Skip to main content

Posts

Nostalgia Pesta Buku

2009 Kali pertama aku ke pesta buku. Seingat aku dua kali aku ke sana. Bersama kak Husni dan Masthura. Adegan hilang. Buku-buku yang dibeli. Kenangan manis.  kegemaran aku, bercerita tentang penulis yang ditemui. Aduhai, manisnya...   ****  2010 Kali pertama ke sana, saya bersama teman-teman.. Ada adegan hilang-menghilang,  Hanya dapat Tunas Cipta Mac 2010. Tiada wang dalam poket ketika ini. Kali kedua, saya seorang diri ke sana Terserempak Ustaz Azlan, Mendengar bicara Sofa Putih bersama Faisal Tehrani, Pusing-pusing.. Tengahari aku sudah pulang. Tangkapan hari ketiga.  Aku hanya bersendirian dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Lebih ramai penulis. Ditanya kak Salina: "Apa dah jadi dengan penulisan?" Autograf yang bermakna.. :)  Berjalan dari pagi sampai pukul empat petang. PUAS!!! **** KEMBARA KE PBAKL '10 PUSINGAN 2 Buku-buku yang disambar tahun lepas. Alhamdulillah, pemilik diri ini mengizinkan saya menjejakkan kaki ke PWTC lag...

cinta vs tanggungjawab

Masih jauh perjalanan cinta. Cinta, tidak terlupa memesrainya saban hari. Tanggungjawab, lalai, tidak dipeduli. Aduhai cinta, sedang hakmu terpenuh, tanggungjawab aku tinggal. *** Cintaku pada tulisan, tanggungjawabku menyiapkan kerja kuliah dan hadir ke kelas.  Awak tahu, ketika aku boleh setia mengemaskini status di fb, menulis di blog, menconteng dalam buku, cuba-cuba membaca buku dengan tema berat (walaupun ketika dibaca berbaring, akhirnya lena dengan buku terbuka), aku sering melupakan tanggungjawab hakiki seorang pelajar.  Aku sentiasa ada masa untuk melunaskan kecintaan, namun aku abaikan tanggungjawab. Manakan buku terbuka jika tidak malam peperiksaan. Tidaklah kerja tersiap melainkan dr mengarahkan kerja dihantar esok hari. Aku harus bersyukur apabila laptop yang menjadi kesayangan rosak dan langsung tidak dapat dibuka. Sekurangnya aku mengurangkan masa untuk berada dalam dunia maya dan daerah kecintaan. Ia satu nikmat. Lihatlah...

saksi kau dan aku

kuburan saksi pertemuan dipanggil pulang abadi. lu'luah nur jamilah 2012

senyum

..bagi mereka-mereka yang terus berbagi apa sahaja pada orang lain, bukankah itu satu kebaikan. Disebarkan bahagia buat semua, Diberikan gembira seantero dunia, Walau diri apa adanya. Bukan itu yang dikira... ... Melihat daripada jendela terbuka, Dunia luas tanpa hujungnya, Sedang terperuk dijeruk rasa. ~Jamilah Mohd Norddin 2011 *seronok juga berbalas puisi.  kata

Gelas Maksiat

Gelas Maksiat,  Dewan Siswa Januari 2010   Seteguk kuhidup saban malam Sampai habis segelas Maksiat diharung tanpa rasa dosa Kerana aku tak nampak syurga neraka. Segelas Diganda jadi bergelas- gelas Bergelandangan aku bagai Binatang buas Asal nafsu aku puas. Aku corakkan gelas maksiat Dengan lukisan jijik lagi kotor Apa aku peduli? Usia tua masa bertaubat. Satu senja Tertayang gelas maksiat Aku hirup malam dan petang Tak sanggup indera  memandang. Ada insaf Namun Si Pencabut Nyawa menanti Di ubun kepala Tak mampu aku lempar Gelas dosa itu. Hanya melihat Meronta Meminta Rohku dicabut tanpa dilihat siapa. JAMILAH MOHD NORDDIN