Skip to main content

Posts

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi.  Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri.  Kemudian, l etakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan.  Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin seb...

Setelah Lama Pena Banyak Tidak Menuliskan Sesuatu

Apa yang kita lalui tidak seindah yang kita bayangkan. Sebab kehidupan mengajar kita untuk memaknai banyak rasa. Kadang kita rasa kita sudah melakukan yang terbaik, sedang hakikatnya kita belum melakukan yang terbaik. Kita sendiri yang mengambil keputusan atas setiap hal yang sedang kita lakukan. Belajarlah tentang hidup selama engkau masih hidup.

Nasihat ini untuk Awak Juga

Tugas sebagai seorang subeditor menjadikan aku pembaca pertama setiap artikel yang dihantar untuk majalah kami terbitkan. Dan salah seorang kolumnis yang menulis saban bulan ialah penulis yang aku kagum. Yang aku segan untuk bertemu dengannya walaupun mejaku dengan biliknya bertentangan; hanya dipisahkan cermin kaca. Adalah beberapa kali saat keberanian datang, aku menemuinya untuk meminta nasihat. Dan kali ini caranya berbeza. Seperti biasa, menyunting artikel beliau seadanya. Sebab tidak banyak yang perlu disunting. Siap. Dan hantarkan semula kepada beliau. "Apa pendapat kamu tentang artikel kali ini. Kamu faham?" Beliau bertanya. Aku terkedu. Sungguh aku spesies senang terkelu jika diterjah soalan mengejut. Dan aku tunduk. "Lepas ni saya nak tulis begini lagi. Tapi saya takut juga orang cakap saya ceritakan tentang saya." "Saya lagi senang hadam kalau tulisan begini." Akhirnya aku berkata juga. Ya, belajar daripaa tulisan yang bersandarka...

Dia

Jamilah. Kerana dia seorang yang bernama Jamilah Mohd Norddin. Yang mengenalinya di dunia nyata, mungkin tidak kenal dia di dunia maya. Yang "friend" di alam maya, mungkin kenal si Jamilah yang tetap diam walaupun melihat "friend facebook"nya di alam nyata. Di alam maya atau alam nyata, dia masih Jamilah. Jamilah yang sering kata-katanya lebih lancar daripada bicara. Mungkin adalah sesekali dia ramah di alam nyata... banyaknya dia membisu sahaja. Jalan semacam tidak nampak orang. Menonong tidak lihat kiri kanan. Senyum juga jarang. Tidak ditegur, dia tidak menegur. Jamilah si pendiam. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Status Facebook

AMATUR Bukan tentang amatur atau profesional. Bukan tentang canggih atau tradisonal cara yang engkau gunakan. Bagaimana untuk menggunakan apa yang ada untuk menyediakan bahan yang diperlukan. Tidak cantik tidak mengapa, tidak "canggih" tidak apa. Aku hanya perlu lakukan yang perlu aku lakukan. Dan enjoy! "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

kata-kata

Rasa pun daripada Allah. Bukan saja-saja akan hadir dalam diri. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Yang berlaku itulah yang terbaik. Semoga akan dihadirkan dengan rezeki yang lebih baik...