Skip to main content

Cerpen: Impian Afif

 IMPIAN AFIF
Penulis: jamilah mohd norddin

Aku menyingkap tabir kenanganku bersama si kecil, Afif. Memang kesempatan kami bersama amat terbatas namun keletah dan kerenahnya membuatkan aku terus mengingati tampang mungil itu. Sifatnya yang mudah mesra dengan sesiapa saahaja menjadikan Afif disayangi semua penghuni rumah aku. Afif yang merupakan anak kepada kakak sulung merupakan buah hati pengarang jantung bagi aku.

“Nanti bila Afif dah dewasa, Afif nak jadi tentera. Afif benci tengok orang gaduh-gaduh. Afif kasihan melihat orang Islam kat dalam TV tu..”

“kalau Afif nak jadi tentera, Afif kena belajar rajin-rajin. Kena pandai macam Ummi. Kena kuat macam Abah.”

“Itu Afif tahulah Acu. Abah pun selalu cakap macam tu. Nanti Afif pergi sekolah, Afif akan mengaji sampai pandai.”

“Mari kita tidur, Afif. Esok kan Afif nak hantar Acu ke sekolah. Tidur lambat nanti Afif mengantuk.”

Tanpa perlu disuruh, dicapai tangan Umminya lantas dicium. Pantas pula pipinya hnggap di pipi Abahnya.

‘Bijak sungguh Afif. Inilah berkat bimbingan yang betul daripada ibu bapa.’ Hatiku masih sempat berbicara sambil tangan memimpin Afif ke biliknya.

***

Aku meneruskan pengajian bagi tahun kelima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bahagia. Sememangnya aku bahagia di sini. Tarbiah yang ditekankan menjadikan aku lebih bersedia menghadapi hari depan yang pastinya sangat mencabar.

“Ikrimah, muram ana tengok enti hari ini. Enti ada sebarang masalah? Lebih baik kita berkongsi.”

“Syukran ya Ukhti, ana tiada sebarang masalah, Cuma terkenangkan bagaimana agaknya seorang Rasul memperjuangkan Islam sehingga Islam dianuti di mana-mana. Kita harus rasa sangat bertuah dan amat beruntung.”

“Ana tahu.. namun enti menyembunyikan perkara lain daripada ana, Betul?”

“Sudah berkali-kali ana menghubungi Kak Long. Namun tiada sebarang jawapan. Hanya mesin pesanan yang menjawab. Ana bimbang...”

“Innallaha maassabiriin. Doakan agar tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin mereka sibuk agaknya.”

“Berdoalah agar tiada apa-apa yang buruk berlaku. Kita merancang namun ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.”

Aku capai tangan Hasanah lantas dirinya ku peluk. Mahu meredakan perasaan yang bergalau. Hatiku dipenuhi perasaan yang tidak enak. Seolah-olah sesuatu telah terjadi. Tidak pernah sebenarnya hatiku sebegini resah. Tambahan pula apabila terkenangkan pandangan Afif yang seperti memendam sesuatu. aku amat tiada bersedia untuk menghadapi sebarang kejutan.

***
Suasana di kediaman dua tingkat itu kecoh. Afif tiba-tiba rebah dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Hanya emak dan Kak Zi yang tinggal di rumah. Abang Lan awal-awal lagi telah bertolak ke pejabat. emak terkedu sebentar. Bingung dengan situasi yang melanda.

“Assalamualaikum, Pak Mid, Pak Miid!!!” Terkocoh-kocoh emak ke rumah sebelah, jiran terdekat yang merupakan pemandu teksi.

“Afif, Pak Mid. Dia...”

Belum sempat emak menghabiskan percakapannya, cepat-cepat Pak Mid mencelah.

“Aku masuk bersiap. Kamu tunggu di rumah. Aku akan cepat sampai.”

Pak Mid seperti faham akan kekalutan yang berlaku. Segalanya berjalan pantas. Kak Zi memangku Afif ke kereta. Tiada apa yang terlintas dalam fikiran masing-masing sekarang. Masing-masing membisu. Memikirkan apa yang terjadi pada Afif sebenarnya. Kak Zi amat gusar sesuatu menimpa buah hatinya itu.

“Kau telefon Fadzlan tak, Zi?”

Setelah segala urusan selesai, barulah emak teringatkan Abah Afif.

“Ya Allah. Zi lupalah, Mak. Kalut sangat sampaikan perkara sebegini penting boleh Zi lupa.”

Pantas sahaja jarinya menekan punat-punat pada telefon bimbitnya. Berjuraian air matanya menceritakan perihal Afif yang belum sedarkan diri hingga saat ini. Naluri Ibu sering benar. Dan inilah yang meresahkannya. Menjadikannnya tak senang duduk. Hatinya dapat merasai sesuatu. Amat tidak enak.

Aziera sekadar melepaskan pandangan kosong ke arah pintu bilik kecemasan. Apabila pintu itu terbuka, matanya pasti terarah ke situ. Namun tiada sebarang berita tentang Afif.

“Ya Allah andai kau mahu menjemputnya sekarang, biarlah kami sempat bermesra dengannya dulu. Ingin aku cium dahinya. Ya Allah, selamatkanlah anakku.”

***

Aku masih di tempat Ustazah Mardhiah. Pelik aku memikirkan situasi ini. Tidak mungkin tak ada sesiapa di rumah. Kalaupun Kak Zi pergi kemana-mana pasti telefon bimbit dibawa bersama. Kebiasaannya apabila aku menghubungi rumah, pasti Emak akan menyambut. dan aku akan berbual-bual dengan Afif. ‘Ya Allah, semoga tiada perkara buruk yang berlaku.’

“Baraimana Ikrimah? Masih tiada jawapan?”

“Entahlah Ustazah. Hati saya semakin tak enak. Kalau ke mana-mana Kak Zi tak akan tinggalkan telefonnya.”

“Berdoalah agar semuanya selamat, Insya Allah. Mungkin mereka ke pasar agaknya?”

Ustazah Mardhiah seperti mahu mengenakkan perasaan aku yang berserabut. Syukurlah masih ada secebis iman untuk menghalang aku daripada memikirkan kemungkinan yang tidak baik.


Akhirnya, aku mendiamkan diri. Aku benar-benar terganggu.Makanan lansung tidak aku jamah meski dipujuk berkali-kali oleh sahabatku.Jiwaku kacau.


“Ikrimah, abang awak menunggu di bawah.Katanya nak jumpa awak. Penting.” Mendengar perkataan penting membuatkan badan terasa sangat ringan. Cepat-cepat aku menyarung jubah dan mengenakan sarung kaki.

“Abang Lan nak ajak Adik balik. Abang dah minta kebenaran daripada warden. Tak perlu bawa apa-apa. kita terus balik.”

Seperti kerbau yang dicucuk hidung, aku hanya menurut langkah Abang Lan ke keretanya. Melihat Abang Lan yang biasanya amat ramah membatu, aku mengunci mulut serapat-rapatnya. Mendung di wajahnya membawa alamat yang tidak baik.

“Emak sakittkah? Ataupun Afif....” Aku membiarkan persoalan itu tergantung tanpa jawapan.

Bening air jernih mengalir apabila menatap keadaan tubuh kerdil itu. Sebak dada melihat wayar-wayar berselirat yang seakan-akan mengkhabarkan beratnya penderitaan yang terpaksa ditanggung si kecil ini. Aku memaliskan wajah, tidak sanggup meihat.

“Injap jantung Afif tersumbat, Adik. Dulu Kak Zi ingat Afif sakit biasa. Tak ada yang serius. Tak sangka begini sudahnya.”

Kak Zi membongkar kisah di luar pengetahuanku. Aku sekadar memandang dari luar. Aku tidak kuat untuk menghadapi si kecil itu.

Aku terpaksa kembali ke sekolah untuk meneruskan ppengajian. Atas permohonanku kepada pengetua, akau dibenarkan melawat Afiif saban petang. Keadaan Afif semakin menunjukkan perkembangan positif. Akulah insan paling gembira mendengar perkhabaran itu. Daripada ICU, Afif sudah dipindahhkan ke wad kanak-kanak.

“Ummi, bila Afif boleh ballik. Afif nak duduuk kat rumah. Afif tak sakit. Afif sihat kan Ummi. Afif tak mahu tinggal di sini. Ummi...”

“Sabar ye, sayang. Nanti Ummi tanya doktor. Bila Afif sihat, Afif boleh balik. Boleh main dengan Acu..”

“Nanti, Afif balik, kita pergi taman permainan, ye. Kita main sama-sama. Kita tangkap gambar, makan-makan.”

“Seronoknya... Cepatlah Ummi tanya doktor Afif boleh balik bila.”

Aku bahagia melihat senyuman di wajah Afif. Aku melepaskan kucupan di pipi mungilnya.

“Sayang Acu...”

***

Esok Afif akan dibenarkan pulang. kebetulan minggu ini aku dibenarrkan pulang ke kampung. Awalk-awal lagi aku telah mengemas beg pakaian. Tidak sabar aku mahu mmemeluk Afif an membawanya ke taman permainan sebagaimana janjiku padanya. Abang Fadzlan akaan menjemputku selepas solat Zohor..

Bersemangat sekali aku belajar hari ini. Tiddak seperti semalam, aku dibayangi wajah Afif. Ketukan di pintu kketika jam baru menjengah 11 pagi mengganggu konsentrasiku.

“Abang Fadzlan???”

Cikgu memandang aku seketika sebelum memanggil namaku, membenarkan aku mengikut Abang Lan.

Pandanganku gelap sebaik mendengar berita duka yang Abang Lan bawa. Apabila tersedar, aku terbaring di bilik rawatan.

Aku mengikut Abang Lan. Kepalaku benar-benar berat.. Aku beristigfar beberapa kali, memohon kekuatan supaya dapat menerima berita ini.

“Afif pergi ketika sedang tidur. Bukan disebabkan penyakitnya. Allah mahu menguji kita...”

Hanya itu yang singgah di pendengaranku sebelum aku rebah betul-betul di pintu kelas.

Afif selamat diturunkan ke liang lahad. Aku memandang dari luar tanah perkuburan.

“Amanlah sayang di sana.. Nantikan kami di sana, sayang.”

Aku sudah kuat untuk menerima pemergian ini. Mengenang kata- kata kak Zi:

“Dia akan tunggu kita. Kita tak perlu meratapi pemergiannya. Dia tidak membawa sebarang dosa.”

Frasa-frasa dan ketabahan Kak Zi menyedarkan aku. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Muda atau tua telah ditetntukan.Kita hanya merancang, namun Allah sudah tentukan segala-galanya sejak azali. Kita hanya boleh berdoa agar dikurniakan yang terbaik.

***

Setelah hampir sedekad peristiwa itu, aku kini meneruskan cita-cita Afif. Minggu depan aku akan terbang ke Palestin. Menyertai pasukan perubatan yang akan membanntu mangsa-magsa kekejaman Zionis. Walaupun aku tidak mamppu mengangkat senjata, aku tahu Afif gembira dengan pilihanku. Semangatnya bersemarak dalam diri ini. Doaku, amanlah Afif di sana. Aku seolah-olah ternampak bayangannya melambaiku,merestui jalan yang aku pilih sekarang.. bahagialah Afif sayang di sisi Penciptamu. Amiin.


*cerpen ini ana tulis dah lama. Tapi baru je ana taipkan semoga bait-bait kata yang terkandung memberi ilmu buat kita semua... Ana mengalu-alukan sebarang komen daripada pembaca...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub