Skip to main content

Posts

Ponteng.

Mencari hati suci. Kalah saya dengan hati sendiri hari ini. Pergi ke kelas ditegur rakan. " Menangis ke? Bengkak mata?" Huh! Saya sudah melenakan diri selama 12 jam = separuh hari. Apa tidaknya. Pandang muka ustaz seperti tidak cukup tidur. Malu saya... Orang lain belajar saya berangan!   Sudah berjanji pada diri untuk tidak ponteng lagi, namun saya ponteng dua kelas hari ini tanpa sebab. Alasan yang tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja. Bangun pagi kemudian terus belayar kembali ke alam mimpi sampai terlepas kelas jam lapan pagi dan sepuluh pagi. Kelas 11.30 saya pergi disebabkan ada kerja perlu dihantar. Mujur tidak ponteng kelas Naqd Qadim sebab rupanya banyak benda best dalam subjek ini. (walaupun tidak faham semua yang ustaz cakap. Laju!) Perangai yang sangat tidak senonoh bagi seorang pelajar perempuan. Ponteng kelas. Haha, bagi ada faedahnya saya ponteng awal-awal sebab dalam sistem UIA ada hadnya untuk ponteng. Sekali saya ponteng tentu saya ingat lain kali bahawa...

contengan.

Tidak salah mengikut hati, Jangan sampai dirmu mati, Sedang denyut belum berhenti.

..tali itu tidak bersambung...

murid dan guru saling memerlukan. Hubungan seorang guru dan seorang pelajar tidak bersambung jika pelajar itu sombong dengan gurunya. Dalam hal ini, pelajarlah yang perlu mendekati seseorang guru bagi mendapatkan ilmu yang dipunyai oleh guru. Bukan hanya menunggu pada segala ajaran guru dalam kelas. Seorang murid yang baik akan menganalisis terlebih dahulu setiap patah kata yang diucapkan oleh gurunya dan bertanya apabila ada sesuatu yang tidak faham. Bagaimana akan bersambung jika pelajar itu kononnya malu. Di sinilah kamu meletakkan MALU bukan pada tempatnya. Bukankah kita perlu letakkan malu pada perkara maksiat, pada sesuatu yang melanggar batas kemanusiaan, bukannya malu dalam menuntut ilmu. Pepatah Melayu ada menyebut, "malu bertanya sesat jalan. " Sebelum saya menconteng lebih panjang, suka untuk saya menyebut sedikit tentang kata orang dulu-dulu. Tidak kisahlah simpulan bahasa, peribahasa, pantun dan segala macam petua dan pantang larang yang diamalkan oleh orang Mela...

Berjalan Terus.

*Tumpang menulis sesuatu di sini... Pesan buat diri yang bernama Jamilah* " Dalam perjalanan meniti hari, kamu akan temui pelbagai wajah manusia. Ada yang macam saya. Tidak pandai berkawan dan payah menghargai kawan. Jika kalian ketemu dengan orang yang macam saya, ketahuilah yang saya sebahagian daripada beribu-ribu perangai pelik dalam dunia. Kadang boleh jadi terlebih ramah adakalanya sangat pendiam. Beruntunglah mereka yang peramah kerana kalian akan bertemu dengan seribu lima wajah manusia yang mengajar anda untuk mengenal kehidupan. Sedangkan saya diri sendiri sahaja belum sempat untuk mengenal." " Buatmu Jamilah, sedarlah yang kamu hidup bersama manusia bukannya dunia maya. Maka sedarlah yang kamu perlu berhubung dengan manusia bukan hanya pentingkan diri. Untuk senyum sahaja kamu anggap ia seperti emas yang mahal, inikan untuk menegur. Sedarkanlah dirimu daripada lena selama 21 tahun ini. Sesungguhyna dunia kamu bukannya berpatah ke bealakang namun berjalan ke de...

dalam ke luar.

"apabila bersih hati seseorang maka terpancarlah pada wajahnya. apabila penuh hasad dan sifat mazmumah terlihat juga pada wajahnya." "Kita lebih mementingkan luaran berbanding dalaman sedangkan apa yang ada dalam hatinya itulah yang akan terzahir." "Hidupkan hati supaya kelak kamu tenang."

.Padamkanlah Rasa Itu.

Jangan lupa senyum! Esok masuk minggu keempat saya berada di semester baru, semester dua 2010/2011 di Taman Ilmu dan Budi. Dan Insya Allah berbaki empat semester (termasuk semester pendek) untuk saya menuntut ilmu di sini. Pantas sekali masa berlalu sedangkan pembaharuan apakah yang dilakukan saban hari? Persoalannya, berapakah banyakkah ilmu yang dituntut atau ilmu itu hanya digali kerana akan menghadapi peperiksaan. Sepanjang dua tahun di sini, saya tidak pernah menyertai mana-mana persatuan tidak kiralah berkaitan dengan kuliah Bahasa Arab atau persatuan lain yang banyak dalam Taman Ilmu dan Budi ini. Saya tahu rugilah saya kiranya saya langsung tidak menggunakan kesempatan di sini untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman untuk bersosial atau berorganisasi namun saya lebih mengikut diri yang rimas apabila berada dalam khalayak yang ramai. Saya akan terasa tidak enak dan sangat janggal. Namun perasaan itu tiada pula walaupun saya berjalan sendiri di tengah ramai. Perasaa...

.Padamkanlah Rasa Itu.

Jangan lupa senyum! Esok masuk minggu keempat saya berada di semester baru, semester dua 2010/2011 di Taman Ilmu dan Budi. Dan Insya Allah berbaki empat semester (termasuk semester pendek) untuk saya menuntut ilmu di sini. Pantas sekali masa berlalu sedangkan pembaharuan apakah yang dilakukan saban hari? Persoalannya, berapakah banyakkah ilmu yang dituntut atau ilmu itu hanya digali kerana akan menghadapi peperiksaan. Sepanjang dua tahun di sini, saya tidak pernah menyertai mana-mana persatuan tidak kiralah berkaitan dengan kuliah Bahasa Arab atau persatuan lain yang banyak dalam Taman Ilmu dan Budi ini. Saya tahu rugilah saya kiranya saya langsung tidak menggunakan kesempatan di sini untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman untuk bersosial atau berorganisasi namun saya lebih mengikut diri yang rimas apabila berada dalam khalayak yang ramai. Saya akan terasa tidak enak dan sangat janggal. Namun perasaan itu tiada pula walaupun saya berjalan sendiri di tengah ramai. Perasaan teringin d...