Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Tiada Cerita Baharu Tahun Ini

Pernahkah anda melihat seseorang berada di takuk yang lama untuk beberapa ketika?  Kadang aku merasakan begitu. 2022 sudah di hujung. Bakal berakhir dengan kisah-kisah yang terjadi. Ada yang aku ingat dan catat. Ada yang berlalu seperti angin. Ada peristiwa ingin dilupakan sepenuhnya, ada yang mahu diingat sampai bila-bila.  Ada perasaan baharu hadir. Ada perasaan lama kekal. Dapatlah aku katakan tahun ini aku memilih diriku sendiri juga. Ada ketika, perasaan tidak terkawal. Aku berada di luar kawalan. Melayan perasaan sendiri. Ya. Akhirnya perasaan itu juga berlalu...  Semoga aku dapat menjalani hari. Itu sahaja harapanku sekarang.  "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lega

Perasaan apakah yang tersimpan dalam diri aku? Semalam, perasaan itu menjerit mahu keluar. Aku tidak dapat bercerita kepada orang lain. Aku tidak tahu mahu bercerita kepada siapa.  Malam itu.  Aku tutup semua lampu. Sekalipun aku lebih selesa tidur lampu terpasang. Cuba menutup mata. Perasaan sedang berlagu. Lagu duka.  Perlahan air mata menitik. Satu. Dua. Tiga titik... Aku biarkan. Aku layan.  Aku rindu air mata. Entah bila kali terakhir air mataku jadi teman. Jadi kelegaan. Setelah air mata gugur, aku lega. Aku boleh tidur lena. Seketika.  Jam 12 aku terjaga. Buat itu ini, sambung tidur... Aku lega, pada malam itu.  Tulisan Aku masih selesa bercerita melalui tulisan. Bersepah tulisanku di mana-mana. Cerita sama. Gaya sama. Aku memilih kata-kata yang mahu aku lontar. Aku simpan baki dalam diri. Atau dalam diari.  Kata-kata aku bukan suara besar. Banyak luahan. Cerita harian. Tentang aku... Lega, setelah menulis.  Semakin tua, kepala makin bising...

September Menjengah

"Cik belum bank in duit bulan ini." Sudah beberapa hari aku berkira-kira mahu mesej beritahu minta tangguh bayar duit sewa bulan ini. Elaun belum masuk. Aku harus menunggu sebelum boleh bayar duit sewa. Ya. Masih berdegil duduk seorang.  Terima kasih kerana menanti. Bukan sengaja mahu melewatkan, memang perlu duit masuk untuk aku keluarkan duit membayar itu ini.  Itu pun aku masih seperti aku setahun yang lalu. Seolah-olah semua baik-baik sedangkan sedangkan ada ketika aku pura-pura okey. Entah kepada siapa aku berpura... September berlagu. Aku masih sendu.  Semoga aku sedar diri. 

Tulisan Tengah Malam Pertengahan Ogos

Tiada yang dapat membangunkan diri engkau melainkan engkau sendiri.  Minggu ini menjadi minggu yang sunyi dalam bising. Kepala dan jasad enggan berdamai. Apabila satu anggota sakit, seluruh jasad memikul kesannya. Sejak Selasa. Berterusan sampai Khamis.  Aku enggan bertemu orang walaupun aku sudah berjanji memulakan tugasan yang diminta. Jasad aku tidak membenarkan. Akhirnya aku berasalan dan mengangguhkan sampai minggu depan.  Aku perlu berdamai dengan diri aku sendiri. Minggu ini jadi minggu sesak dalam diam. Diri sendiri yang sesak. Di luar, masih damai.  Aku mahu berlajar berdiam. Akhirnya aku membiarkan tulisan aku berbicara. Berbicara di ruang bising yang diam. Di sini, tiada yang melawat. Aku juga lebih bebas berbicara di sini. Menaip satu demi satu kata... HARGA MENDEWASA Aku tidak rasa aku dewasa. Usia yang makin merangkak tua. Menuju mati. Makin pendek masa. Makin sedikit ruang. Hanya aku yang belum sedar diri. Aku masih melakukan hal sesuka hati. Membuat h...

Ogos

Ogos tiba. Aku masih di tempat aku. Sudah setahun. Ah, tiga tahun? Entah. Sudah berapa tahun. Aku bergerak, tetapi ada ketika aku mahu diam sediamnya di tempat aku. Berbaring tidak melakukan apa-apa. Sekalipun tangan sibuk di telefon.  Bilangan aku bertemu orang lain semakin berkurang. Aku selalu nervous bertemu orang. Aku selesa sendiri... Terlalu selesa sampai ada rasa takut dalam diri.  Sepatutnya banyak hal perlu aku lakukan dan bergerak. Hakikatnya jasad aku banyak di rumah. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan.  Bila kepala dan jasad "bergaduh" aku memilih lena walaupun aku tidak mengantuk. Atau aku akan tenggelam bersama drama.  Kadangkala sampai aku tidak faham diri sendiri. Mengapa aku buat begitu? Ogos sepatutnya bulan aku suka. Aku mahu menyelesaikan tugas kemas rak buku. Sudah beberapa hari rak buku terbiar. Aku banyak berbaring, tidak buat apa-apa. Buat aktiviti tetapi seperti tidak lakukan apa-apa. Aku ingin berpergian.  Jasad masih mahu berada di r...

2022

Hari ini, 15 Mac 2022.  Semakin jarang aku berbicara di sini. Membiarkan lemabran-lembaran kosong tidak terisi. Atau aku sebenarnya semakin hilang seni bercerita dengan tulisan. Juga perbualan-perbualan yang makin berkurang.  Semestinya ada banyak cerita yang aku tulis, ada yang kembali aku padam atau aku tulis dalam buku catatan untuk diri sendiri. Masih, aku mahu menulis di sini, ketika perasaan mahu mengeluarkan apa yang terbuku dalam kepala.  Cerita 1 Terima kasih mereka yang datang, membawa aku keluar seketika melihat dunia luar yang luas. Dunia aku semakin kecil, di dunia maya, di dalam bilik, memandang ke luar. Sesekali apabila awak ajak keluar atau menemani awak di kedai, memang tidak aku tolak. Aku masih mencari sebab untuk keluar sendirian, atau jika tidak aku akan selesa berada di rumah. Keluar untuk beli barang, dan kembali ke bilik.  Mereka tidak ramai, tetapi mereka ada. Itu mereka yang ada dalam lingkungan aku sekarang. Yang berinteraksi secara maya at...