Skip to main content

Posts

Penulisan Cerpen : Zaen Kasturi

Mari kita sambung bicara tentang pengisian panel dalam Bengkel ITBM-PENA -DBP lepas. You write your first draft with your heart. You rewrite it with your head. The first key to writing is to write, not to think. But expressing whatever you feel! (Petikan daripada filem Finding Forrester) Zaen Kasturi (Zainal Palit) mengajak kami berfikir sejenak, untuk apakah memasuki dunia sastera yang tidak akan menjanjikan kepopularan. Kata beliau, jika mahu terkenal, pilihlah dunia pop! Penulis adalah satu-satunya kerjaya yang menjadikan seseorang itu makin muda. Kiranya kita bergelar artis, sudah tua, suara kita tidak lagi jadi sebutan. Orang tidak lagi mengundang kita, kerja makin berkurangan. Sedang penulisan adalah dunia yang tidak mengenal usia. "MENULIS ITU NIKMAT YANG TIDAK TERUCAP' Panduan Edgar Allan Poe tentang cerpen: cerpen harus pendek cerpen mengalir dalam arus untuk mendapatkan kesan tunggal dan unik cerpen harus padat cerpen harus meyakinkan p...

Penulisan Puisi : SN Prof Muhammad Hj Salleh

## Aku sambungkan pengisian penulisan puisi. Kali ini perkongsian oleh SN Muhammad Hj Salleh. Sastera Malaysia tidak luas. Ia bukan lautan, hanya sungai yang alirannya kecil. Sastera Malaysian masih tergenang dan sedikit airnya mengalir sampai kepada khalayak.  SN menekankan bahawa kita mesti meluaskan pembacaan dan tidak hanya terhad kepada bacaan dalam negara. Tidak sekadar membaca karya kawan-kawan. Apabila pembacaan diluaskan, banyak perkara baharu yang akan kita tahu dan pengetahuan kita makin luas. Pembacaan tidak akan mengecewakan. Tambah SN Muhammad Hj Salleh, kita sudah terlalu banyak meminjam daripada orang lain. Sastera dan perumahan harta asli yang kita punya. Sastera rakyat asli daripada rumah. Rumah panjang, rumah-rumah negeri milik kita yang tidak boleh ditiru orang luar. Teknologi dan lain-lain semuanya kita pinjam daripada orang luar. Kita boleh sahaja terlibat dengan "sastera wangi, " tetapi ia tidak membawa kita ke mana-mana. Harus berani...

Penulisan Puisi : Dr Lim Swee Tim

Dr Lim Swee Tim melontarkan nasihat buat ahli bengkel. Karya pertama yang anda hasilkan sangat berharga. Ingat kembali apa karya pertama dan beranjak daripada karya pertama itu untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan terbaik. semaikan minat dalam puiis dengan berusaha menghasilkan ungkapan baru yang segar dan menarik. Kata beliau, awal penglibatan beliau dengan puisi, beliau suka mengumpul kata-kata daripada iklan, lirik lagu, puisi dan keratan kata-kata yang menarik. Beliau kumpul dan jadikan rujukan. Dalami makna puisi dengan mendalam dan cipta pengertian sendiri. Semakin kita suka mendalami puisi dan mencari makna, semakin kita melatih akal kita bekerja. Hargai pengkritik. Ya, pengkritik tugasnya mencari buruk dan baik dalam puisi. Pengkritik yang baik akan jujur dalam kritikannya. Gauli karya yang baik. Bacaan yang baik akan menghasilkan tulisan yang baik. Ini akan  meningkatkan kemahiran kita bukan hanya berbahasa dengan lebih baik, tetapi menulis dengan lebih ba...

Catatan Tiga Hari Di Tempat Tinggi : Edisi Bergambar

###    Nampaknya entri berkenaan bengkel ITBM-PENA -DBP masih dalam draf sebab aku belum menyudahkan penulisannya. Jadi, molek juga aku utuskan dahulu gambar yang tidaklah banyak aku abadikan sepanjang tiga hari di atas bangunan tinggi berbengkel. Entri bicara panel akan aku poskan kemudian. :) Mentari bangun daripada tidur, mentari akan tidur, mentari tersenyum senang. Aku setia menyelak langsir tingkat 26 melihat bandaraya Kuala Lumpur nan sesak. Meski aku tidak terlalu gemar akan kesesakannya, saat aku perhati, terlihat wajah sebenar Kuala Lumpur. Dalam pesatnya pembangunan masih ada hijau di sini sana. Malam pertama di Hotel Sunway, kami dibawa ke HSKU. Disebabkan terlewat, hanya meja nun di hujung dewan yang masih punya meja kosong. Dan kami -aku, kak Nazimah, Asilah dan Suhada- di satu meja. Untung juga di meja hujung, nampak semua meja lain walaupun sangat jauh daripada pentas. Teruja mendengar nama demi nama yang dipanggil. Tahniah buat yang menang. terus m...

Catatan Tiga Hari Di Tempat Tinggi.

5-7 Oktober 2012 bersama teman bernama Nur Suhada dan Sis Nazimah menempuh tiga hari sarat pengalaman yang pasti akan dikongsikan. hari pertama penuh kekalutan hari kedua diisi keriangan jua kepuasan hari ketiga sedih pada perpisahan tiga hari berkota di bangunan tinggi akan dikongsi saat jemari laju berlari ilmu diperoleh bukan untuk diri sendiri teman, akan aku kongsikan di sini. Nama-nama hebat berkumpul Berkongsi cerita bersama dan ilmu yang diberi harganya tiada tara. Malam anugerah dipertemu mereka  yang selama ini membaca karya di media bertentang mata, Tahniah atas kejayaan buah usaha. Cikgu Helmi Ahmad Tuah Sujana Kak Salina Ibrahim Kak Nisah Haron Ramai ... ada yang hanya dikenal wajah .. Terima kasih tiga hari di atas bangunan meninggal setimbun pengalaman dan perasaan. ila husna 2012 ps: Perkongsian seterusnya akan ditulis kemudian. :) Mahu berkongsi jua apa kata pembicara makalah. Ilmu ya...

Esok, lusa, dan ....

Berkejar dengan masa yang terlalu cemburu! Bengkel Penulisan 2012. Esok, lusa dan tulat aku bercuti daripada menconteng di sini. Mahu ambil angin di bangunan tinggi dan lihat orang terima anugerah. Bukan senang mahu dapat peluang itu. Minggu ini ada Pesta Convest. Aku tidak mahu duduk diam-diam dalam UIAM. Lalu, aku panjangkan kaki keluar. Alhamdulillah, ada bengkel penulisan. :) Tadi, ada kelas Bayan. Ustaz minta kami buat kuiz yang mana kena letakkan gambar dan segala bagai. Tidak sempat siapkan sebab masa yang tidak mencukupi. Ada lima soalan, tetapi .... Memang gagal mengurus masa. Minggu hadapan, ada talk ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, hanya perlu bayar RM1. Lama benar aku tidak ke majlis agama. Agaknya helap manalah hati aku sekarang? ~malu bersama orang baik-baik sebab dalam hati ada masalah~ itu aku. Aku rindu dengan keluarga. Sabar, lagi dua minggu dapat bertemu ayah, keluarga, anak saudara tersayang. Tiap-tiap malam mereka datang dalam igaua...

Saya Sayang Kalian!

Aku membesar dengan kasih seorang ayah yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Ayah yang tidak pernah menolak permintaan anaknya. Ayah yang sangat baik untuk seorang anak seperti aku. Anak yang banyak menyusahkan ayah dengan ulah yang dia lakukan.  Anak itu yang kini tidak lagi mengukir senyum pada wajah ayah. Ayah yang dengan sabar menghantarku ke Kulim setiap kali dia akan kembali ke tempat pengajian. Ayah yang menantinya hingga bas bergerak meninggalkan stesen. Ayah yang menyambut kepulangan anaknya ... Jika suatu ketika, dia berikan nombor satu dalam kelas pada ayah. Jika suatu masa dia menjadi antara pelajar terbaik sekolah dan ayah melihat dia mengambil hadiah pada 2007. Jika suatu masa ayah menghantarnya menaiki bas ke Petaling Jaya... Kini, apakah yang dia beri pada ayah? Duit yang dia peroleh daripada hasil penulisan belum sekali sampai pada ayah. Berita dia ke sana sini, tidak sampai pada ayah. Buku yang dia tulis belum sampai ke tangan ayah. Ayah...