Skip to main content

Posts

Nilai Sebuah Kasih (Bab 1)

Sebelum bermulanya kisah ... Sebenarnya ini manuskrip yang saya tulis secara suka-suka pada zaman sekolah menengah dalam sebuah buku panjang. Terasa rugi dibiarkan begitu, saya taip semula. Ia kisah biasa, dan tentang orang yang sudah berkahwin. Kisah klise. Ya. Zaman sekolah saya banyak baca buku jiwang karat. Jadi, saya rakamkan kembali tulisan saya suatu masa dahulu. "Nilai Sebuah Kasih." Saya tuliskan kembali, namun dalam bahasa yang lebih santun.  Kebahagiaan Kunci Ikatan. Namun andai ia dinodai- Nur Szaza binti Syahidullah. Peristiwa yang berlaku itulah menyedarkan aku daripada mimpi di siang hari - Luqman Hafizi Mukhtaruddin Aku menerima dirimu seadanya kerana ingin membalut lukamu. - Nur Liyana Haziqah Mukhtaruddin Padamkan wajahnya dan sayangilah aku - Nur Syazwani Wardah binti Bakri Walau kau tiada di sisi, semangatmu kusimpan rapi - Muhammad Ikmal Hakimi Izzuddin. "cuma aku yang belum mengenal erti hidup ... kelabu" - seor...

Cerpen: Kata Pada Angin i

Kata Pada Angin i Jamilah Mohd Norddin Musim perkenalan kita melebihi empat musim. Musim suka, duka, rajukan, berdamai, berdiam diri, kembali bersatu. Banyak perubahan terjadi lebih sedekad pertemuan kita. Sekali engkau hadir dalam hidup aku, terus menetap dalam hati Hari itu aku terlalu ingatkan engkau. Sangat-sangat. Telefon genggam aku biarkan mode senyap. Buku kumpulan cerpen bertajuk Audi Alteram Partem aku belek muka demi muka. Ada cerpen-cerpen yang menambah ingatan aku pada engkau. “Awak, sekiranya awak bunga, saya mahu jadi tangkainya. Jika awak nasi, saya mahu jadi lauknya. Sebab awak manusia, saya mahu jadi sahabat baik awak.” Malam. Aku pandang skrin telefon genggam murahku. Ada pesanan daripada engkau. Sungguh, saat kita ingatkan orang lain, dia juga ingat akan kita. Kesat mata yang tanpa sedar basah. Engkau jauh di perantauan melanjutkan pengajian. Sedang aku sudah bergelar penganggur terhormat. Baca sekali lagi mesej yang tertulis. Mata makin basah. ...

Kumpulan Cerpen Aidil Khalid

Audi Alteram Partem (kumpulan cerpen) Aidil Khalid Penerbit: ITBM dan PENA. Ada aksara meloncat-loncat di retina saat saat menghadam kumpulan cerpen ini. Tajuknya hanya difaham makna setelah membuka dan membaca kata awal pengarang. Pengarang muda ini memang membawa pembaca bersama cerpen yang terkandung dalam kumpulan cerpen ini. Ralit sekali  menyelak satu demi satu hingga ke halaman akhir. Istimewa sekali apabila pengarang menyertakan sekali ‘cerita di balik tirai’ setiap cerpen.  Bahagian ini yang paling mengujakan sebab tidak mudah untuk tahu sebab tercetusnya sebuah cerpen atau penulisan melainkan dicerita. Dalam semua cerpen aku paling suka cerpen pertama yang bertajuk Taaruf. Mahu tahu kisahnya, harus baca. (psst... terutamanya yang bernama GADIS, ada rahsia besar dalam cerpen ini). Kebanyakan cerpennya aku suka sebab terasa sangat 'hidup' dan perlu difikir-fikir apa yang mahu disampaikan. Apabila sudah dicerita mengapa cerpen ini ditulis, memudahkan aku memah...

Masanya Menyambung Aksara Tertangguh ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kepulangan aku kali ini,selera untuk membaca tinggi saat talian internet tidak dapat aku tembusi. Untung juga selepas dua minggu di desa tercinta, hanya hari ini kakak memberi aku pinjam broadbandnya. Kepuasan berlama-lama dengan kekasih buku, ditinggal cinta hati tulisan. Tidak ada perkara lain yang aku sibukkan selain membaca buku yang dibeli pada 2012 namun belum aku sentuh dan baca terutamanya buku yang aku sambar dengan rakusnya di Big Bad Wolf. Cuti ini memang harus dihabiskan dengan membaca buku-buku itu. Faham nombor dua, paling utama baca semua ayat yang tertulis. Cerita ustaz dalam kelas Modern Prose Text menjengah ingatan. Seorang temannya yang tidak tahu berbahasa Arab boleh membaca dan menulis dengan baik setelah membaca bahan bacaan bahasa Arab dengan banyaknya. Kuakui walaupun tidak mungkin diingat semua yang dibaca sekurangnya dalam beratus muka buku yang dibaca, a...

Seakan layang keputusan tali Melayang mengikut angin.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hanya orang yang punya impian akan bekerja. Tidak kiralah apa impian. Apa mimpinya. Apa matlamatnya. Orang bekerja akan dapat apa yang dia mahukan. Pasti, semuanya atas keizinan Allah. Tatkala, Jiwa di awan, jauh akal mengembara tanpa tujuan pasti Dia Seakan layang keputusan tali Melayang mengikut angin. Di manakah daratannya? Apa yang ada dalam fikiran itu yang terlantun pada perbuatan. Ingat, Allah sudah rakam dalam al-Quran, keadaan tidak berubah selagi mana DIRI tidak berubah. Diri sendiri. Diri sendiri. Diri sendiri. Sudah banyak tahun dipersia, sedang tidak pasti destinasi yang dituju. Sebab itu tidak tercapai yang apa sepatutnya dicapai. Semuanya tersimpan dan tidak nampak apa yang mahu dicapai. Berhenti sejenak. Toleh tujuh tahun lalu saat diri itu menulis apa yang diri mahu jadi, dan Allah memberi lebih baik daripada apa yang diinginkan. Sedang saat ini,...

Lalu Pena Kembali Menari

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Alkisahnya aku bertekad mahu berhenti menulis di blog ini menjelangnya 2013. 8 Januari 2013, hati mendesak mahu kembali menulis dan suara dalam diri makin kuat meminta jari kembali mengatur kata di sini. Pada mulanya aku mahu sahaja membuat akaun baharu, seterusnya mula menulis di blog lain. Aku tidak sampai hati. Aku sayangkan blog yang sudah beroperasi tiga tahun seingat aku. Berulang kali aku menukar url, akhirnya aku mahu kekal menulis di sini. Aku tidak menembusi mana-mana media tidak bererti aku perlu berhenti menulis. Seakan lompong ada saat aku melihat blog ini tidak dikemaskini. Biarlah ia contengan, catatan picisan, atau cerita harian, aku perlu kembali menulis. Kata-kata yang kak Aishah Nur Hakim tuliskan dalam blognya, seakan menjadi suntikan untuk aku kembali menekan papan kekunci malam ini. Tiga hari tanpa keruan, perasaan yang menekan untuk menulis entri baharu...

Drama Melayu

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. ... aku merasakan sebenarnya industri drama dan perfileman negara kita belum terlalu kontang. Masih ada cerita yang baik. baik jalan ceritanya. sesuai dengan orang kita. mungkin sebab aku suka tengok cerita melayu banding cerita lain. antara penulis skrip yang saya suka ceritanya: -Siti Jasmina Ibrahim -Zabidi Mohamad -Maizura Ideris. Dan mungkin ada lagi yang saya tidak ingat nama mereka. Menyampaikan cerita dengan skrip sangat berkesan untuk generasi muda.