangan kalian.  Jangan mengalah di tempat baru.  Kita sedang berjuang dan orang berjuang itu pasti akan diuji...  Biar apa yang terjadi jika kita bersabar ada buah yang manis dapat kita rasa.  Namun jika kita asyik mengeluh, semua perkara yang dibuat serba tak kena dan kita akan cepat letih dan muak.  Perasaan benci akan menguasai..

Terima Kasih, MPR 2007

Sudah lama blog ini tidak di kemaskini. Sejak pulang daripada MPR tempoh hari, saya langsung tak peluang ke pusat komputer. Almaklumlah, tempat baru. Pusat komputer ini pun baru di buka... kasihan... Mula-mula melayari laman sesawang MPR terkejut juga melihat banyak isu-isu baru yang saya tidak tahu. Apa-apa pun, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku selama ini. Buat semua yang banyak mamberikan pertolongan sepanjang seminggu saya berkampung di DBP, hanya ucapan terima kasih saya ucapkan. Banyak jasa dan budi kalian yang tak terbalas. Para fasilitator yang menabur budi. Urusetia yang baik hati, kawan-kawan yang memahami. Saya sedar dan amat maklum keadaan saya ketika di sana mungkin menimbulkan sebuah persoalan. Saya memang lebih gemar memerhati, seolah-olah tidak ambil endah... Buat sahabat keluarga MPR 07, teruskan perjuangan kalian. Sekali melangkah teruslah mara, kita perlu memperjuangkan bahasa kita yang semakin hanyut ditelan arus masa.. Kita adalah tunas yang akan menj...

Salam Imtihan

kepada semua, selamat menghadapi final exam yang bakal tiba... ingat, kita belajar bukan sekadar untuk peperiksaan tetapi sebagai bekalan untuk menghadapi hati depan yang menjanjikan 1001 cabaran.... good luck!!!!