Skip to main content

Kisah Perempuan itu

Bergelas-gelas lagi air mata yang tumpah setahun ini. Air mata seorang perempuan yang hanya tahu peduli tentang hati sendiri. Seorang yang pentingkan diri sendiri, tanpa pernah memikirkan perasaan orang lain.

Aku. Terkadang, aku sangat terasa perlu seseorang yang dapat menampar aku berkali-kali. Agar aku lekas kembali menghadapi dunia realiti. Meski aku melalui hari seperti orang biasa, aku sikap yang aku enggan ubah. Aku akan buat yang aku suka, dan tinggalkan yang aku tidak suka.

Aku tidak mampu berpura-pura suka dan lakukan sahaja hal yang aku suka. Ya, selagi aku cinta, aku akan melakukannya. Walaupun hasil tidak setara mana. Jika ada rasa tidak suka, beri aku semangat setinggi mana sekalipun, alasan aku melebihi semua.

Jalan ini tidak mudah. Terlalu ramai yang berkorban. Sudah banyak wang yang dilaburkan. Kadang, aku makin keliru dengan keputusan yang aku sendiri buat ini.

Bertitik-tolak kepada diri aku sendiri.

Sehari dua ini, aku rasa kian sunyi. Sunyi dalam keramaian. Sunyi yang dalam. Aku semakin sukar bersuara. Aku semakin mahu memilih untuk berhibernasi. Diam. Diam. Diam....

Perjalanan ini, aku tidak tahu, akankah bertemu titik akkhir. Aku tidak tahu. Sungguh tidak tahu. Aku terasa penat. Rasa ponat sangat dengan apa yang sedang aku lakukan.

Kalau tidak selesai sekalipun, biarkan aku belajar perkara-perkara yang aku mahu belajar. Aku belajar bukan untuk menjawab peperiksaan, aku mahu tahu. Hal-hal yang aku malas baca dalam buku.

Comments

Wanie Suhaini said…
Semoga tidak berputus asa~
Wow!

Wanie Suhaini komen.