...kerana pesta buku... siri 2


Assalamualaikum, 

Datang kesempatan untuk menulis. Saat mata enggan terpejam setelah apa yang aku hadapi hari ini. Biarlah aku mencoret seketika di sini. Setelah aku ke book fair Ahad lalu, rasa tidak puas hati masih ada. Tambahan duit dalam bank masih berbaki. Namun tak ada niat untuk ke sana secepat itu (Isnin). Tengahari itu berhajat ke maktabah.. online.

Di pertengahan jalan, terserempak pula Kak Husni dan Masthura yang baru menyelesaikan tugasan sebelum meninggalkan bumi Nilai ini.

“J, jom ke pesta buku.”

Mataku mula bersinar. Hati melonjak ria.. Untuk ke sana, tidak perlu paksaan. Pendekkan cerita, aku, Mas dan Kak Husni ke sana dengan tajaan Mas (Syukran ya Ukhti, moga dipermudahkan menghafal dan pembelajaran di DQ). Hari bekerja, perjalanan agak lancar. Suka.. Kenangan terindah.. Banyak memori.. Itulah yang dapat aku ringkaskan di sini.

Apa yang mahu aku nukilkan adalah peristiwa di sana. Target pertama adalah Syarikat BLUE-T lantaran Mas mencari t-shirt labuh buat adiknya. Aku dan Kak Husni ke Gerai Jundi Resources.. Ternampak Ustaz Riduan Mohd Nor di situ.. Peluang keemasan ini. Mahu mencari hadiah kecil buat Mas tersayang. Pusing kembali, Mas lesap.

Parah! Hati mula risau kami berdua dan dia seorang. Ke galeri ilmu, tiada.. Pusing hampir keseluruhan booth yang terdapat di situ. Cuma belum ke kaunter pertanyaan, buat pengumuman kawan hilang. Hm, di pesta buku juga ada kanak-kanak yang tercicir ditinggalkan ibu bapa. Penat, aku mengambil keputusan ke surau. Mana tahu Mas ada di sana.. usai solat, meninjau pula di tingkat dua, khuatir dia ada di situ. Melihat Syarikat al-Ameen, ternampak FT, tunjukkan pada Kak Husni.. Nampak penulis yang aku kenal, aku perkenalkan pada Kak Husni.. Penat! Risau!

Tambahan pula telefon bimbit Mas ada pada Kak Husni. Berbagai andaian muncul. Tak mengapa, berpatah semula ke tingkat satu. Singgah ke Gerai PTS, Kak Husni beli Salju Sakinah.. Guna Kad Matrik, dapat diskaun 25%, memang menarik... Dapat beg yang membuatkan aku sangat cemburu...


DI situ, terima panggilan daripada Mas yang menggunakan telefon awam. Bergegas kami ke tempat yang dikatakan Mas..

Rupanya beliau ke ATM untuk cucuk duit.. Subhanallah...

Aku hanya terfikir tapi tak tergerak hati untuk ke sana. Kami bersatu kembali... Senang hati... Sama-sama membelek buku.. Mencari buku.. aku menghabiskan duit.. Terpisah, kami bertemu semula kerana ada telefon bimbit untuk berhubungan.

Lihat Khair Ngadiron.. Dua tiga kali juga berpusing di situ.

Tiada istilah puas dalam membelek buku. Gila melihatnya. Hobi aku bukankah mengumpul buku? Ada cuti sebulan untuk menghabiskan 9 buah novel ini. Apa-apa pun ini pengalaman yang manis buat aku bersama dua insan yang aku kasihi, Kak Husni dan Mas...

Hampir jam enam kami bertolakn pulang. Mas ke KL Central meneruskan perjalanan ke perlis dan aku dan Kak Husni kembali ke Nilai. Jika ada kesempatan, sangat nak ke sana lagi, tapi duit dalam bank juga sudah kering... Ada yang mahu menaja? Aku sedia menerima...
Antara penulis yang aku lihat:
*Abu Hassan Morad
*FT
*Kak Ummu HANi
*Ustaz Zahazan
*Ustaz Riduan Mohd Nor
*Imaen
*Dr Kamariah Kamarudin
*Mungkin aku tak kenal...

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut