Skip to main content

Posts

Kenangan.

Mencetus Ingatan.  Terasa ada lantunan memori lama datang dalam diri ketika membaca "Travelog Cinta Abadi" ini. Sungguh-Sungguh terbayang pula zaman anak kecil bergelar budak kampung. Sambil membaca teringatkan zaman itu.. Aliran ceritanya yang mengalir pada satu demi satu kisah yang dipaparkan menjadikan aku teruskan pembacaan hingga selesai. Aiskrim Malaysia, Kekabu, pucuk paku, lepat, pen pals... catatan kenangan yang dicatatkan dalam Roza Roslan dalam bukunya ini nyata mengembalikan kenangan itu... Tidak sabar menantikan jilid kedua catatan kenangan pula diterbitkan. Maka, aku contengkan pula cebisan kenangan dalam Manuskrip Bawah Meja ini.. versi Jamilah... ******************************************************************************* Ais krim Malaysia. Saya tidak ingat bilakah saya mula mula mengenal batang aiskrim Malaysia yang berharga 10 sen sebatang ini.  Ketika itu tiada peti ais lagi dalam rumah sendiri. Jiran yang menjual aiskrim Malaysia...

Kenangan.

Mencetus Ingatan.  Terasa ada lantunan memori lama datang dalam diri ketika membaca "Travelog Cinta Abadi" ini. Sungguh-Sungguh terbayang pula zaman anak kecil bergelar budak kampung. Sambil membaca teringatkan zaman itu.. Aliran ceritanya yang mengalir pada satu demi satu kisah yang dipaparkan menjadikan aku teruskan pembacaan hingga selesai. Aiskrim Malaysia, Kekabu, pucuk paku, lepat, pen pals... catatan kenangan yang dicatatkan dalam Roza Roslan dalam bukunya ini nyata mengembalikan kenangan itu... Tidak sabar menantikan jilid kedua catatan kenangan pula diterbitkan. Maka, aku contengkan pula cebisan kenangan dalam Manuskrip Bawah Meja ini.. versi Jamilah... ******************************************************************************* Ais krim Malaysia. Saya tidak ingat bilakah saya mula mula mengenal batang aiskrim Malaysia yang berharga 10 sen sebatang ini.  Ketika itu tiada peti ais lagi dalam rumah sendiri. Jiran yang menjual aiskrim Malaysia dengan pelbagai perisa ...

Saat Kecewa Merantai Rasa.

Sesungguhnya Allah dekat. {kredit gambar: iluvislam } Aksara demi aksara terus cuba aku lontarkan di sini walaupun hakikatnya selalu yang aku ulang hanyalah sebuah kenangan dan contengan demi contengan tentang sesuatu yang dekat dengan aku. Biarlah aksara terus berlari atas papan kekunci ini walaupun ianya hanya sekadar sebuah manuskrip yang layak disimpan bawah meja. Sekurang-kurangnya dengan mencurahkannya di sini, aku rasa lega dan bisa lelap mata dengan rapat.  ^apa cerita pagi-pagi sudah membebel.^ Tersenyum apabila aku baca kembali coretan yang pernah aku nukil sebelum ini terutamanya tentang momen yang kami sama-sama lalui bergelar pelajar UIAM. Sungguhlah benar kata Kak Su, dunia belajar itulah yang paling manis. Maka, manfaatkanlah peluang belajar yang Allah berikan untuk dapat sebuah kepuasan setelah graduasi nanti. Bukan hanya belajar sepuluh peratus dan main-main sembilan puluh peratus. Sekali Allah tarik nikmat belajar, nah! Menganga aku dan ketika itulah aku akan seda...

Soal Hati.

Sebut soal cinta, mata yang mahu terpejam boleh terjaga. Bicara soal kahwin, yang lapar jadi kenyang. Cakap soal nikah mudah sahaja kata nak cepat-cepat. Sedang diri nan satu ini tidak mampu dijaga. Bagaimana mahu menanggung sebuah tanggungjawab yang besar jika tanggungjawab pada segumpal darah merah yang bernama hati sendiri belum tertunai. Ah, hati bagai ada taman setiap kali bicara soal cinta. Sudah menjdi ghalib pula apabila dikata yang kita belum punya 'teman tapi mesra' atau bahasa mudahnya ' awek' dan ' balak'. Sungguh sejak sekolah aku gentar untuk bicara soal ini. Cakap soal cinta sebelum kahwin dan tanggungjawab selepas kahwin kerana aku tahu diri masih tidak bersedia ke arah itu. Sampai bila? Aku sedar itu pula yang akan ditanya sedang diri sudah menjejak dua puluh satu tahun. Mustahil belum ada yang berkenan. CINTA BAGI AKU "Berikan cinta kepada yang berhak, maka kamu akan memperoleh cinta milikmu." Entah kata-kata milik siapa yang aku peti...

Sekumal Contengan Ingatan Buat Yang Lupa... Diriku...

Bismillahirrahmanirrahim. Cuti ini apakah agaknya aktiviti yang kamu lakukan saban hari??? Kamu bosan sudah??? Bukankah ketika di bumi UIAM kamu sentiasa berharap supaya cuti cepat bertandang kerana mahu ada masa bersama-sama keluarga tersayang. Nah, sekarang gunakanlah peluang yang ada untuk bermesra dengan ahli keluargamu sendiri. Saya percaya, usia yang makin menginjak menjadikan kita makin jauh dengan kerabat sendiri. Hingga ada kalanya rakan sepengajian kita yang merupakan saudara kita sendiri kita tidak kenal. Makin lama, kita makin jauh dengan saudara sendiri. Apatah lagi anak muda seperti kita yang dihidangkan dengan bermacam hiburan dan teknologi yang menjadikan kita malas bergerak ke mana-mana. Buka sahaja facebook, blog, kita akan sampai ke merata dunia. Hakikatnya, persaudaraan itu bukan di alam maya ianya jadi erat, namun pertemuan mata dengan mata, menghadiri majlis yang mereka adakan, dan bertandang ke rumah mereka menjadikan kita kenal mereka lebih dekat. Sepanjang cuti...

PERCA-PERCA KENANGAN: KANGEN!!!

Aku mencoret lagi. Kali ini secara keseluruhan sahaja aku mahu catatkan tiga semester lalu yang aku lalui sebagai pelajar UIAM. Dan semester depan tentu sahaja pengalaman dan cerita baru yang sedang menanti untuk aku nikmati. Bagaimana sekali jalannya, perjalanan yang sedang kita lalui akan tetap diteruskan... Melangkah biar berkali-kali rebah.. Ya, semester dua saya memilih subjek yang dikatakan boleh score oleh kebanyakan orang. Saya ambil lecturer yang saya mahu pilih. Tiada senior yang saya kenal untuk tanyakan mana yang best dan tidak kedekut markah. Malah, lecturer untuk jurusan BAR seperti kami, bukannya ramai, alih-alih lecturer yang sama juga akan mengajar. Dan saya lalui semester dua dengan aman...  Walaupun ada juga peristiwa-peristiwa yang menyebabkan air mata tumpah tanpa sengaja.. Bib, setiap semester saya susahkan kamu.. Maafkan saya Bib. Sedang saya belum jadi sahabat yang baik untuk kamu. Kamu selalu ada ketika saya perlukan seseorang. Nanti, ketika kesibukan sudah...

SENDUDUK.

Aduhai senduduk! Petang semalam saya mengikut kakak ke kebunnya sambil menghalakan My Love ke arah beberapa tumbuhan yang melata dalam kebun itu. Sampai akhirnya saya tertarik dengan pokok senduduk ini. Tumbuhnya banyak merata-rata seperti tumbuhan hutan lain, namun jangan main-main kerana ada khasiatnya pohon senduduk ini.. =) Lalu saya menggoogle dan menyalin daripada laman ini tentang khasiat senduduk. Senduduk bukan hanya berwarna ungu, ada juga senduduk putih yang lebih jarang ditemui. Buahnya boleh dimakan. =) Dahulu pernah juga sekali sekala makan dan menyebabkan lidah anda berwarna ungu. Jom baca.... a)Nama botani : Melastona malabathricum Linn. b)Nama famili : Melastomataceae c)Nama tempatan : Senduduk, Akar keduduk hitam, Senduduk, Sekenduduk, Si kaduduk , Kenduduk , keduduk, seduduk, kedok. Pengenalan spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya Pokok renek yang sangat bercabang dan mencapai ketinggian sehingga 3-4 kaki tinggi dan sering menghasilkan bunga ketika masih kecil lagi ...