Berkongsi Kisah

Assalamualaikum...

Cerita ini dah agak lama terjadi. Beberapa minggu yang lalu, ketika aku melarikan diri untuk pulang ke kampung...

Di sini aku mengakui, jika kita lari daripada benda yng baik, akan ada balasan yang menyusul... Bukan itu sahaja hukum ini sama sahj jika kita melakukian perkara yang baik-baik. Ada balasan yang menyusul dan baik tentunya...

Seperti biasa, aku menaiki teksi dan dikenakan caj untuk seorang pelanggan, memang hanya aku seorang, sampai di stesen komuter Nilai, RM8 ringgit. Menaiki komuter ke KL CENTRAL. Alhamdulillah, perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sampai di situ, bermulalah sesi mencari tiket. Aku ke kaunter biasa, PLUSLINER, malangnya tiket untuk balik ke kampung tiada, habis terjual. Bagaimana sekarang dan apa yang harus aku lakukan? Dengan fikiran yang agak berserabut, jiwa kacau, keadaan PUDURAYA yang amat sesak-kerana petang Sabtu, tentu ramai yang mahu pulang ke kampung- Aku agak berputus asa, menuju ke satu kaunter...

"Akak, tiket ke Kulim ada?"

"Habislah, Dik."

"Butterworth"

"Ada."

"Bagi saya satu."

"RM40 tau.''

Aku mengangguk, setuju. Asal sahaja aku selamat sampai ke kampung halaman. Memandangkan Zohor hampir masuk, aku mengambil keputusan untuk berehat di surau, malangnya berkunci, menumpanglah aku bersolat, hanya di ruangan luar... Alhamdulillah... Dah hampir pukul dua, aku lihat tiket, kena berkumpul di kaunter 1..

Sesampai di sana, bas yang dinanti tiada... Ah, tak mungkin berulang pengalaman yang sama... Pulang tempoh hari, aku terlepas bas, terpaksa mendapatkan tiket baru. Aku tunggu, bersama sebilangan penumpang yang memiliki tiket seperti aku...

Hampir 3 suku, barulah bertolak... Dalam bas, tiket dicaj lagi 5 Ringgit, melayang lagi duit aku. Ah, pedulikan, asal sahaja aku sampai di kampung. Aku tak mengerti mengapa hati ini kuat untuk pulang ke kapung, walaupun tiada sebarang cuti. Hanya Sabtu dan Ahad. Perjalanan yang agak membosankan kerana aku banyak tidur, menenangkan hati yang agak panas kerana terpaksa membayar lebih. ' Sabar, dialah yang nak bawa kau balik kampung, kena ucap terima kasih' aku memujuk diri sendiri.

Hampir 7.30p.m, aku selamat tiba di Butterworth, alhamdulillah, selamat berbuka puasa dalam bas Jadam... Melintasi jambatan, aku teringat perjalanan aku, hidup... ah, otak ini suka benar melencong..

Diringkaskan, pukul 10 malam aku selamat tiba di rumah... Tak banyak yang aku buat. Menggeledah buku-buku aku, untuk dibawa ke asrama.... Tapi aku suka benar balik kali ini... Ada benda yang aku dapat, namun tak boleh dikongsi di sini....

*Bila kita rasa sunyi atau sepi, dekat-dekatkan diri dengan mereka yang boleh memahami dan tahu tentang kita.Paling hampir adalah ALLAH yng sentiasa menantikan hambanya memohon doa kepadanya... Setakat manakah kita memohon padanya ? Sesungguhnya dialah yag paling pemurah, memberi tanpa kita pinta, memberi lebih yang kita mohon... Jika manusia, memberi bila diminta, atau mungkin tak dapat apa yang kita mahukan...

Wallahua'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut