Biru...
Bila sakit, taknak pergi klinik. Batuk berkongkong-kongkong, hidung berpuluh kali menyembur hingus, degil taknak cari ubat. Masih minum air batu, air sejuk. Kepala dah pening-pening masih taknak tidur, taknak berehat.-Budak U. (cerita penuh di blog beliau)
# Membaca kisah ini seakan aku sedang membaca kisah aku. Ya Allah, sesungguhnya tidaklah kamu menguji melainkan ada lebih daripada satu penyelesaian pada setiap masalah. Itu kata ustaz yang aku dengar di IKIM.fm semalam, semasa menanti mata terpejam. Kata ustaz, sebagaimana Allah rakam dalam surah al-Baqarah, tidaklah Allah bebankan seseorangkmelainkan dia mampu hadapi. SMILE. :)
# Teringat coretan umairah shafei. Ah, bicaranya sering tidak jemu dibaca. Lalu aku tekan satu perkataan di blognya, membaca catatan ini ...
"Jangan disangka bila Allah tak menguji dengan kesakitan, kekecewaan, kesedihan, kepedihan dan semaksud dengannya, bermakna Dia tidak peduli dengan dosa dan maksiat yang kita buat. " -umairah shafei, 23.11.10
Sebab tu, baru tersedar, pentingnya tubuh badan yang sihat. Cergas sepanjang masa. Tenaga yang ada biar diinfakkan pada kerja-kerja berfaedah tentunya. Sebab tujuan hidup ini, tak lain tak bukan hanya dua saja tujuan utama. Pertama, sebagai hamba Allah, dan beribadah kepadaNya. (Adz-Zariyat: 56) Kedua, memakmurkan bumi Allah, sebagai khalifah atas muka bumi. (Al-Baqarah:30) -umairahshafei, 18.12.10
***
Tadah tangan
Rendahkan hatimu
Pohon pada Yang Satu
Pasti diberinya segala yang perlu.
Diberi peluang kedua
Selagi nafas masih di dada...
Teguhkan diri pada jalan yang satu
Wahai kamu....
Kembali merajut cinta
Dalam untaian tasbih yang sentiasa bermain di jemari...
lu'luah nur jamilah
****
# Selamat berkawan dengan buku teks, nota, slide-slide yang diberi ustaz, tulis dan tulis.
# Sekarang, keikhlasan akan teruji. Belajar kerana imtihan?
# Fatrah peperiksaan. Sungguh aku mencintaimu.
# Kawan-kawan, teman-sahabat- jaga kesihatan. Kata kawanku semalam: badan akan diguna lama, jaga ia baik -baik.
# Terima kasih semua teman yang sangat baik.
# Maaf semua salah silap.
# Mahu berhubernasi! Doakan saya.
# Buat kalian, semoga segala-galanya baik -baik sahaja.
Wassalam.
Jamilah Mohd Norddin
Ila Husna
Lu'luah Nur Jamilah.
Comments