Skip to main content

Posts

setelah aku kembali

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Aku diizinkan pulang ke kampung. Meninggalkn seketika dunia edit-tulis, bertemu ayah dan keluarga tercinta. Sekejap lagi baik daripada aku langsung tidak pulang, kan? "Abang dapat nombor 1. Dapat hadiah buku." "Meja yang kakak buat tak runtuh." "Fiqah masa lahir dulu cantik dan comel." Tidak pandai melayan kanak-kanak, dengan mereka bertiga aku layankan juga. Abang yang tidak boleh salah sedikit akan menangis, kakak yang makin menuju remaja dan Fiqah yang comel. Semoga kalian dilindungi. Dan, bukan seorang orang baharu yang bakal bertamu tahun ini. Insya Allah, 3 orang. :) Semoga baik-baik sahaja. Tadi, pemegang beg tercabut, roda patah "nak saya tolong." aku menolak. teksi. tali beg tercabut. Adakah aku sedang marah? hm. Dan ya.. Minggu hadapan akan pulang hari, sehari sebelum raya. Syahdu rasanya... tapi itu pilihan...

Kot Putih

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Buku yang diterbangkan dari Jordan. Terima kasih kak Ainul Arina menitipkan Kot Putih. 5 watak, kisah dunia belajar. Kehidupan melayu Jordan. Memang tidak pernah ke sana, membacanya membawa aku ke sana. Bukan sekadar emosi yang dikongsi dengan pembaca tetapi semangat, tamparan, kata-kata. Membacanya seperti melihat diri sendiri dalam cerita itu... Kerana sabar membuahkan jaya. Semoga akan ada lagi terbitan seterusnya. Okey, saya tersuka buku ini dan membelekna terus selepas sampai di tangan, meningalkan buku-buku lain di belakang. Sebab suka, saya abaikan apa yang terkurang, membaca dan menerima buku ini sebagaimana ia! Terima kasih dengan kisah kalian. [Imah, Aki, Sofeya, Pit, Amran.]-bagi saya cerita yang menggunakan kata ganti diri pertama tidak semudah menulis menggunakan sudut pandang orang ketiga! Cerita tentang pelajar jurusan medik, tentang pelajar berjemaah, tentan...

Durrah Nur Aqilah: Daripada Awak, untuk Saya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Yang tidak punya apa-apa tidak dapat memberikan apa-apa. Awak pernah ada dalam situasi yang mana awak seorang yang tidak punya kelulusan akademik, sedangkan sekeliling awak adalah golongan yang punya diploma, ijazah, master, dan phD termasuk pengajian tinggi lain. Dan awak seorang yang tidak menamatkan pengajian sebab itu yang awak pilih. Apa ya yang awak akan rasa? Rendah diri atau bersyukur? Syukur paling utama ialah bersyukur pada perkara-perkara kecil. Kalau awak rasa rendah diri, itu tidak betul. Allah Maha Adil, kan? Dia bahagikan rezeki, ikutlah usaha orang tu. Mereka sabar, mereka dapat, awak tidak sabar atas jalan itu, awak kecundanglah. Tapi, cabaran berada dalam dunia yang suka melihat kelayakan akademik boleh buatkan awak menangis darah. Syukur menjadikan awak usaha yang lebih baik. Mungkin awak kurang di situ, Allah beri lebihnya yang lain. Namun kadang sebab...

Nota Usrah Cinta ii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Dalam usrah semalam ustaz Fauwaz membicarakan perihal, untuk maju jangan menunggu orang mengucapkan terima kasih. Biar aku kongsikan antara perkongsiannya: Mukmin tidak mengharapkan pujian manusia kerana dia sibuk memuji Allah. ingat tentang "the power of you." Diri yang menentukan apa yang kamu akan jadi. Perkara yang paling manusia suka adalah halangan. Sebab kita dihalang mengkritik, kita sangat suka mengkritik. Iktibar surah Yuruf (Bertakwa dan Bersabar asas kejayaan) Siapa yang istiqamah akan mendapat perkara yang diimpikan. Ingat "the power of NOW" Saat manusia memujimu, kau yang harus kutuk diri kamu untuk menggerakkannya lebih maju. Kita perlu bangkit dengan kesedaran. Asas dalam ilmu tasawuf itu baik akhlak dan tawaduk. Apabila 'piling' diri tidak kuat, jadilah amalan macam habuk yang berterbangan. Hidup adalah majaz yang tidak kekal...

Durrah Nur Aqilah: Lagi-lagi Nota untuk Diri

Termasuk edisi ini, bermakna lima edisi majalah Solusi yang tertera nama aku sebagai subeditornya... Pastinya banyak lagi yang perlu dipelajari, yang perlu diperbetuli dan ditambah dan kurangi. Allah,  untuk setiap edisi yang ada kisahnya, untuk setiap edisi yang ada cabarannya, untuk editor yang bersabar dengan 'kerenah' subeditornya dengan kemudahan yang Allah izinkan, aku masih di sini, aku cinta berada di sini. Allah yang Maha Pemberi adil mengedarkan rezeki pada yang berhak miliki, mengapa harus menolak? sebabnya aku malu.... Awak tahu, kesal yang ada sebab menolak ASWARA tiada lagi. Rezeki aku di sini, bersama editor dan warga kerja di sini. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku, bukannya mesti apa yang aku mahu.  Mahu belajar boleh di mana-mana, kan? Macam sekarang, walaupun sebab tugas, dalam diam aku belajar, betulkan kembali tatabahasa, ilmu bahasa yang tertinggal, harus sedikit sebanyak baca dalam bahasa Arab. Tentang tidak grad ata...

Nota Buat Diri untuk Sekian Kali

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Berada dalam dunia editorial, mahu atau tidak harus menulsi juga. sedang mental belum bersedia memasuki dunia artikel setelah bergelut dalam dunia kreatif selama ini. Nampaknya masa tidak ada untuk membuat sebarang alasan, harus bekerja dan berusaha. Enjoy. Itu yang boleh aku katakan selepas hampir lima bulan aku bergelar warga Solusi. Suka sebab aku menjadi sebahagian warganya, takut sebab makin buat kerja, makin banyak artikel diedit, makin banyak majalah keluar; apakah kesannya pada diri sendiri? Tidak perlu tanya orang lain, hanya diri sendiri. bermain dengan dunia tulisan beza dengan dunia sebenar. Demikianlah kenyataannya si penulis blog ini. Semakin banyak mencatat, harusnya semakin banyak koreksi dan koreksi diri, melihat hari depan yang harus kamu depani. Semalam? Hanya untuk dilihat sebagai teladan sebab tidak boleh berulang lagi masa yang telah berlalu. Esok, masih ...

rahsia dalam rahsia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. tentang perkara yang Dia simpankan untuk kita diketahui hanya setelah kita melalui. Eh, kamu pernah rasa tidak suka pada diri sendiri? Itulah kesakitan paling sakit apabila diri dalam sedar dan tidak tidak menyakitkan hati orang lain dengan perbuatanmu kesakitan itu pasti menjalar kembali dalam diri tanpa disekat sesiapa lagi. saat kamu rasa kamu tidak punya apa-apa hanya Dia yang boleh menolongmu keuar daripada semua perkara bukankah Dia sudah sediakan jalan keluar? Hanya tingga mahu terima atau tidak. perihal tulisan 2013, selamat kembali dunia penulisan-edit-belajar benda baharu. :) 4.19a.m salm sahur