Skip to main content

Posts

kembali.

Tulisan itu kembali meronta untuk bersuara, Lalu, aku gerakkan kembali jemari pada papan kekunci ini. Ya Allah, terima kasih atas teguranmu dengan apa yang berlaku, Tersedar bahayanya menulis dengan penuh emosi tidak terurus. Kak Husni, Terima kasih! Hati selagi mana tidak lurus ia, maka tidak luruslah tulisannya... Insya Allah, akan kucuba meneutralkan perasaan dalam penulisan, Berkongsi seputar pelajaran berharga yang dicerita lecturer saban hari... Amin.. Ya Allah luruskan lidahkan -penulisanku- 

Zuhayr ibn Abi Sulma

Zuhayr ibn Abī Sulmā, Dilahirkan c. 520—died c. 609, Berasal dari Najd region, Arabia), Salah seorang penyair hebat dalam zaman Jahili Salah seorang penyair dalam muallaqat sab'ah (penyair yang syairnya digantung di Kaabah) Zuhayr berasal dari Kabilah Muzaynahtetapi tinggal daam kalangan Ghaṭafān. Bapanya seorang penyair, Kakak isteri pertamanya seorang penyair, Dua orang anak lelakinya juga penyair. Salah seorang anaknya, Kaʿb,terkenal dengan syair yang dibacakan kepada Nabi Muhammad,yang menjadi tanda pengislamannya. Contoh petikan daripada muallaqat Zuhayr bin Abi Sulma:  سئمت تكـاليـف الـحياة ومن يعش ثـمانين حولا- لا أبا لك – يسـأم وأعـلم مـا في اليوم والأمـس قبلـه ولكنني عن علم ما في غـد عـم ومـن هـاب أسبـاب المـنايـا ينلـنه ولـو نـال أسباب السـماء بسلــم ومن يجعل المعروف في غير أهله يـعــد حـمـده ذمـا عــليه فيـندم ومهما تكن عند امرئ من خـليقة ولو خالها تخفى على الناس تعلم لأن لـسان الـمـرء مـفـتـاح قــلـبه إذا هو أبدى مـا يـقول من الـفـم لسان ا...

Durrah Nur Aqilah: Allah, terima kasih.

Aku belajar sesuatu. Kala rasa sedih menghambat diri, belajarlah untuk memberi. Cukup hanya sebutir gula-gula, hati sudah ria melihat senyum pada wajah sahabat. Ketika air mata seakan mahu luruh kerana sesuatu hal, usapkan ia dengan mengingat yang baik-baik. Mendoakan yang baik-baik daripada kejauhan. Apabila diri tidak kuat untuk mendekati... Ya Allah, apa sahaja yang Kau berikan untuk aku tidaklah seperti yang dilalui mereka. Mereka yang masih tabah melalui hidup. Sungguh tersentak mendengar perkhabaran semalam. Tentang seseorang yang lama tidak aku dengar khabarnya. Dia sedang diuji, sedang aku tidak tahu cara manakah untuk membantunya. Maafkan aku, teman. Hanya doa yang dapat aku hantar agar kamu kuat dan tabah melalui semuanya. Sungguh apa yang kamu lalui berat. Berat yang melihat, apatah lagi kamu yang menghadapi. Ya Allah, kuatkan kami semua dengan ujian yang sedang kami lalui. Semoga ianya dapat menghapuskan dosa. Semoga ianya menguatkan pergantungan kami kepada-Mu, ya Allah. K...

Imtiyaz Huda & Durrah Nur Aqilah: Ajarkan aku untuk Memberi.

Apa itu makna memberi? “Imtiyaz Huda, melamun, ya?” Durrah menegur teman sekamar. Di tangannya ada sepiring epal yang sudah dipotong kecil-kecil. Buat dimakan bersama. Minggu ini hanya tinggal mereka berdua. Jamilah Mohd Norddin, Lu’luah Nur Jamilah dan Ibtisam Husna sibuk dengan kerja sendiri. Pulang ke kampung, ziarah sahabat di luar kampus dan menyiapkan kerja yang bertimbun menanti untuk dibereskan. Seorang manusia itu kan kerjanya tidak bisa selesai? “Durrah ... Ayuh, duduk di sini.” Imtiyaz Huda melapangkan katil yang berselerak dengan kitab-kitab tafsir yang digunakan untuk menyiapkan kerja khusus Ulum al-Quran yang perlu dihantar Isnin ini. Ada tafsir yang ditulis al-Qurthubi, al-Khazin, Syed Qutb, al-Alusi dan beberapa Pentafsir al-Quran lagi. “Maaflah, tempat saya sedikit serabut.” Imtiyaz menyambung bicara. “Imtiyaz, Imtiyaz... Ini baru namanya buat kerja. Puas tengok dah macam rumah kena pecah.” Durrah membalas dengan seloroh. “Anyway, ada apa dengan matamu? Nampak merah.....

Imtiyaz Huda: Apa Adanya.

..bagi mereka-mereka yang terus berbagi apa sahaja pada orang lain, bukankah itu satu kebaikan. Disebarkan bahagia buat semua, Diberikan gembira seantero dunia, Walau diri apa adanya. Bukan itu yang dikira... Melihat daripada jendela terbuka, Dunia luas tanpa hujungnya, Sedang terperuk dijeruk rasa. Usah! Bangkitlah! Sedarlah! Yang mimpi sudah realiti jadinya. Igau itulah yang sedang kau laluinya, Bayangan bukan ilusi cuma. *Imtiyaz Huda*

Durrah Nur Aqilah: Kesabaran itu Belum Teruji.

"Kesabaran kamu belumlah teruji kala kamu memperkatakan tentang kesabaran atau kamu menuliskannya di kertas.Namun kesabaran itu diuji ketika kamu menghadapi situasi." Entah di mana Durrah terbaca akan petikan ini. Hanya ingat maknanya dan Durrah abadikan di sini. Kata-kata ini sering sahaja terlantun dalam diri Durrah minggu ini. Mengingatkan diri untuk bersabar dan terus bersabar dengan diri sendiri. Durrah tahu, ketakutan yang ada dalam diri Durrah tidak akan hilang selagi Durrah yang tidak menghalaunya pergi. Ketika Durrah hanya mengikut ketakutan itu dan melayannya, kekuatan diri Durrah sendiri yang hilang. Selama ini Durrah lari. Tiga tahun Durrah di Taman Ilmu dna Budi dengan mengikut kata hati. Peristiwa yang terjadi semester lepas sungguh tinggalkan kesan di hati. Kesan kepada pelajaran hari ini. Kesan kepada diri Durrah sendiri. Durrah masih mencuba. Cuba menghadapi kenyataan walaupun payah. Cuba melawan diri sendiri meski bukan senang. Durrah tidak akan tahu selagi ...

Ila Husna

Petang tadi, semak e-mel. Kata editor, tajuk untuk novel sudah ada. Nama penulis bukan Jamilah Mohd Norddin . Tajuk novel bukan Tekad... Doakan perjalanan novel remaja nan satu yang saya tuliskan ini diterbitkan. Dengan tajuk "friends forever Penulisnya 'Ila Husna.' Sebab namanya saya tidak tahu.... Saya yang pilih secara spontan. :) Tengok ada nama Ila Husna kelak. Itulah Jamilah Mohd Norddin a.k.a Lu'luah Nur Jamilah. Doakan semuanya lancar.. Penulis 2011. Amin. ~Jamilah Mohd Norddin~