10 January 2009

Lihat Dalam Diri ...

Bismillahirrahmanirrahim...
Ku mulakan bicara hari ini dengan kalimah yang mulia... Tuhan yang memberikan aku ruang dan peluang menghirup segar udara di bumi... Tuhan yang memberia aku pendeangaran dan penglihatan supaya aku bisa mendengar dan berfikir... Tuhan yang berikan aku segalanya..

Di tepi jendela, maktabah, aku teringat kata-kata Prof Dr Muhammad Kamil, tak pasti dalam Travelog Dakwah @ Travelog Haji: kita dapat apa yang kita nak bukan kerana nasib, bukan kerana kebetulan..

Peringatan buat aku, suka benar aku jawab bila dapat kertas peepriksaaan, dah nasib... Aku dapoatlah.. Ya ALLAH, tersedar aku kini. Semuanya kau beri kerana aku perlu bukan aku mahu.. Jadi duhai diri, jagalah pemberian ALLAH itu. Jangan biarkan apa yang ada pada diri kita sekarang hilang begitu sahaja dan tak mungkin datang lagi.

Sesungguhnya di yang memberi hidayah dan dia juga yang menarik kembali hidayah.

Wallahu'alam.









...KETAGIH...
Assalamualaikum, rasanya lama juga aku tidak mencatat di laman ini coretan-coretan berbentuk prosa, bukan dihambat masa, namun tidak aku luangkan masa yang banyak di Maktabah. Dan hari ini, ketagihan menulis perkembangan aku sekarang membuatkan aku mencoret di sini.

Ketagih,
Ringan tangan menulih,
Biar mata sudah putih.

Sibuk? Perkataan yang aku anti. Aku enggan gunakan perkataan ini kerana aku tahu, aku bukanlah tergolong mereka-mereka yang sibuk. Aku tiada tugas besar. Aku tiada jawatan besar, aku tiada kerajaan besar seperti Nabi Sulaiman untuk diuruskan. Aku bukan seorang yang sibuk! Yang ada sebenarnya adalah “MALAS”. Perkataan yang perlu dibuang dari meniti bibir.

Kata-kata mainan bibir,
Doa yang mungkin termakbul,
Positifkan madah,
Kreatifkan biar indah,

Menyebut pula tentang kata-kata positif. Aku terperasan, namun kadang-kadang buat-buat tak perasan. Aku adalah apa yang aku fikir. Pernah dahulu, sebelum aku mula menghantar karya ke majalah, aku menyulam angan panjang. Mencatat target-target yang perlu dan mahu aku capai dalam tempoh beberapa tahun.

" Nak jadi naqibah
" Nak jadi sidang redaksi sekolah
" Nak tengok nama tersiar di majalah
" Nak masuk UIAM
" Nak Ambil Bahasa Arab
" Nak sertai bengkel penulisan.

Dan berdirinya aku di sini, sebagai pelajar Pusat Asasi UIAM, dalam jurusan Bahasa Arab, Insya ALLAH. Walaupun aku tak berjaya menjadi naqibah dan sidang redaksi, aku bersyukur, apabila di Pusat Asasi UIAM, banyak risalah yang dapat aku terbitkan.. Tuhan tangguhkan dulu pemberian ini. 2005, nama aku tersiar di majalah. 2006, aku berjaya mengikuti Perkampungan Penulis Remaja dan 2007 berjaya diterima menjadi sebahagian keluarsa besar MPR.. Ya, jika positif fikiran, Tuhan sentiasa lorongkan yang terbaik.

Siapa tahu,
Ria di sudut hari,
Duka selubungi diri,
Sendu mengisi hari.

Titik. Coretan ini hanya sekadar ternoktah di sini. Ada kesempatan pasti entri berganti yang baru... Ini hanyalah coretan dan latihan supaya jemari aku tak terlekat-lekat bila aku mahu menulis... Walaupun dihenti menulis hanya seminggu, berat tangan digerakkan, sakit akal memikir patah demi patah untuk ditulis... Wassalam.

No comments: