Terima Kasih, MPR 2007


Sudah lama blog ini tidak di kemaskini. Sejak pulang daripada MPR tempoh hari, saya langsung tak peluang ke pusat komputer. Almaklumlah, tempat baru. Pusat komputer ini pun baru di buka... kasihan...

Mula-mula melayari laman sesawang MPR terkejut juga melihat banyak isu-isu baru yang saya tidak tahu. Apa-apa pun, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku selama ini.

Buat semua yang banyak mamberikan pertolongan sepanjang seminggu saya berkampung di DBP, hanya ucapan terima kasih saya ucapkan. Banyak jasa dan budi kalian yang tak terbalas. Para fasilitator yang menabur budi. Urusetia yang baik hati, kawan-kawan yang memahami. Saya sedar dan amat maklum keadaan saya ketika di sana mungkin menimbulkan sebuah persoalan. Saya memang lebih gemar memerhati, seolah-olah tidak ambil endah...

Buat sahabat keluarga MPR 07, teruskan perjuangan kalian. Sekali melangkah teruslah mara, kita perlu memperjuangkan bahasa kita yang semakin hanyut ditelan arus masa.. Kita adalah tunas yang akan menjadi pohon pada masa depan. Jika tidak dibaja dengan baik, maka hampalah mereka yang mengharapkan kehadiran kita dalam persada sastera tanah air...

TERUSKAN BERKARYA... WALAU APA JUA BIDANG YANG KALIAN CEBURI.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut