18 January 2009

Diskusi MPR 2009 & Sahabatku Sayang

Alhamdulillah, dalam kesesakan akal sekarang, masih jemari mahu menutur sesuatu menggunakan jemari yang pantas berlari di sini... Dua hari lalu, aku lari.... Aku lari daripada semuanya.. Maafkan aku. Aku ke sana, untuk gapai semula semangat yang mula pudar.

Jumaat, 16 Januari, aku melangkah kembali ke PUSPANITA, rumah yang menyimpan kenangan MPR aku.. Terima kasih Kak Sarah kerana temankan aku. Mengimbau kenangan di sini setahun lalu, aku merenung menara DBP yang menjulang... Setinggi itukah jua semangat aku?

Tak sangka, rupanya ada juga pelajar UIAM yang ke sana. Cemburu pula melihat mereka bergambar bersama Faisal.. Ah, tidak sebenarnya. Aku ucapkan setinggi penghargaan atas kesudian kalian ke sana... Rasanya aku perasan, namun kerana tak mengenali mereka sebenarnya, melihat gambar, aku terperasan yang aku melihat mereka sebenarnya.. Terima kasih atas kehadiran. Malam Jumaat, ada juga yang menghubungi aku, katanya mahu ke sana, namun atas sebab-sebab tertentu mereka terpaksa batalkan. Tidak mengapalah... Ah, melalut pula.

Secara jujurnya semua buku yang didiskusikan belum aku hadami. Ah, diri, makin kendur urat-urat yang memberi semangat aku membaca. Tapi, aku akan dapatkan juga buku-buku itu. Masih banyak buku dalam senarai mennunggu. Target aku tahun ini bukan lagi mengumpul, tapi cuba menghadam.

Kembali ke diskusi, seronok juga aku melihat ramai tetamu yang hadir... Masalah aku ni, belum berjaya pecahkan tembok kemaluan yang tinggi itu... Melihat dari jauh ramai penulis mapan.. Puan Mahaya Yasin, Kak Nisah, Kak Salina, Irwan Abu Bakar (pengasas E-sastera).. Ah, ramai juga yang hadir.. Melihat buku, tidak hadir nafsu untuk membeli, malah bergambar pun tidak. Sekadar pinjam kamera Ainul, namun tak ada apa...

Jujur, aku mahu luahkan di sini... Ini kali pertama aku melibatkan diri dalam aktiviti MPR. Aku! -seorang yang naif dalam pergaulan sosial- merasa malu ada kalanya melihat. Aku sedar dan amat sedar, kita perlu bersahabat dengan semua, tapi tetap malu sebenarnya... Tapi aku lebih kecewa dengan diri ini... Tidak mampu walau sepatah nasihat aku hulurkan. Aku bukan manusia yang tak boleh terima pergaulan lelaki perempuan, tapi pada dos yang dibenarkan...

Sedarlah wahai sahabat-sahabat yang ku sayangi, -perempuan, nisa', wanita-; kita adalah fitnah. Apa yang kita lakukan, walau tergelincir hanya setapak, fitnah besar sedang menanti. Terus-terang, aku gembira bila bersama-sama, tapi bila terjadi percampura begitu... Dada ini seakan bergelora, berkocak, setinggi deburan ombak laut cina selatan... Kita penulis, walau apa yang kita lakukan jadi perhatian masyarakat. Orang melihat apa yang kita buat, bandingkan dengan apa yang kita tulis.

Maafkan aku sahabat, mungkin kalian akan memandang aku seorang yang jumud, naif. Tapi aku malu... Tersangat malu,kita seakan lupa yang kita sebenarnya menjadi perhatian mata orang lain.. Terutamanya mereka yang sudah dikenali. Maafkan aku, berceloteh di sini, biar tiada yang membaca, aku puas mampu meluahkan!

alhamdulillah dan tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat menjayakan majlis diskusi kali ini...

No comments: