Mencari hati suci. Kalah saya dengan hati sendiri hari ini. Pergi ke kelas ditegur rakan. " Menangis ke? Bengkak mata?" Huh! Saya sudah melenakan diri selama 12 jam = separuh hari. Apa tidaknya. Pandang muka ustaz seperti tidak cukup tidur. Malu saya... Orang lain belajar saya berangan! Sudah berjanji pada diri untuk tidak ponteng lagi, namun saya ponteng dua kelas hari ini tanpa sebab. Alasan yang tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja. Bangun pagi kemudian terus belayar kembali ke alam mimpi sampai terlepas kelas jam lapan pagi dan sepuluh pagi. Kelas 11.30 saya pergi disebabkan ada kerja perlu dihantar. Mujur tidak ponteng kelas Naqd Qadim sebab rupanya banyak benda best dalam subjek ini. (walaupun tidak faham semua yang ustaz cakap. Laju!) Perangai yang sangat tidak senonoh bagi seorang pelajar perempuan. Ponteng kelas. Haha, bagi ada faedahnya saya ponteng awal-awal sebab dalam sistem UIA ada hadnya untuk ponteng. Sekali saya ponteng tentu saya ingat lain kali bahawa...
catatan untuk mengabadikan