Skip to main content

Posts

Semester Berganti

Adakah benar aku faham, buat-buat faham, atau aku sebenarnya tidak faham langsung? Isnin. bermula minggu ketiga aku meneruskan semester kedua pegajian. Pergi kelas, tulis semua yang pensyarah cakap dalam buku, habis kelas, balik, entah buat apa di rumah, kemudian esok mengulang rutin yang sama lagi. Apa yang aku inginkan sebenarnya? Bukankah aku ada sebab aku meneruskan pengajian ini? Bukankah aku ada misi yang perlu diselesaikan sebelum semuanya berakhir? Menghampiri angka 30, sebenarnya, bukan suatu fasa aku boleh meminta kakak-kakak menyediakan semua keperluanku. Entah bila diri akan sedar akan hakikat ini dan mula mencari sumber pendapatan sendiri. Empat tahun dalam duni pekerjaan dan aku tidak menabung. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Duit keluar sepertinya melebihi duit yang masuk. Namun kata orang, ketika diuji beginilah kita tahu adakah sebenarnya kita mampu menghadapi, atau kita memilih untuk berhenti. Tidak ada apa yang akan berubah. Selagi aku memilih untuk te...

Tentang Apa yang Diinginkan

https://www.deviantart.com/art/Coffee-85839132 Mustahil untuk memperoleh semua yang diinginkan. Namun yang harus engkau percaya, Dia memberi cukup untuk keperluan engkau. Bukan semua kehendak dan keinginan. Engkau tidak percaya. Sukar untuk percaya. Lalu engkau memilih untuk berhenti. Berpatah semula ke belakang. Dan memulakan kembali suatu perjalanan yang orang lain sudah mengakhirinya lama dulu. Perjalanan yang sebenarnya sedang dilalui oleh orang lain. Dan engkau tidak perlu lagi berada di situ. Sebentar. Perjalanan setiap orang tidak mungkin sama. Setiap kita menjalani kehidupan masing-masing. Dan perjalanan yang sedang kita harungi adalah yang terbaik. Meski bagaimana coraknya. Tahukah engkau, selama mana engkau memilih untuk tidak berputus asa, engkau menang. Menang dengan diri sendiri. Lantaran sebenarnya, perlawanan kita adalah untuk melawan diri kita sendiri. Bukankah engkau selalu diberitahu, musuhmu sebenar diri kamu sendiri. Bukan orang lain. Jika mahu menang...
Menjadi seorang gadis yang sebenarnya tidak berubah langsung daripada sikap lama. Selepas banyak bulan, dia menyedari itu. Banyak kali dia cuba sedar diri, namun dia kembali menjadi diri dia yang lama. Kamu tidak akan tahu selagi kamu belum berada di jalan ini. Ah, jalan setiap orang tidak sama. Masing-masing ada perjuangan. Kalah lagi dan lagi. :( Mungkinkah yang aku perlu, pergi ke tempat yang tidak ada sesiapa mengenali aku? Ah, selepas tiga bulan, aku masih sama! Sama Sama! https://www.deviantart.com/art/Blue-Tulip-32503257

Menuliskannya

Tulisan aku selalu lebih jelas menerangkan tentang sesuatu berbanding bicaraku sendiri. Ada hal-hal yang sangat aku senang menuliskannya. Aku menuliskan sesuatu untuk diri aku sendiri. Itu asas utama. Aku menulis perkara yang tidak mampu aku ceritakan. Apa yang aku tulis, interpretasinya mungkin berbeza dengan apa yang pembaca baca dan sebab sebenar aku menulis. Menulis adalah cara untuk aku melepaskan... semuanya. Awak tahu kan, yang menyimpan,tidak selamanya kita akan dapat simpan. Harus diluahkan agar tidak tersimpan sahaja dalam diri. Nanti menjadi semakin teruk. Justeru, aku akan menuliskannya. Kadang menggunakan bahasa terus terang, kadang berselindung di sebalik watak-watak yang dicipta. Menuliskannya, aku bercerita tentang aku dan tentang dunia fiksyen yang tiada kaitan dengan aku. Sampai sekarang, aku masih belum temui semangat dahulu ketika mula-mula aku menulis. Ketika diriku penuh keberanian untuk menembusi pasaran. Kini, aku hanya sebagai aku yang sekarang. Yang me...

Selepas Tiga Bulan...

https://www.deviantart.com/art/Roses-322967446 Tiga bulan berlalu tanpa sedar. Kadang-kadang okey, terkadang menurut juga dia akan perasaannya yang selalu tidak menentu. Tiga bulan dia berjaya harungi, walaupun tidak selancar mana. Ada yang bakal tersungkur, ada yang atas pagar, ada yang dia tercari-cari apa sebenarnya yang dia belajar dalam tempoh tiga bulan itu. Namun dia tidak boleh mengalah. Itu sahaja senjata yang dia ada untuk meneruskan perjuangan kali kedua ini. Kalau jatuh lagi dan lagi sekalipun, dia perlu bangkit kembali dan tidak sekadar menyerah diri. Dia harus ingat sebab dia kembali ke daerah pengajian. Dia sudah dapat apa yang dia inginkan selama ini. Belajar penulisan secara serius. Meski, setelah tiga bulan, dia seakan terasa perlu berfikir-fikir kembali tentang keputusannya ini. Namun sudah banyak wang keluarga yang dia habiskan untuk menyudahkan semester ini. Wang kakak-kakak yang sepatutnnya mereka guna untuk belanja diri dan keluarga sendiri, diserahkan ke...

selamat pergi, 2017

2017, bakal jadi kenangan. Bersama kisah yang tercipta... Ada yang bertukar status, ada yang kehilangan, ada yang meninggalkan, ada yang menerima kehadiran... Setiap kisah, setiap warna yang terlakar di kanvas 2017, beri makna... 30122017

Aku dan Peperiksaan I

Tadi ada peperiksaan akhir pembangunan idea. Sudah namanya kertas pembangunan idea, satu soalan berjumlah 20 markah, perlu dijawab sekurangnya dua halaman. Ini kertas pertama aku di sini. Dan aku faham nanti untuk peperiksaan akhir, sediakan pen secukupnya. Satu soalan 25 markah. Dan ternyata soalan yang ditanya tadi tepat dengan ulangkaji yang sang guru beri minggu lalu. 😂 Namun belum boleh menarik nafas lega sebab manuskrip belum hantar.. 70 markah... lalala... 21122017 Instagram "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.