Skip to main content

Posts

Papadom

Bismillah... Kalian pernah menonton filem Papadom? Semalam, aku menonton filem ini di youtube dan ternyata ceritanya sangat menyentuh perasaan dan memberi pengajaran bagi seorang yang bergelar anak kepada ayah. Baiklah, aku bukannya mahu becerita tentang sinopsis atau tentang filem ini, sekadar berkongsi dapatan setelah menonton filem lakonan Afdlin Shauki ini. Cerita cinta? Cinta seorang ayah kepada anaknya... Kalian pernah bayangkan seorang ayah yang sangat menjaga anaknya hingga anak itu terasa tidak bebas dan terkongkong. Ya, anak remaja sentiasa mahukan kebebasan. Namun ada sebab si ayah berbuat demikian. Aku terkedu dengan dialog sang ayah yang maksudnya hampir begini: " Biasalah kita lelaki tak reti nak tunjuk sangat dengan kata-kata. Jadi Pak Cik buat dengan perbuatan. Pak Cik harap suatu hari dia akan faham. " Sayangnya seorang ayah ini sampaikan sang ayah menunggu anaknya ketika di sekolah.. Sediakan makanan ketika rehat, menunggu setiap hari tanpa JEMU. Hal...

JALAN-JALAN: KE MDEC, CYBERJAYA

Hati nekad untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan Ma'ruf Club ke MDEC.Bas mula bertolak pada 2.30 petang dan sampai kembali di UIAM pada 8.30 malam. Delegasi kami diwakili 5 jejaka dan tidak sampai 20 orang kuntuman mawar harum di taman. Alhamdulillah, kerana aku dapat belajar perkara baru hari + jalan-jalan di Multimedia Universiti + sampai Cyberjaya. Walaupun aku tidak faham sepenuhnya apa yang diterangkan, sekurang-kurangnya ada idea kasar dalam kepala. Dunia tanpa sempadan hari ini memerlukan kita menajdi celik IT. Namun sebagai pelajar universiti, bukan hanya perlu tahu, tapi berfikir di luar kepompong. Lihat sahaja sudah ramai yang menghasilkan produk sendiri untuk dipasarkan. Dan tugas MDEC sebenarnya adalah untuk membantu golongan ini samada daripada sudut kewangan, kursus, atau tapak dan sebagainya. Memang IT sememangnya menarik dan memberi faedah yang besar dalam dunia hari ini. Mengapa? Sebab hari ini semua orang mahu cepat. Maka, teknologi yang ada memba...

APA YANG AKU CARI SEBENARNYA?

Perjalanan hidup yang panjang ini kadang-kadang terasa seperti banyak yang aku persiakan. Banyak perkara yang patut dicapai aku hanya buat tidka endah. Banyak peluang terbentang depan mata, namun aku hanya buat tidak tahu. Aku. Selalunya ku menjadi aku, hanya ada ketika aku menjadi manusia lain. Aku cuba dan sengaja mahu bertukar karakter dan watak. Hanya mereka yang mendekati dan selalu bersama dapat membezakan mungkin antara aku sendiri dan aku yang menjadi orang lain. Perjalanan hidup aku banyak tercorak oleh pengalaman dan pemerhatian aku. Dia aku kadang tin kosong, namun ada masa aku cuba juga berfikir sejenak hakikat aku dan diri sendiri serta orang sekeliling. Walaupun aku selalu tidak dapat 'masuk' dengan orang lain, aku berusaha untuk menjadi diri sendiri. PERKARA PALING MANIS IALAH MENJADI DIRI SENDIRI. Aku tidak tahu apa yang aku cari. Dahulu aku jelas, sekarang kabur-kabur. Aku hanya takut matlamat itu akan hilang dan aku hidup dalam bayang-bayang. :(

Yang Pertama itu Niat

Bismillah, doaku semoga hari-hari kita yang dilalui ada ilmu baru yang dipelajari.. Diari bersidang hari ini dengan tema hadith, jadi aku mahu nukil dan kongsikan di sini sebuah hadith yang kita sama-sama maklum dan ramai sudah yang mengetahui lafaznya… Hadith pertama dalam hadith 40 karangan Imam Nawawi… hadith berkaitan dengan niat... Menyebut tentang niat, kita tentu ingat kata-kata motivasi, anda adalah apa yang anda fikirkan! Baik dan positif pemikiran kita, baiklah natijahnya, namun jika hanya negatif, keputusannya juga begitu. Setiap amalan yang disertakan niat kerana ALLAH akan mendapat pahala manakala dalam solat dan amalan-amalan teras agama yang lain, jika terlupa niat, maknanya sia-sialah amalan itu. ((عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كان هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه)) Dari...

VT

TAJUK: VT PENGARANG: HILAL ASYRAF ABD RAZAK Melihat muka suratnya sebanyak 511 muka, aku seakan tak sanggup nak menghabiskan VT. Tapi komen daripada teman-teman, buku ini baik dan meninggalkan kesan dalam diri. Setelah empat bulan berlalu, barulah VT aku miliki. Segan mahu meminjam daripada orang lain. Takut merosakkan buku orang. Buku sendiri buatlah apa sahaja. Memang tabiat suka membeli buku sendiri untuk dibaca. Berbalik pada VT. Kononnya mahu dibaca ketika cuti raya. Bila buku sudah di tangan, hati mula tertarik untuk membaca bab 1. Subhanallah! Menarik buku ini rupanya. Tak sedar sehari sudah aku khatam. (tapi aku baca secara tebuk, belum menghayati perjalanna ceritanya.) Patutlah sahabat dan teman aku begitu asyik mahu membaca. Kisah pasukan bola tampar MATRI, sebuah sekolah agama rakyat kampung di Perlis. Mengisahkan bagaimana seorang coach cuba mengembalikan kegemilangan sukan bola tampar MATRI yang malap sejak 10 tahun lalu. Bagaimana beliau berusaha menaikkan kembal...

PERKONGSIAN: BENGKEL TEMUDUGA & MENULIS RESUME

Bismillah... Pagi ini cuaca cerah. Penghulu hari saya mulakan dengan lafaz syukur atas izinnya memberi nafas dan denyut nadi yang belum terhenti.Berapa ramai saudara kita yang menghadap Penciptanya hari ini? Allah berikan pula saya kesempatan dan ruang untuk sama-sama mengikuti bengkel penulisan resume dan temuduga anjuran ICT Society IIUM. Bengkel selama hampir 3 jam setengah  berlangsung lancar dan perasaan saya yang bercampur antara suka, mengantuk, teruja dengan ilmu dan gelisah. Semuanya ada sampai majlis ditutup. PENCERAMAH: Erant Fatiehah & Emysyerna Azlin dari Kelly Services Aku turunkan sahaja di sini isi-isi yang saya dapat pada hari ini. :) Selamat membaca... SEKTOR TUMPUAN MASA KINI. -Engineering -Medik -IT -Sales -Outsourcing -Islamic Banking/financial -Consulting -Call Centre -Telekomunikasi -Education CABARAN MAJIKAN KETIKA MENEMUDUGA CALON PEKERJA -Meminta gaji yang tidak realistik -Tidak tahu atau punya sedikit maklumat tentang syarikat -Mempunyai kemahiran kom...

SEMUA KITA PERLU BERHIBUR

Kedukaan yang bertamu adalah kurniaan Alllah supaya hamba sentiasa ingat DIA. Maklumlah, manusia selalu teringat pada Pencipta dengan amat sangat dalam kesusahan dan kesedihan. Jadi, penyelesaiannya, manusia perlukan hiburan. Namun, "wahai hati, apakah jenis kesukaan yang kamu mahukan." Maka dijawabnya hati: "Aku dambakan zikir yang berterusan meniti di bibir tuanku. Aku mahukan seorang tuan yang sentiasa berdoa dan menyerahkan diri kepada Tuhannya. Aku perlukan seorang tuan yang sentiasa bersolat dan bersabar." Hanya itu! Diri secara fitrah mahukan kebaikan bukannya kerosakan. Hanya desakan syaitan dan dorongan persekitaran mengubah seseorang menjadi tidak baik. Hiburan yang diperlukan sang hati yang bersih bukanlah pesta-pesta hiburan, lagu-lagu yang melalalikan dan hubungan tanpa batas yang membawa kemudaratan. Maka. wahai diri, ingatkah kalian bahawa nabi juga melalui kesedihan? Saat dakwahnya ditolak, baginda menjadi sangat duka. Namun Allah adalah pe...