Skip to main content

Posts

28. Yang Dia Perlu

Suatu hari, dia duduk diam-diam dalam kamar, bersama pena dan kertas kosong mencatat impian harapan keinginan keburukan kedegilan kejahatan Yang dia perlu, satu hari yang mana dia diam-diam kembali mengayam impian terbang lebih tinggi. semuanya bermula dengan MIMPI. pintalah walau sesuatu yang mustahil, DIA yang Maha Tahu  apa yang terbaik buat hamba. Jika ia terbaik akan diberi, jika ia membawa keburukan akan terhindar diri. mungkin diri merasakan ia baik. namun hakikatnya ia jelek buat diri dia. dia tidak tahu, DIA Maha Tahu. Tiada masa lagi untuk bermenung menjelang angka 23, selambat mana dia berjalan, dia harus teruskan perjalanan. Seperlahan mana dia membaca, dia mesti terus membaca, semalas mana dia, dia mesti rajin buka buku pelajaran. "seburuk mana karya, terus menulis. Ia latihan buat diri sendiri." Baik, kata-kata itu sedang melantun pada diri dia sendiri.  Baris yang pernah dia lantun...

29. Mimpi Hadir Ketika Rindu Bertandang

suatu kenangan menjelang hari peperiksaan: 11.4.2011 Semalam dia bermimpikan kawan yang lama tidak berbalas berita. ketawa dan ceria bersama. Cukuplah mimpi mengubat rindu di jiwa. saat rindu bertandang banyakkan doa kebaikan pada yang dirindu, jangan biar rindu merosak jiwa rindu mendekatkan kita. kawan dia seorang berjasa padanya manakan bisa dilupa, apakah khabarnya di sana? kawan dia banyak mengajar dia perkara hubungan sesama manusia yang dia leka hubungan dengan Pencipta yang kadang dia lupa. Dia yang suka menghulur tangan saat susah melanda. apakah yang dia buat pada kawannya? kesalahan dia, semoga sudah termaafkan. dia manusia khilaf yang banyak salah. tersalah kerana dosa menambun. peluang untuk berubah sentiasa terbuka. menjelang 23 tahun usia dia, yang entah dapat dirasa atau tidak, dia mahu kata satu perkara... dia mungkin manusia jahat, dia mungkin manusia yang banyak dosa dan khilaf... dia manusia biasa, yang mahu bergerak ke de...

point yang power

Membuat 'power point' memerlukan suatu kreativiti bagi  menarik penonton melihat sehingga akhir dan melekat dengan apa yang dibentangkan. selalu membuat power point keanak-anakan bukannya yang power. Buat tidaki kena bukan hanya membosanlkan malah tidak puaskan hati. kreatif. berfikir luar kebiasaan. akhirnya yang terhasil keanak-anakan. :aduhai power point, boleh power ia!:

30. berdoa. usaha. yakin.

Tiga puluh hari menjelang keberangkatan dia meninggalkan ranum usia 22, biarlah papan kekunci mengetik cebisan-cebisan kenangan menghuni hati. Kisah-kisah kecil manusia kecil yang mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Dia manusia kecil. Manusia kecil yang pernah sarat dengan cita-cita dalam diamnya dia dalam suasana. Dia manusia kecil yang pernah berjaya, dan pernah gagal. Dia berusaha membangunkan rasa percaya pada diri sendiri. Percaya Allah sentiasa memberi yang terbaik. Susah senang pahit manis. Ia pengalaman. Dia belajar semuanya terjadi kerana diri sendiri. Kedegilan, rasa mahu memberontak yang ada dalam diri, ketidaksabaran, ia penghalang kepada kejayaan. Perasaan juga. Apabila tidak disedia hati putih menempuh hari-hari sebagai seorang mahasiswa, cepat sekali tenggelam. Lautan perasaan kecamuk yang dibantu bisik syaitan pada telinga. Paling utama, apabila jauh daripada Allah, semuanya kecamuk. Remuk. teruk. Pesanan buat dia, dekatkan diri dengan Allah adalah ...

Tamat & Bermula

20 Julai 2012. Sepurnama daripada hari ini genaplah kembara 23 tahun sebagai kelana di bumi nan luas ini. Bak kata ustaz, 20-an ini sudah melalui 1/3 daripada kehidupan. 1/3 itu banyak bahaginya. Bagaimana, apakah dan adakah tertunai takfilan yang tertanggung pada bahu? *ada keinginan saya mahu menulis 30 kisah menjelang 20 Ogos 2012.* Hari ini tamatlah dan booth P3 sudah selamat melabuhkan tirainya.  Seminggu terlalu pantas dalam semester pendek dan saya amat cinta  pada semester pendek ini. Lebih bermakna dibanding semester panjang yang ada banyak masa untuk berangan. titik. 1 Ramadhan 1433, Selamat datang kekasih bernama Ramadhan Terbukalah pintu kerahmatan seluasnya, tinggal diri, sediakan diri menempuh keindahannya. Bukan fikir juadah berbuka sahaja. *pesan buat diri* Sorof. Setelah dua kali membentangkan tajuk yang berlainan, hilanglah debar di dada. Hanya Allah tahu gentaran tangan ketika saya ditugaskan membentang tajuk 'hamzah' Khamis yang lalu. ...

cakap-cakap tentang bahasa Arab II.

Keluar daripada kelas Sorof hari ini, saya menyedari satu perkara. Saya tidak perlu takut dengan nahu dan sorof. selama ini, tiga tahun saya menyimpan rasa TIDAK SUKA itu dan menzahirkannya. Semester pendek adalah hari-hari indah pengajian saya. Selalu begitu. Semester pendek kali ini saya belajar mendekati sorof dan nahu. Menyemai cinta pada sorof dan nahu. PADAM PERKATAAN TAKUT. BAHASA ARAB MENGHIDUPKAN AKAL FIKIR, BUKAN SESUATU YANG MENAKUTKAN! Nahu dan sorof mengajar bacaan yang betul.Baris salah membawa kepada bacaan yang salah. Aku selalu dan masih menganggap nahu dan sorof bak matematik! Ustaz membetulkan sangkaan saya hari ini. "bahasa bukannya seperti matematik yang semua boleh ikut formula. Kira dapat jawapan. Bahasa lebih dalam daripada itu. Indahnya bahasa." Bebaskan dirimu daripada kata tidak suka. Ya. Saya cinta Nahu dan Sorof. :) belajar mencintai nahu dan sorof. apa yang kita fikir itulah yang kita dapat. Ya, semester ini saya bersama-sam...

Coretan Hati Durrah Nur Aqilah : [Catatan 8] random rant.

C Hidup hari ini bukan untuk aku kenang semalam. Mengubah hari semalam menjadi hari ini yang lebih baik. sesungguhnya DIA Maha Tahu segala yang terselindung dalam kotak hatiku. sekarang aku tidak berahsia jika ada yang bertanya. Walau tidak semua dapat dibicara. yang boleh aku bersuara, kulontar jua. semoga tidak merana jiwa. Aku tidak mahu peduli pada persepsi. Aku yakin Dia tahu apa yang aku zahirkan dan aku sembunyikan. Mengapa aku harus berpura seakan aku tahu semua sedangkan hakikatnya nihil. Dalam kepala hanya ada setitik, mungkin suku titik ilmu yang lekat. Mana mungkin dibiar tanpa dicas bacaan semula dan menghadam. Nanti yang setitik hilang, yang suku lesap. Apa bekalmu selama menjadi penuntut ilmu? Hari ini aku sedikit gelisah dalam kelas. Sudah lama aku tidak membelek jam ketika dalam kelas. sesekali menjeling telefon genggam dalam beg. Mata terasa berat. Kaki asyik bertukar silang. Fokus yang hilang. Tiga jam sepanjang kelas, aku berjaya tumpu sesukunya...