Skip to main content

Posts

PBAKL 2018

Hari kedua #pbakl2018. ----Lepak di Baca World, sebab di reruai lain ramaiiiii orang. Sini tenang sahaja. Daftar, siap menang hadiah. Dapat baucer starbuks. 😅😅 okey, memang nak i merasa starbuks ni. ----Suka lihat suasana hari ini. Baru pesta. 😅😅 Petang ini lepak di kaunter sampai malam. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Angguk

Yang engkau angguk macam faham dalam kelas tu, engkau akan tahu benar-benar faham atau tidak semasa engkau akan buat assignment atau nanti masa jawab soalan peperiksaan. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Belajar

Seharusnya belajar menjadi hal yang menggembirakan dan membuatkan engkau mahu tahu lebih banyak. Bukan setakat yang diajar sang guru. ----Ini, berulang guru bercerita tentang novel-novel dan lain-lain bahan bacaan, belum juga engkau bergerak untuk membaca. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Siapa Pernah Menulis?

"Siapa pernah menulis?" Diam. Bagaimana nak jawab ya, jika semuanya bertahun-tahun yang lalu. Apa karya terbaharu? Tak kanlah nak jawab, saya bebel di media sosial saja selalu. Pensyarah berpesan, "Berkarya saja dahulu. Tapi jangan simpan karya tu terlalu lama." -------Dah nak dua semester ni, belum juga si Jamilah insaf dan menulis karya baharu. Haru! Yang ada karya tidak siap. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Titas

Kelas Titas Sem II, 2017/2018. Aswara. Bersama-sama rakan sekumpulan dan pensyarah, Puan Maizira. ---Rezekilah dapat isu novel Interlok dan keharmonian kaum di Malaysia. Jika tidak, entah bila lagi nak baca novel Interlok. 😅😅 Save the memory. Biar nanti naik lagi di Wall sendiri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Telaga Biru

11 April 2018. Hajat awal mahu jumpa Kak Amirah saja, sebab dah lama berjanji.. Lepas jumpa terus baliklah. Tipu. Sampai Booktique, terjebak sampai ke unit majalah, siap bergambar. Hahaha. Macam tak boleh nak tinggal sangat, kan walaupun dah lebih setahun aku tak lagi di Unit Majalah. Daripada hajat mahu duduk beberapa minit sahaja, jadi hampir dua jam di sana. Sedut aura orang bekerja. ....Rasanya April tahun lepas aku ke Telaga Biru juga atas urusan mahu bekerja Part Time di PBAKL 2017. Dan tahun ini? Tetap aku mendatangimu, PBAKL. Dan sebab sudah beberapa bulan tidak beli buku, dan menahan poket daripada keluar duit beli buku yang aku nak, hari ini bocor juga poket dengan empat buku baharu dan satu buku percuma. Yeay! Dah dapat buku #listen tinggal nak baca ja.. Bila tu nak baca? "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Semester Berganti

Adakah benar aku faham, buat-buat faham, atau aku sebenarnya tidak faham langsung? Isnin. bermula minggu ketiga aku meneruskan semester kedua pegajian. Pergi kelas, tulis semua yang pensyarah cakap dalam buku, habis kelas, balik, entah buat apa di rumah, kemudian esok mengulang rutin yang sama lagi. Apa yang aku inginkan sebenarnya? Bukankah aku ada sebab aku meneruskan pengajian ini? Bukankah aku ada misi yang perlu diselesaikan sebelum semuanya berakhir? Menghampiri angka 30, sebenarnya, bukan suatu fasa aku boleh meminta kakak-kakak menyediakan semua keperluanku. Entah bila diri akan sedar akan hakikat ini dan mula mencari sumber pendapatan sendiri. Empat tahun dalam duni pekerjaan dan aku tidak menabung. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Duit keluar sepertinya melebihi duit yang masuk. Namun kata orang, ketika diuji beginilah kita tahu adakah sebenarnya kita mampu menghadapi, atau kita memilih untuk berhenti. Tidak ada apa yang akan berubah. Selagi aku memilih untuk te...