22 September 2007

Kau Yang Bernama Teman

“Nama saya Muhammad Wasim Iqbal.”

Pagi awal jun itu kelas 5 Mujahid menerima seorang pelajar baru. Ada rupa dan di kepalanya elok terletak songkok. Tentulah akan duduk di sebela Wildan kerana hanya itu tempat yang kosong.

“Saya Wildan Mujahid. Panggil Wildan.” Sengaja dia berbasa-basi membuka ruang persahabatan. Memang dia dikenali sebagai pelajar paling ramah di sekolahnya.

Waktu rehat hari itu dia mengajak Iqbal bersama ke kantin.

“Sebenarnya saya daripada sekolah beragama. Berpindah ke sini kerana mengikut Walid dan Ummi.Saya tak gemar tinggal di asrama. Jadi saya mengikut Walid yang diarahkan bertukar ke Marang. Ummi saya suri ramah sepenuh masa. Awak, bagaimana? Bagaimana keluarga awak?”

“Keluarga saya biasa saja. Ah, tak perlulah diceritakan. Seonok tak belajar di sin?”

Pantas sahaja dia menukar topik sambil menghulurkan senyuman hambar.

“Awak tak mahu cerita tak apalah...”

“Ayah dan Mak aku bercerai ketika aku masih kecil. Masih mentah. Ayah aku dah berkahwin semula dan Mak aku sibuk cari duit untuk kami.”

Hari ini Wildan tidak ke sekolah. Menghabiskan masa di tubir sungai di belakang rumahnya. Malas rasanya aku menghadap wajah Iqbal yang terlalu kerap menghulur pertolongan. Biarlah diri yang menanggung semua ini.

Dia terbayangkan seraut wajah emak.

‘Bagaimana kalau dia tahu masalah aku. Tentu dia kecewa. Tapi aku ak mahu menyusahkan Emak. Dia sudah cukup derita. ’

Di rumah Wildan anak yang taat. Menurut cakap Emak. Menguruskan adik-adik. Iqbal seperti mengesyaki dia ada masalah. Malah pernah mengaakan yang dia ada masalah besar.

‘Iqbal memang bijak menelah perasaan aku. Aku suka perhatian itu. Tapi aku malu dengan kau, dengan segala kekuurangan aku.’

Lamunannya terhenti. Bunyi ranting-ranting dipijak mengejutkan Wildan. Pantas dia berpaling. Bagaimana insan yang yidak aku undang ini mengganggu?

“Iqbal?”

“Wildan, aku datang sebagai sahabat. Aku ingin bersama kau meleraikan masalah kau. Aku ingin Wildan yang aku kenal sebelum ini. Atau kau tak selesa dengan aku?”

“Mana kau tahu aku ada si sini?”

Tanpa mengendahkan soalan Iqbal, dia bertanya. Pelik juga mudahnya dia menjejaki.

“Rumah kau aku tanya Luqman. Adik kau tunjukkan ini. Katanya sinilah tempat kau habiskan masa lapang.”

“Begitu...” Kemudian dia hanya membatu. Ternyata pelarian ini tidak berjaya. Wildan segan berhadapan Iqbal. Dia cemburu apabila Iqbal menceritakan kerukunan keluarganya. Kelihatan amat menggembirakan dan seperti tiada masalah yang berlaku.

“Kau perlu dekatkan diri dengan Tuhan, Wildan. Adukan segala masalah kau. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Dia meraupkan tangan ke wajahnya. Tidak bersedia menerima sebarang nasihat. Banyak gelora yang datang. Jiwanya kacau. Seketika, seperti ingin menjerit menyuruh Iqbal pergi. Namun tidak manis pula mengenangkan kesusahannya menjejaki hingga ke sini.

Iqbal memaut bahu sahabatnya itu. Memberi kekuatan. Dan Wildan sekadar membeku. membiarkan.

“Aku tahu kau tak memerlukan aku saat ini. Namun izinkan aku meriwayatkan satu kisah.”

Wildan tidak memberi reaksi.

Seorang bayi yang tidak tahu mana asalnya ditemui sepasang suami isteri di hadapan banglonya. Isterinya masih di hospital. Masih terlalu lemah kerana keguguran. Tangisan pada hening Subuh itu mengejutkan si suami yang mahu ke hospital, melawat isterinya.

‘Anak siapa? Comelnya.’

“Mungkin ALLAH nak gantikan budak ini dengan anakku yang gugur itu. Syukur Ya ALLAH.

Anak itu kemudiannya disusukan oleh isterinya setelah dia dibenarkan pulang. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh walaupun bukan darah daging sendiri. Dan sehingga kini anak itu dianggap darah dagingnya.

“Kenapa kau ceritakan pada aku? Apa kaitannya?”

Aku bingung mendengar cerita Iqbal. Seperti tiada dengan masalah aku.Namun saat aku berpaling padanya, ada air jernih di pipi itu. Aku terkedu.
“Wildan, itulah aku. Aku bersyukur ada Walid dan Ummi yang menyayangi aku. Pada mulanya memang payah untuk aku terima. Walid ajar aku untuk reda. Aku buah hati mereka. Itu kata Walid dan Ummi. Namun aku tidak membuang keinginan untuk mengenli Ayah dan Ibu aku.”

“Iqbal...”

Aku memeluknya tanpa ragu. Tak sangka kisahnya lebih pedih daripada apa yang aku alami. Lenyap segala cemburu dan terdetik simpati di lubuk hati ini.

“Sudahlah, Iqbal. Kita lupakan segala kisah silam. Jadikan semua itu suatu memori.Kita gembirakan hati insan-insan di sekeliling kita. Terima kasih atas cerita itu.”

“Ya, Wildan. Setiap kali selepas solat aku doakan kesejahteraan orang-orang yang menyayangi aku. Tak lupa Ayah dan Emak yang tidak pernah aku tatap. Solatlah yang memberi aku kekuatan.”

Wildan seperti disentak sesuatu. SOLAT!!! Lama dahi ini tidak mencium sejadah. Padanlah aku selalu resah dan gelisah.

“Wildan, pandang matahari di ufuk barat itu. Sebentar lagi pasti lenyap cahayanya dan esok akan kembali bersinar. Tapi kita belum tentu sampai bila dapat menatapnya. Mungkin esok kita akan diarak ke tanah perkiburan.”
“Terima kasih Iqbal kerana menyedarkan aku. Susah nak jumpa sahabat seperti kau sekarang. Nak merosakkan memeng ramai namun yang membina satu dalam seribu.”

“Usah berterima kasih pada aku. ALLAH yang menggerakkan hati aku untuk mengenali kau lebih dekat.”


Persahabatan dengan Iqbal seolah-olah igauan kini. Dia pula diterpa persoalan akan ketidakhadiran Iqbal sejak tiga hari lalu.

“Dia dimasukkan ke hospital. Penyakit buah pinggangnya semakin kronik dan memerlukan rawatan segera. Namun tiada buah pinggang untuk digantikan.”

Telefon awam yang Wildan gunakan terkulai mendengar perkhabaran itu.

“Ya ALLAH, selamatkan Iqbal sahabatku. Panjangkan usianya.”

“Kita perlu sentiasa tersenyum,teman. Senyuman dapat menyelesaikan masalah. Senyuman bisa melenyapkan kedukaan. Senyuman ada aura...ada penarik.”

Kata-kata Iqbal kembali terngiang-ngiang. Ya, senyuman ada kuasa dan tarikan. Aku carik secebis senyuman, memohon kekuatan.

“Iqbal...”

“Wildan... Terima kasih kerana melawat aku.”

Tersungging senyuman walaupun tidak semanis dulu. Tabahnya dia menjalani suratan kehidupan ini.

“Cepat sembuh, Iqbal. Peperiksaan kian hampir. Kau perlu sihat.”

“Aku tahu. Doakan aku cepat sihat. Tapi sekiranya terjadi apa-apa, kejayaan kau adalah kejayaan aku juga. Aku berbangga.”

Petang yang singkat itu aku gunakan sebaik-baiknya. kami berkonsi cerita, berkongsi rasa.


Hati meronta-ronta untuk melakukan pengorbanan untuknya. Alhamdulillah, Wildan berjaya melakukannya. Semuanya dia rahsiakan, mereka berkongsi buah pinggang.

Hati Wildan bertambah riang melihat wajahnya di sekolah selepas sebulan berlalu. Wajahnya bertambah tembam, itu yang dapat dikesani. Kesungguhan Iqbal mengulangkaji sekaligus membakar semangat Wildan untuk berjaya.
“Alhamdulillah, kau semakin sihat, Iqbal. Minggu depan perjuangan kita akan bermula. Ma’al taufik wan najah.”

“Ya, Cuma aku terkilan tak mengenali siapa yang bermurah hati mendermalan buah pingangnya untuk aku. Aku benar-benar nak berterima kasih padanya.”

“Kau tak tahu sekalipun doakanlah kebahagiannya. Mungkin dia ada alasan sendiri daripada memdedahkan dirinya.”


Wildan gelisah. Ke mana Iqbal? hari ini merupan kertas terakhir bagi peperiksaan mereka. Ekonomi Asas. Lagi setengah jam kertas soalan akan dikutip. Sesekali aku mengerling ke tempatnya yang kosong. Aku hampa kerana dia tetap tidak datang.

Tamat peperiksaan dia menapak ke rumah Iqbal. Tidak dipedulikan terik matahari di atas kepala.

Kopiah putih dan suasana suram seperti mengkhabarkan sesuatu yang buruk Kopiah putih. Wanita bertudung. Keranda di halaman rumah. Tidak perlu ditanyakan pada sesiapa apa yang sedang terjadi.

“Wildan...”

Walid Iqbal terlebih dahulu menegur aku. Tanpa silu aku memeluknya. Renungan matanya membenarkan segala sangkaan.

“Dia bukan meninggal kerana penyakitnya. Kemalangan pagi tadi meragut nyawanya. Tak siapa sangka. Terlalu pantas. Dan dia tetap tak tahu siapa penderma buah pinggang padanya.”

Wajah tenang Iqbal lekat di ingatan sampai bila-bila. Ada senyuman tersungging di bibir. Dadaku sebu saat menciumnya buat kali terakhir.

“Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih mnyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa.”

Lagu dendangan Hijjaz bersipongang di telinga saat meninggalkan tanah perkuburan petang itu. Aku reda dengan perpisahan ini. Kasih seorang sahabat bernama Iqbal tetap di sanubari. Mekar mewangi meski jasad ditelan bumi. Amanlah Iqbal bersama golongan Solihin. Ameen.


Kematian dia yang dipangil sahabat menyedarkan Wildan bahawa muda bukan bereti tak mati. Amalan dan persediaan yang perlu. Persahabatn yang dibina atas nama ALLAH akan terus berkekalan walaupun jasad dan badan bercerai. Bukan mudah mencari sahaba sesetia Iqbal pada zaman sekarang. Dia ibarat permata di perlimbahan.

LUKLUAH NUR JAMILAH
22 SEPTEMBER 2007
10 RAMADAN 1428
1:02P.M
CFS IIUM, ZAINAB JAHSY 219A

No comments: