Skip to main content

Posts

peristiwa 24 April

Pagi. Hari ini aku bertolak ke UIAM semula untuk meneruskan perjuangan dalam semester pendek di sini. Walaupun hanya berjaya mendapatkan satu subjek, aku nekad untuk mengambilnya juga. Maka, seawal pagi aku sudah mula bersiap-siap untuk ke sana. “Ah, perut terasa tidak selesa.” Namun bagi aku itu adalah lumrah kerana aku memang begitu tabiat aku. Seperti biasa aku tidak mengambil sebarang sarapan kerana berhajat untuk makan di stesen bas kelak. Aku bertolak ke Kulim pada pukul 8.00 menaiki bas bernombor 56 seperti biasa. Di stesen bas, kakakku yang sulung sudah menanti seperti biasa dan aku bergerak kepadanya setelah turun daripada bas. Aku dibekalkan dengan kuih-muih untuk dimakan di dalam bas. Tidak sempat bas bertolak, aku yang kelaparan sudah berjaya menghabiskan semua kuih itu. Perjalanan. DI sinilah kisah bermula apabila tekakku tiba-tiba terasa loya dan aku tidak tahu apa yang patut dibuat dan hanya meneguk 100 plus yang dibeli tadi. Aku sudah tidak sabar menunggu bas ...

APA MAHU DITULIS?

Soalan yang aku nyatakan sebagai tajuk entri kali ini tentu ada pada sesiapa yang berangan-angan untuk menulis tidak kisahlah dalam genre apa sekalipun. Aku sendiri selalu menyoal diri soalan yang sama. Aku bukanlah penulis prolifik yang selalu menulis, sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang aku ada. * Tulislah apa yang kamu tahu:  Setiap orang ada pengalaman berbeza-beza dan menarik untuk dikongsi dengan orang lain. Pengalaman kita yang berbeza itulah dapat menjadi satu acuan menarik untuk perkongsian kita. Malah boleh terhasil sebuah novel yang sangat menarik jika kita dapat mengolahnya. Kadang-kadang pengisian kita yang sedikit boleh menjadi panduan kepada orang lain. JAdilah tulislah apa sahaja yang kamu tahu! Bahan-bahan yang dipelajari di bangku kuliah juga boleh dikongsi dengan orang lain. *Menulis sesuatu yang dekat dengan diri. Kisah keluarga yang boleh dikongsi, kehidupan harian, diari, tentang diri, kejatuhan dan semangat untuk bangkit daripada kegagalan. Semuanya me...

JOM JADI ANAK KAMPUNG!!!

Assalamualaikum... Nampaknya hanya berbaki beberapa hari berbaki sebelum aku kembali ke taman ilmu dan budi. Teringat pula kisah-kisah zaman budak hingusan aku dahulu yang penuh warna-warni sebagai anak kampung yang bersahabat dengan alam... Aku sekadar mahu mengimbau beberapa memori supaya ia akan menjadi kenangan terindah apabila aku menatapnya kembali.. Antara aktiviti aku ketika di bangku sekolah rendah. Status aku sebagai pelajar berasrama menjadikan aku tidak lagi menjadi anak kampung sepenuh masa... # Sunga i adalah sahabat yang akan menjadi sasaran kami mandi dan berkelah untuk makan tengahari. Sungai yang letaknya hanya bertentangan dengan rumah sering menjadi sasaran. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan mandi bersama-sama. Berenang, besenda-gurau... Manisnya saat itu, sampai saat ini terdengar jeritan kawan-kawan yang bersama-sama aku ketika itu. Ada kalanya, kami akan singgah di rumah Tok yang letaknya berhampiran sungai untuk menyalin baju. Ada juga kawan-kawan yang semp...

Alhamdulillah

Allah mahu aku terus berada di UIAM dan menjadi seorang pelajar jurusan bahasa Arab seperti impian aku suatu masa dahulu. Berhenti berfikir untuk bertukar ke jurusan lain kerana kau tidak layak untuk memohon. Setelah melihat keputusan yang tertera pada sistem, aku terkedu seketika.. Maka, situasi gelisah aku ketika peperiksaan menjelang kembali melayang di ingatan... Buat pertama kali aku buat hal keluar awal dalam kebanyakan subjek... Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat melayakkan aku terus berjuang di sini.. Memang Allah mahukan aku terus menjadi budak BARB.. Memang keputusan aku tidaklah sebagus buda-budak lain, namun cukup membuatkan aku malu dengan diri sendiri. Bandingkan semula dengan apa yang aku buat dengan apa yang Allah beri setiap sem, aku terdiam. aku sedikit fobia apabila membuka sistem tadi, keraan fobia dengan sem lepas.. namun allahlah penentu segala keputusan.. Terima kasih ustaz-ustaz yang sangat-sangat-sangat membantu walaupun mendapat kertas peperik...

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: Bingkisan Buat Jamilah

Jamilah, Kamu manusia yang ada potensi. Bukankah sudah berjuta-juta kali aku ulangkan kepada kamu. Mengapakah kamu tidak menggunakan kehidupan singkat yang Allah pinjamkan untuk memberi? Kamu begitu enak menerima sampai lupa memberi.  Kamu perlu sedar yang kamu adalah pelarian yang memang sentiasa melarikan diri. jadi kamu kena buktikan yang kamu adalah palarian yang bukannya seperti pelarian haram.  Jamilah, Mungkin kamulah si kambing hitam yang senang dimakan serigala kerana tidak bersama-sama kambing-kambing putih lain. Seorang yang agak ketinggalan dalam banyak hal. Namun satu yang aku nak kamu ingat, setiap sesuatu tak terjadi tanpa hikmah. mengapa kamu nak menyesal, sedangkan bukankah dunia itu ada banayk warna, hanya kamu yang kena memilih catnya.. Jamilah, Dalam melalui kehidupan mungkin kamu kata kamu melalui banyak pengalaman. TIDAK! Pengalaman kamu hanya sedikit dan tidak dapat kamu bandingkan dengan orang lain. Kamu melalui kehidupan seperti ...

Setelah Hujan Reda

ENTRI LEPAS HUJAN Alhamdulillah, langit sudah kembali cerah, menampakkan putih warnanya bercampur biru yang sedikit... Tadabbur... Allah galakkan kita melihat alam supaya kita sedar akan kekuasaan DIA. Dia berikan aku segala-galanya namun adakah aku menunaikan hak-Nya? Hak sebagai seorang hamba kepada Pencipta langit itu. Dari birai jendela bilik, aku mula mengetik. Mengikut alur jemari yang nampaknya makin liar suaranya. Perlulah aku jinakkan ia kembali supaya lebih terarah hidupku.. ‘Muhasabah cintaku’ berulang-ulang di laptop. Lirik ‘Muhasabah cintaku’ punya makna yang mendalam bagi yang memikirkan. Aku? Banyak.. Banyak kali aku dengar lagu ni... tapi zuuqnya tiada... Aku teringin dapat perasaan itu.... Adakah aku hanya akan ‘Muhasabah cintaku’ kepada-Nya ketika aku sakit? Pada saat aku tidak terdaya untuk berbuat apa-apa dan mungkin terbaring di hospital aku hanya dapat memandang senyuman orang lain tanpa kuasa membalas... Ah... Jangan SS... Jangan biarkan ia berlaku kepada...

Dr & Ustazah

Hm.. ada lagi entri malam ni... sengaja aku tulis sementara jari-jari aku terasa gatal tiba-tiba.. Petang tadi masa aku mengemas aku sembang sorang-sorang... Tiba-tiba terlintas dalam fikiran dan aku zahirkan kat mulut.. "La ni ramai budak sains pandai sastera, tapi budak sastera nak pandai sains susah nak dapat.." Memanglah ada tapi jumlahnya.... kernapa ya? Bukankah aku juga ada otak macam budak sains punya otak.. Agaknya otak aku banyak masuk angin dan asap.. Huhuhu.. Merapulah SS ni.. aku suka kalau dapat blog budak-budak sains yang ayatnya kalah budak yang belajar kesusasteraan melayu.. hmmm... Terangkat baca ayat mereka tuh... Haaa... apalah aku nak merepek sebenarnya ni... Maaf.. K. Salam....