Skip to main content

Posts

Kenangan yang Bercempera

Andai ditanya kepadaku detik perkenalan aku dan kamu, kemungkinan besar aku tidak mampu mengingat detik itu. Terlalu banyak memori-memori penting yang sepatutnya aku ingat, ada ketika aku tidak dapat mencungkilnya daripada kotak ingatan sendiri. Tulis. Aku tahu dan sedar itu penyelesaian untuk permasalahan ini. Namun aku yang sering lupa dan terlepas menuliskannya dalam diari. Diari yang kini tidak lagi aku buka walaupun ada sahabat yang bermurah hati menghadiahiku diari yang cantik. Aku terlalu melayan perasaan. Menulis, namun sering sahaja tangan aku sendiri yang gatal memadamnya kembali. Aku terlalu ingin mengumpul perca-perca kenangan menjadi sebuah puzzle yang bercantum. Walaupun hakikatnya puzzle itu hanya lengkap setelah kematian menjengah manusia. Terlalu banyak kenangan yang tidak mampu lagi aku ingat. Kenangan yang bercempera. Berselerak di mana-mana.... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Gadis Emosi II

Sehari dua ini, dirinya dikawal emosi sendiri. Dia hanya mendiamkan diri. Beku. Beku dalam dunia sendiri. Sebelum itu, dia gembira. Entah mengapa, emosinya jadi beku tiba-tiba. Hari-hari yang menyaksikan dia bermandi air mata menjelang malam. Hanya berfikir sedikit, air matanya yang berjuraian jatuh. Ketika itulah dia memilih untuk lena. Melupakan seketika emosi yang berselerak. Emosi yang tidak terkawal oleh diri sendiri. Bagusnya orang yang dapat mengawal diri dan emosi sendiri. Ketika sendiri atau bersama orang ramai. Rasa apakah yang sebenarnya sedang mengganggu dirinya ketika itu? Rasa ingin menjerit, rasa mahu ketawa, rasa mahu luahkan semua, tetapi akhirnya air mata yang jadi jawapan. Air mata yang enggan berhenti, sampai mata bengkak dan dia lena dalam tangisan. :( Aduhai, belajarlah mengawal diri dan emosi. Ini, baru engkau dengan dirimu. Kerana itulah, engkau harus berdiri sendiri lagi, sebab engkau belum mampu menguasai diri. Bahkan engkau dikuasai emosi.

Gadis Emosi

Semalam. Dua bulan lepas. Sebelum-sebelum ini. Akan ada ketika, tanpa sebab kukuh, dia menangis. Menangis bersungguh-sungguh. Menangis sampai dia lena bersama tangisan. Sampai nanti dia bangun dengan rasa baru, atau menyambung tangisan sebelum dia lena tadi. Emosi. Perempuan emosi. Itulah dia. Yang emosinya lekas terzahir di wajah dan katanya. Yang emosinya kadang terlihat kosong, kadang terlalu ditunjukkan, dan kadang di luar kawalan. Emosi tidak terkawal yang menyebabkan dia menangis walupun ketika itu dia sedang berada di pejabat. Menangis walaupun ketika itu dia dalam perjalanan menaiki komuter. Dialah perempuan emosi. Yang cuba menyembunyi rasa, namun lekas terzahir emosinya. Dia yang lekas keliru dengan dirinya sendiri....

Kenang-kenangan Hidup

Aku tidak pasti adakah pernah sekali aku menyudahkan bacaan keempat-empat buku ini.  Seingat aku, sebelum ini juga aku hanya menyudahkan bacaan hingga Buku Ketiga, kemudian aku letak kembali di rak. Buku Kedua menjadi kegemaran aku. Sebab HAMKA bercerita tentang dunia kepengarangan beliau. Banyak perkongsian yang boleh dijadikan teladan. Bagaimana jadi pengarang? Siapa yang dikatakan seniman? Apa itu seni dan keindahan. Persoalan-persoalan ini sedikit sebanyak terjawab dengan membaca Buku Kedua Kenang-kenangan Hidup.  "Seniman adalah orang yang lekas terharu melihat atau mendengar yang ada di sekelilingnya." Buku Pertama dan Kedua membicarakan kisah beliau sejak kelahiran hingga zaman kemuncak beliau dalam dunia penerbitan dan kepengarangan. Ah, betapa perlu juga pengarang menukil kisah hidupnya, untuk dibaca dan diteladani orang terkemudian. Kata mahu mengenali HAMKA, bolehlah bermula dengan menyudahkan bacaan buku ini. "tulisan inilah mengganti bicara. ...

Ulang Baca

Ulang baca status-status di Facebook yang belum dipadam. Baca kembali catatan-catatan di blog manuskrip bawah meja. Catatan yang mengimbau ingatan kepada kisah semalam, yang jauh ditinggalkan. Yang ada dan perlu diperhati, hari ini untuk kita hadapi. Sudah baca kembali, ingatlah semula setiap janji yang pernah kautabur, setiap kata yang minta dikota. Jangan sampai kata-kata makan diri. Beruntung kita boleh baca kembali catatan, agar boleh kita lakukan perubahan. Bagaimana kelak bila kita di depan Tuhan? Pada hari perhitungan dan pembalasan. # ilahusnabebel #2017 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Langkah-langkah Kecil

Apabila kita memilih untuk "mematikan" satu langkah, lalu, kita mula berfikir untuk memulakan langkah baharu. Lantaran jalan baharu perlu kita tempuh selepas itu. Perjalanan ini kita yang pilih. Semoga dibantu Dia. Sebagai permulaan, aku masih 'mengikat' diri sendiri sebagai Admin media sosial majalah Telaga Biru. Sementara Solusi kembali 'stabil' dan ada seseorang yang dapat menjaga sepenuhnya. Nanti, akan aku lepaskan jua. Jujur, aku belum mampu melepaskan tanggungjawab itu. Aku tidak tahu kesannya kepada jualan, namun aku mahu terus pembaca tahu yang Solusi sentiasa mahu berkongsi dengan mereka. Semoga ada yang tergerak untuk membeli dan melanggan. Meski seorang. Seterusnya aku mula berjinak-jinak dengan jualan buku. Baru permulan awal. Terlalu awal. Masih jauh langkah. Semoga tercapai impian aku kelak, mahu memiliki sebuah kafe buku. Kafe yang menjual buku dan menjadi tempat pencinta buku berkumpul. Semoga. (Mimpi itu, percuma bukan?) Aswara. Se...

Angkatan Baru -HAMKA

"Suara hati, yang meminta perhatian dari pendidik-pendidik, dari penganjur perkumpulan, bahkan dari ninik mamak adat sendiri. Tentukanlah arah dari pendidikan anak-anak perempuan kita."-HAMKA Tulisan HAMKA masih "kena" dengan anak muda zaman kini. Sarat dengan kritikan masyarakat. Kesan apabila terlalu dimanjakan, diberi pendidikan, tetapi 'kurang arif' kemahiran kehidupan. "Rupanya mantik dan ma'ani dipelajarinya, nahwu dan saraf dihafalnya, cerita roman dibacanya dengan asyik, hanya satu perkara yang tidak dimahirkannya, iaitu memasak." (Terasa ditembak berkali-kali di dahi membacanya) "...Dan memang kitab-kitab itu dibelinya, bukan untuk dibacanya, kerana itu belum makanan otaknya, tetapi disusun di atas rak buku dengan teratur." Buku yang nipis tetapi tebal dengan nasihat. Pesanan untuk anak muda yang baru menamatkan pengajian khususnya dan untuk setiap kita, amnya. Realiti bukan hanya yang indah-indah. ...