Skip to main content

Posts

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [catatan 10] :bisik-bisik kecil

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah Catatan 10 Bisik-bisik Kecil Penulis: Ila Husna Bisik satu Dalam hati, muncul satu soalan. Mengapakah ada cita dalam diri mahu menjadi penulis? Soalan ini gagal dijawab diri sendiri. Aku terdiam. Jemari yang galak mengetik terhenti. Mengapa? Ia sebuah soalan subjektif. Tidak punya pilihan A, B, dan C. Jawapan sebenarnya ada tersimpan dalam diri. Aku punya impian, angan-angan, cita dan apa jua yang setara dengan mimpi. Malang , acapkali  dihapuskan oleh menung kosong. Allah sedang melorongkan jalan buat aku merealisasikan impian. Aku tidak boleh sia-siakannya, mesti manfaatkan peluang ini.  Bina diri. Jangan rasa rendah diri hanya perlu rendah hati. Aku menulis sebab aku mahu berkongsi dengan orang lain. Aku harus meluaskan pergaulan dan pembacaan untuk menjadi penulis sebenar. Sekiranya aku sekadar mahu main-main itu tidak jadi masalah. Jadilah penulis popular. Bisik dua Hidup perlukan matlamat dan matla...

Dia, bukan guru biasa. Dia guru yang hidup dalam jiwa muridnya

Cerah wajah Mengingat dia –seorang guru- Pemberi semangat Pembakar obor cita Penginspirasi tempat pertama. sebujur wajah melintas dalam ingatan. Sekejap terang bayangnya sekejap yang terlihat kata-kata penuh semangatnya. Dia guru yang boleh aku katakan inspirasi aku ketika zaman persekolahan. Seorang guru Ekonomi Asas yang juga mengajar bahasa Melayu di kelas lain. Semalam. saat aku menyelongkar diari lama mencatat kisah zaman sekolah, terlihat namanya pada muka-muka diari di sini sana. Dua tahun aku bersamanya, dia bagiku istimewa. Malah, sekarang, dia masih inspirasiku. Cikgu sedang melanjutkan phd beliau. Semangat beliau untuk belajar masih membara. Allah. Semoga suatu hari jejaknya adalah jejakku juga walau bidangnya pasti berbeza. Jika dahulu, ketika ke sekolah, pasti aku 'menghendap' adakah keretanya sudah tiba saat aku dalam perjalanan ke sekolah. Aku hafal parkingnya kerana memang di situ selalu keretanya di parkir. Aku lihat kereta manakah b...

beberapa hari.

Aku pencinta tulip Seorang aku pemain kata, Gadis luar kota, Tulis pengubat jiwa, Bicara suka duka, Gadis pemuisi bukan dia. lu'luah nur jamilah *** Diam. Banyak hikmah andai kamu dapat diamkan diri seketika dan perhatikan dunia sekelilingmu. Dunia yang lebih luas daripada dunia tulis. Dunia tulis yang sesekali perlu kamu 'tinggalkan' seketika memberi ruang pada tanggungjawabmu yang lain. Saya pasti, meninggalkan seketika dunia ini akan menumbuhkan kerinduan yang lebih besar dan semoga ia membawa sesuatu yang lebih baik. Saya 'mesti' diamkan diri seketika. MESTI. Diamkan blog buat seketika. Diamkan fb Diamkan semuanya Sampai masa saya pasti akan kembali menulis. insya Allah. :) ila husna/jamilah iium

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 9] usah dibakar kenangan itu.

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah:  [Catatan 9]  usah dibakar kenangan itu. penulis: Ila Husna Biar aku bicara seketika perihal kenangan dan memori. Aku suka merakam kenangan menggunakan Nikon L21 milikku. Walaupun ia hanya kamera digital murah, jasanya sudah banyak buat merakam indah dan manis pertemuan-pertemuan aku dan teman. Jika kerajinan aku berada tahap tinggi, adalah juga catatanku dalam diari berwarna pink. Entah boleh dikatakan ia diari sebab ia adalah buku kulit keras yang ditulis catatan harian. Semenjak sekolah, aku punya kesukaan yang satu ini. Aku suka kongsikan suka duka aku bersama diari. Kunukil apa yang mahu terluah dan tidak bicara aku sampaikan kepada orang lain. Aku bebas bercerita apa sahaja. Sehari dua ini, ada timbul satu ketakutan pula dalam diri. Bayangkan setelah aku tiada lagi, orang lain membaca diari yang aku tuliskan dan membaca semua perasaanku. Atau ditakdirkan aku punya cahaya mata sendiri dan zuriatku membaca catatan i...

randon rant yang entah keberapa

Telah Allah turunkan ayat pertama kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kalimah Iqra. Sungguhlah besar kuasa membaca. membaca maknanya menggunakan akal berfikir macam-macam membaca menghidupkan hati membaca menambah rasa mahu tahu. membaca mengembang ilmu. **** perihal baca dan tulis telah Allah rakam dalam al-Quran. Tentang penyair juga telah Allah beritahu dalam al-Quran. Semaklah! Menulis akan mengabadikan perkataan yang mahu kita cakap. Selalu aku hanya menulis ikut jemari dan alur akal yang mahu melontar kata. Aku sering membiarkan kata-kata bebas menerawang dan terlontar menjadi baris-baris ayat dan perenggan. Tulislah, wahai diri. Tulis sebelum mati. # minggu hadapan, peperiksaan berlangsung, balik kampung. # beberapa hari sahaja aku di bumi UIAM sebelum bercuti. # tidak sabar mahu bertemu insan-insan tersayang. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

11. kata motivasi andrea hirata

kata semangat buat diri daripada andrea hirata. (petikan daripada goodreads.com ) “Bermimpilah, dan Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu. -Arai, Sang Pemimpi” “Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia” ― Andrea Hirata, Sang Pemimpi “Hiduplah Untuk Memberi yang Sebanyak-banyaknya, Bukan untuk Menerima yang Sebanyak-banyaknya. (Pak Harfan)” ― Andrea Hirata, Laskar Pelangi “...berbuat yang terbaik pada titik di mana aku berdiri, itulah sesungguhnya sikap yang realistis.” ― Andrea Hirata “...ilmu demikian luas untuk disombongkan...” ― Andrea Hirata “tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati... - Arai” “Orang-orang itu telah“Tertawalah, seisi dunia akan tertawa bersamamu; jangan bersedih karena kau hanya akan bersedih sendirian.” ―   Edensor melupakan bahwa belajar tidaklah melulu untuk mengejar dan membuktikan sesuatu, namun belajar itu sendiri, adalah perayaan dan penghargaan pada diri sendiri. (hlm. 197) ―   Padang Bulan “Me...

berakhir sudah kelas nahu

tamatlah kelas nahu dengan pembentangan dan taujihat daripada ustaz Baqir hari ini. menanti hari peperiksaan Kumpulan pertama: power point mereka power! Ada ilustrasi, ada warna warni. Saya suka! Kumpulan ketiga yang membentangkan video yang istimewa. :)  Aku suka taujihat daripada ustaz Baqir lewat kelas terakhir nahu 1 semalam. Usai pembentangan, usai bertanya kepada pelajar lelaki yang merupakan 'pendengar' dalam kelas kami. Bagaimana pembentangan? Kata mereka: menarik, tetapi isinya sedikit. Apa kata ustaz? Kamu sudah berada di tempat tinggi. Kita perlu raikan orang yang belajar. Saya suka kata-kata ustaz itu. Mengajar mengikut tahap pelajar bukannya melebihi tahap pelajar itu sendiri. Sekarang, orang boleh belajar dengan hanya duduk dalam bilik dan belajar secara maya. Permbentangan yang kamu buat hari ini, berguna ketika menjadi guru. Ya. Anak-anak perlu diajar dengan kaedah interaktif. Aku kagum dengan semua kumpulan yang hadir dengan software-softwar...