Skip to main content

Bukan Dunia Mimpi

Terasa aneh untuk kembali mengatur kata-kata untuk menulis dalam blog. Sesekali menjengah, terasa sangat tidak adil aku terlalu membiarkan Manuskrip Bawah Meja kosong tanpa kata-kata. Walaupun bukan ada yang membaca, tulisan aku di sini selalu merakam perasaan semasa aku menuliskannya.

Watak-watak yang direka, hakikatnya menceritakan kisah empunya diri. Kisah yang diceritakan kemudian benar-benar terjadi dalam versi lain. Sejak dahulu, sampai sekarang aku selalu gagal menyampaikan kata-kata dalam suara. Gagal mungkin kerana aku yang gagal menyerlakan apa yang tersembunyi dalam diri sembunyi. Tersembunyi dalam diri yang paling dalam. Ketakutan.

"Jamilah, awak jangan takut sangat."

"Jamilah, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam tulisan."


Engkau harus sedar yang sekarang engkau sedang berdiri dalam dunia realiti yang kadang sangat kejam. Boleh jadi zalim. tetapi selalunya lembut membelai. Setiap kita termasuk engkau teruji dengan apa yang sedang dilalui. Apa yang sedang engkau rasa. Apa yang sedang kau fikir dan terzikir di bibir. Semuanya. Semuanya adalah ujian yang menguji hubungan engkau dengan Allah dan sesama manusia.

Betapa banyak kali engkau sudah merasakan apa yang dinamakan kegagalan. Engkau penah bergelar orang berjaya walau dalam daerah kecil. Zaman persekolahan kau diuji dengan kejayaan. Zaman universiti engkau teruji dengan kegagalan. Bagamana engkau sekarang? Sudah pulihkan semua kelukaan?


...
03012015
Rumah Cinta Sri Damansara

Comments

Popular posts from this blog

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...