Skip to main content

Apa Jadi Pada Januari

Tanpa kita suka atau tak rela, Januari sudah meninggalkan kita. Bermakna berakhir satu bulan, dan Muharam juga hampir ke penghujung, apa yang telah diri laksanakan untuk satu bulan yang berlalu ini?
Membiarkan bulan berlalu tanpa berhajat untuk mengubah kekurangan pada diri? Celakalah manusia yang semalam lebih baik daripada hari ini, sepatutnya kita selaku yang bernama Islam, haruslah sedar akan tanggungjawab kita, diri ini terutamanya. Apa peranan kita yang telah diciptakan sebagai khalifah di muka bumi. ALLAH mahu berikan pada gunung, mereka tak sanggup, sedangkan kita merelakan beban ini tertanggung atas pundak kita. Jadi, kita harus bertindak mulai sekarang.
Teringat kata-kata Ustaz Bahasa Arab, hati-hati, sekarang musim orang mati, Ya, satu kebetulan, bulan lepas Ibu mertua kakak saya meninggal, dua hari lalu, Atuk kawan saya meninggal, baca blog MPR, ada mantan meninggal, pagi tadi dapat berita ada jiran merangkap saudara bau-bau bacang meninggal. (Al-Fatihah buat mereka), itu yang saya tahu, berapa banyak lagi yang saya tidak tahu, dalam Malaysia:
Yang dibunuh, mati kemalangan, keracunan, penyakit, SUBHANALLAH, semoga mereka mengadap Tuhan dalam keadaan bertaubat. Di negara luar, yang syahid, itu cerita lain. Mereka memang mengharapkan perjuangan itu berakhir dengan kesyahidan yang amat membahagiakan.
Tak tergambar bagaimana matinya Anak Adam itu membawa di pundaknya dosa tak terampun, teringatlah saya akan diri sendiri yang banyak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya kadang-kala kita tak menyedari apa yang kita lakukan melukan pihak lain, kita tak endahkan bahasa-bahasa badan yang mereka gunakan.
Jadi kepada sesiapa yang membaca blog ini dan terasa dengan apa-apa yang saya lakukan selama ini, beritahu dan maafkan saya, mungkin saya tak menyedarinya.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...