"Satu buku sebelum mati." Itu yang akan aku jawab apabila ada kawan yang bertanya buku seterusnya. Aku tidak merancang, tidak pernah merancang untuk menulis buku seterusnya. "Friends forever" yang terhasil daripada bimbingan Puan Azmah Nordin hadiah berharga buat diri sendiri...
Ia sebuah cerita. Kisah yang ditulis seorang gadis yang ketika itu berusia 18-20 tahun. Manuskrip asal dengan nama "TEKAD" terhasil kerana ada keinginan.. Allah permudahkan jalan hingga akhirnya, aku melihat buku itu di rak kedai buku...
Sehari dua ini, dalam kekalutan yang dibuat oleh diri sendiri, keinginan itu hadir semula. Hanya keinginan yang
Aku belum usai membaca friends forever kerana sampai ke muka tertentu, aku malu dengan diri sendiri. Apa yang ditulis, diri melakukan sebaliknya. Perasaan itu juga yang menjadi batu penghalang yang besar dalam diri... Ya, saya menulis sesuatu yang saya mahu jadi, tetapi ayat dalam buku itu seakan mahu menghentam penulisnya sendiri.. Berubah. Payah sangatkah untuk berubah?
Teringat kata ustaz Adli, ada dua perkara yang menjadikan seorang itu rajin belajar, "Semangat dan keinginan."
Tulisan aku di sini semakin tidak terurus. Lebih suka menekan butang DELETE daripada PUBLISH. Cemburu memang ada melihat orang lain menulis dengan rancaknya, namun aku seakan bergerak ke belakang. Makin hari langkah ke belakang, bukan ke hadapan. Ah, alasan. Beribu alasan memang aku boleh cipta..
.....la.la.la, semester ini dilalui dengan biaya keluarga lagi.. rasanya. :)
Seperti tiada kaitan tajuk dan entri.. Tahniah buat yang terus dan terus menulis tanpa henti.. Semoga aliran pahala sentiasa mengalir buat kalian.
Comments
Ina doakan yang terbaik buatmu...