Skip to main content

Posts

Cerpen: Jemput makan, kawan!

Izham melihat jam yang tertera pada telefon genggam tidak canggihnya. 04:13 p.m. Perut mula berkeroncong memandangkan belum ada makanan yang menjadi hidangan jasadnya hari ini. Dipandang sekeliling , melihat pelajar UIAM yang rajin bertandang ke Maktabah Dar-Hikmah walaupun pada hari Ahad. Dia mendatangi maktabah bukan untuk mengulangkaji. Entah masalah apakah lagi, di mahallah, wireless tidak memainkan peranan. Tidak dapat dia bermain-main di alam maya seperti selalu. Ada sisi baik sebenarnya. Apabila tidak dapat berada atas talian, barulah buku nan berderet akan disentuh, kerja nan menimbun makin susut timbunannya. "Izham, jom makan!" Akmal, teman sekuliah yang datang bersama-samanya mendatangi meja tempatnya.  "Aku tidak lapar. Kau pergilah!" Izham memberi alasan. Sedang dalam koceknya, tidak ada satu sen yang dapat digunakan untuk membeli makanan. Semalam ayah sudah memasukkan wang RM100 ke dalam akaunnya. Dosa apakah yang telah dia lakukan, kad b...

Aqilah, anak saudaraku.

Aku tidak ingat Majalah Asuh keluaran mana yang telah aku tunjukkan pada anak saudara sulungku yang berusia 10 tahun ini. Aku berjanji aku mengeposkan jika dia menulis karangan pendek untuk Asuh. Gembira pula memberi mereka membaca majalah ini. Dia menulis menggunakan tangan. Bertulisan tangan. Ibu saudaranya yang penyegan ini, tidak menaipnya semula. Membiarkan karangan bertulisan tangan itu sampai kepada Editor. Bukankah aku dahulu juga begitu? Bezanya aku menghantar ke radio, dan ini Asuh. -ah, aku sendiri belum pernah menerjah majalah Asuh. Semasa sekolah rendah, aku hanya mengenal Didik, Kuntum, Kawan dan seangkatan dengannya. Yang ada majalah kakak-kakakku -ANIS, IBU, IBU BAPA, Saji dan majalah lain. Harus juga berikan mereka membaca apa yang baik buat mereka. Mahu memberi benda lain, aku sangat tidak pandai. Setelah tiga kali ditanya anak saudaraku sudah poskah karyanya, barulah aku ke pejabat pos. Seingat aku dua bulan lepas.. Alhamdulillah, karangannya tersiar dalam majala...

Suatu Hari, dia bertanya kepadaku ...

Suatu hari, kau mendatangi bersama sebuah persoalan. “khabarkan aku tentang pernikahan semasa belajar” Bagaimana, kawan? Bagaimana untuk aku beritakan padamu sedang aku bukan kalangan itu. Aku sendiri masih tercari perjalanan hidup yang belum stabil. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kita, ya. Kata seorang ustaz dalam satu kursus yang aku sertai, “jika sudah berkahwin semasa belajar 4 flatlah. Sudah tidak ada dosa lagi.” Ketika ustaz mengutarakan itu, aku hanya ketawa. Akhirnya, ia membawa kepada satu renungan panjang. Benarlah kata ustaz. Bukankah pernikahan itu satu jalan yang dianjurkan bagi mengelak dosa. Dosa mengingat pada yang tidak berhak. Wanita senang masuk syurga dan senang masuk neraka. Berkahwin semasa belajar? Setiap orang ada pendapat masing-masing. Kawan, bagi aku, ia terletak pada diri pasangan itu. Ketika mereka merasakan itu yang terbaik, teruskanlah. Ia sangat baik, sebab kita buat apa yang agama suruh. Mengelakkan maksiat. Itu lebihnya. Kita ada...

bintang kertas

Bintang Kertas awak, kerinduan bermakna  bersama iringan doa tanpa putus. Suatu hari Sarah ajarkan aku membuat bintang. Dalam semua bentuk origami yang ada ada, aku hanya tahu membuat kapal. Sejak dahulu itu yang aku belajar. Ketika aku Sarah melihat barang-barang comel di JJ, aku tertarik pada botol kosong yang dalamnya diisi bintang dan kertas. Sangat comel. Lalu, kami capai satu botol. Kami mahu isikannya dengan bintang warna-warni. Melihat bintang kertas, aku teringatkan si manis gadis puisi -Suhada-.  Suatu malam dalam tujuh malam yang ada, aku mengunjungi bilik Sarah. "Ajarkan saya buat bintang." Aku mencuba. Entah cubaan ke berapa, belum menjadi.  kata Sarah, "buat sampai boleh."  Akhirnya bintang kertas yang aku buat senget. Tidak stabil. Botol kosong yang kami beli dipenuhi bintang yang dibuat sarah, sedang aku belum satu bintang yang dapat aku hasilkan. pesan cikgu Sarah, "berlatih buat bintang s...

Kasih Nasuha, Zurinah Ismail

Judul Buku: Kasih Nasuha Pengarang: Zurinah Ismail Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd Tahun Terbit: 2010 Tarikh Bacaan: 25 September 2012 Harga: RM15.00 _______________________________________ Kasih Nasuha yang ditulis Zurinah Ismail memberi saya kekuatan baru. Temanya mungkin biasa, tetapi kelancaran bahasa dan ceritanya menjadikan saya memegang Kasih Nasuha dan mengusungnya selama sehari. Walau hanya setebal 165 muka, tidak semudah itu saya dapat menghabiskan bacaan genre novel remaja sekarang. Secara peribadi, aliran cerita yang lancar dan terasa dekat di hati sering 'menang' dalam pembacaan saya. Lihat sahaja deretan buku-buku yang belum dibaca, Kasih Nasuha menjadi pilihan hati untuk saya hadam dan mulakan satu misi baru membaca deretan novel tarbiah remaja yang dibeli. Ayuh, kita lihat 'blurb' yang tertulis di kulit belakang Kasih Nasuha. " kesempitan hidup keluarga bukan masalah besar bagi gadis kecil setabah Nasuha. Namun dia keliru, k...

selepas separuh hari diam ...

Bersimpang siur seketika akal cuba mentafsirkan kata-kata yang saling menghambat memasuki kotak kepala. Sedang kecil mampunya memasukkan semua maklumat. Dia hanya diam. Menghadam setiap bait kata, menconteng pada buku yang sedia di depannya dan akhirnya pada hari kedua dia rebah. Niatkah yang sudah lari pada hari kedua? Salah dia sendiri. Gagal memberi tumpuan. Benarlah syaitan sangat suka pada orang yang mahu belajar. Memang tidak duduk diam, sambil ada ketika dia menjeling telefon genggam di dalam beg. Dua hari yang berlalu penuh keriangan. Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan untuk dia mendengar setiap kata-kata buat pedoman hari depan. Makin dekat tarikh dia akan meninggalkan taman ilmu dan budi, makin terasa banyaknya peluang yang dilepasi. Sengaja melepaskan demi kepentingan diri sendiri. Dia melihat wajah ceria orang lain dengan wajah selambanya. Semoga segala yang baik, dia jadikan ingatan yang buruk minta dijauhkan. Persediaan yang dilakukan tidak menjam...

lagi-lagi kata dalam diam

diam - diamlah mengatur terus langkah demi langkah tuju sebuah cita.  pada perkara yang telah banyak kamu canangkan dan perikan pada khalayak, pasti ada sisi yang mahu kamu simpan rapi dalam diri. Percayalah, bagaimana terus terangnya seseorang, ada perkara yang tidak dikongsi dengan orang lain. Pendiam mana seseorang, ada ada hal yang diberitahu kepada orang lain. melawan gergasi dalam diri sendiri. Perlukan kekuatan dan dipinjam semangat nan teguh. Semua orang mahu yang terbaik dan inginkan yang terbaik. Hanya, berubah diri menjadi lebih baik?  menangis memang boleh menjadi terapi buat diri sendiri. (lama tidak menangis)  kamu pernah rasa, suatu hari kamu mahu hentikan perkara - perkara yang kamu suka, da kamu hanya duduk menjadi pemerhati daripada jauh. Kamu mengenali orang sedang orang tidak mengenali kamu. Kamu bebas! Tidak terikat apa-apa. Ada persamaan pada teman-teman penulisan saya: tidak hanya suka menulis, adalah mereka menggemari seni fotografi...