Skip to main content

Posts

Rindu Suatu Peristiwa...

Disember 2007 mencatat pertemuan, Bertentangan bertukar senyuman, Menyimpan kagum, Membaca cerita, Berkongsi ilmu bersama... Seminggu berkampung dalam bangunan itu, Berulang alik, melintas jalan, makan sekali... Hari ini, Semuanya kembali, Mekar dalam hati... Kemarahan, Kesedihan, Kenangan... Manakah dapat ditukar... Pena menyatukan, Menemukan hati-hati... =) kenangan terindah.. Minggu Penulis Remaja 2007...

SAFF D4.4.A

Awan yang pasti tidak jemu dipandang walau berjuta kali. Subnallah. Hari-hari awalku di kamar baru.. Hadiah daripada Kak Husni IIUM Convocation tahun lepas. :) Lukisan terindah. Lakaran alam. Biru putih. Bukan mudah untuk senang, bukan payah untuk punah. Bertahan selagi kesempatan ada. Fighthing!! Kecantikan itu bukan hanya zahir, paling utama dalam mau cun! Kutubkhanah! SAFF D4.4.A. Dunia Baru Yang Lebih Sepi Sebnarnya.

Kompang Dipalu Pengantin Malu...

Malam akad nikah... Hm, siapakah yang seterusnya???  Pertaman kali melihat majlis akad-nikah.. Oh.. Begitu. Hantaran pengantin lelaki. Kamar Permaisuri sehari hasil tangan kawan-kawannya dan sepupu. Barakallahulakuma, kak Ina. Sesungguhnya semoha permulaan kehidupan kalian diberkati Allah.. Selamat menempuh alam baru.

Emosi Seorang Bernama Perempuan.

Perempuan itu aku temui dalam lembaran hari-hariku. Lalu, dia bercerita tentang sebuah kesedihan yang dia alami suatu hari yang sepatutnya dia gembira. Majlis perkahwinan kakaknya yang sepatutnya bersama senyuman penuh di bibir telah dia rosakkan dengan hujan air mata yang tidak berhenti mahu mencurah di wajah. Bukan permintaan dia untuk merosakkan majlis itu. Dia sendiri tidak faham. Air mata akan menuruni pipi setiap kali dia mahu berkata-kata. Akhirnya dia diam. Membisu dan melarikan diri ke tingkat atas rumah. Dia ringgalkan saudara-mara dan ahli keluarga yang masih di bawah. Bukan kehendak dia air mata itu mengalir. Semakin dia berada dalam keramaian, semakin deras air mata melaju. Lalu, bagaimana untuk dia terus berada di situ. Tersembam dia di katil, sampai terlena. Hanya itu yang boleh menghentikan tangisan. Kepada mereka, dia memohon maaf merosakkan suasana. Sesungguhnya dia tiada alasan mengapa itu terjadi hari itu. Bukan kehendak dia. Perasaan itu datang tanpa terkawal. Air ...

berinai.

Sudah terlupa bilakah kali terakhir aku memakai inai. Malam ini menjadi tukang inai untuk pengantin baru a.k.a kakak aku. Memang hancuss terutama kakinya aku kerjakan. Anak muda yang tiada pengalaman berinai memang begini jadinya. Ditambah bakal pengantin yang sudah kepenatan seharian bekerja. Dalam mengantuknya dia, aku pakaikan juga.. comot macam kanak-kanak main water colour. Alang-alang tangan sudah keoren-orenan akhirnya aku inaikan semua jari aku.. :) psst: tumpang orang nak kahwin. hihi. =)  taip sebelah tangan. kekok. 0334/19.5.2011

Di Jalan Ini Kakiku Melangkah.

Pagi yang dingin. Sejuk. Nyaman. Di luar pepohon masih basah dengan embun bercampur air hujan yang melimpah banyak semalam.seketika membiarkan jemari terus mengakur aksara pada papan kekunci sebelum aku benar-benar kembali ke dunia nyata. Benarkah aku menulis kerana minat? Atau sebenarnya aku menulis kerana dahaga apa yang dinamakan wang ringgit. Kerana hasil penulisan yang sedikit mampu memberi pulangan yang boleh dikatakan lumayan. (bagi seorang yang seperti aku.. boleh dibuat belanja juga wang honoranium itu) Jika benar niatku, -adakah benar niatku ini, duhai hati, istiqamahlah pada jalan SATU- tentu aku berjaya menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat pada saudara yang menanti di sunia luar. Sedangkan aku sendiri masih terkapai-kapai mencari perahu yang dapat membawa aku pulang ke pelabuhan keampunan. Perahu yang tidak perlu mewah, namun memberi aku sebuah janji yang bernama harapan, agar aku kembali bersedia untuk menabur bakti, menghasilkan penulisan dengan harga keikhlas...