Skip to main content

Posts

Raya

Lama aku tinggalkan catattan di sini.. Mungkin bila tiada masalah, aku jadi lupakan kamu.. Menconteng di sini hanya ketika ada masalah, hati kacau... kata-kata yang tak dapat aku luah... Semalam raya haji, aku tetap macam aku yang dulu. Ketika pagi raya ada sahaja insan-insan yang membuatkan aku nak nangis. Sejak lama dah aku begini... Pagi raya aku nangis, aku merajuk.. aku buat hal.. Aku sendiri tak faham dengan perangai aku yang satu ni.. Dan bila aku merajuk, semua kerja yang selama ini aku malas nak buat secara otomatik akan aku lakukan juga.. Di situ lebihnya.. Haha, memang teruk juga aku nangis semalam, pastu buat trick taknak pegi solat raya.. Entahlah, boleh kira berapa kali aku solat raya sepanjang 20 tahun kehidupan aku di dunia ni.. Hm, jamilah belum berubah sebenarnya.. BILA KAU NAK BERUBAH? jangan ditanya bilakah diri akan berubah, namun yang perlu, PERUBAHAN!!! Tapi, raya ni tetap best. Malam raya, kami tiga beradik sama-sama berjaga (aku sampai pukul satu saja...

Mencari Diri

Sedang mencari diri yang hilang.. Nak buat terbaik untuk final.. Tak nak malukan mak Ayah.. Kena buat perancangan untuk blog.. Melangkah lebih jauh.. Buat masa sekarang, privatekan dulu diari.. Tak nak diganggu dan mensia-siakan masa mereka dengan sesuatu yang tak punya manfaat.. tuhan, berikan aku kekuatan dan reda dengan segalanya.. Malam ni tak nak tidur.. Nak studi sampai muntah... Baru sedar bilal nak exam, masih belum terlambat..
Friday, July 31, 2009 Malam ini aku berbicara, Pada diri dan sanubari, Apa amalannya aku hari ini, Bertambah atau makin dikurangi. Menyelak diari hari ini, Dosa telah ku kurangi, Ada amalan tambahan meniti hari, Senyuman manis menguntum dalam hati. Kebahagiaan yang aku cari, Mewarnai saban masa, Aku dibawa menemui Ilahi, Tahukah bila masanya ajal itu? Datangnya tanpa sebarang mimpi.

...CONTENG-CONTENG SIRI 7...

Assalamualaikum… Semalam aku ke rumah bapa saudara untuk mengambil barang.. menaiki komuter.. Hujung minggu, tentu sahaja komuter akan dipenuhi manusia yang mungkin ingin berlibur atau bercuti bersama yang tersayang. Almaklumlah hari cuti… Bukan itu yang aku mahu ceritakan, tapi tentng kepekaan kita pada golongan yang lebih tua dan lemah. Dalam suasana amat sesak, kita akan dapat lihat jika ada anak muda yang duduk, dia tak akan berganjak jika ada seorang tua yang sedang terketar-ketar memaut pada tempat pemegang. Situasi ini mengingatkan aku pada kata-kata cikgu Razman, Malaysia berada dalam tingkat bawah dalam aspek budi bahasa… Bukankah kita banyak kempen budi bahasa? Agaknya inilah didikan yang diterapkan dalam masyarakat sekarang. Kita hanya diajar mengumpul wang tapi tak diajar beradab sopan… Bercakap tentang budi bahasa, kita bukan hanya pelru berbudi pada orang lain, namun juga pada persekitaran dan diri sendiri.. Kerana itu dalam Islam ada larangan merosakkan tumbuhan ...

...CONTENG-CONTENG SIRI 6...

Assalamualaikum, Tak terasa seminggu yang berlalu.. Dua minggu aku di sini akhirnya... Sibuk? Aku bukan manusia yang sibuk, hinggakan ada banyak masa untuk bersuka. Aku manusia yang banyak masa lapang. Lantaran aku tak gunakan sebaiknya masa yang dipinjamkan DIA pada aku. MATA, TELINGA, HIDUNG, TANGAN, KAKI dan seluruh anggota yang DIA pinjamkan pada aku tidak aku gunakan sebaiknya. Aku dilahirkan sempurna, sedangkan ramai yang lahir tanpa anggota badan yang lengkap. Merekalah yang lebih tabah menjalani kehidupan ini.،Kekurangan yang ada menjadi motivasi paling bermakna. Dah dua petang aku habiskan masa petang dan beriadah.. Lepaskan gian main badminton.. Alhamdulillah, kawan-kawan pun suka... Belum buka buku untuk belajar.. Nota belum dikemaskini... Mahu lepaskan perasaan dengan mencatat sesuatu di ruang sendiri.. :)

BLOG BARU LAGI?

Aku sedang menanti entri ke 300.. Untuk mengubah blog ini kepada wajah baru...  hehe, hampir tiga tahun aku mengendalikan blog yang pengisiannya lebih banyak berkisar soal peribadi ini.. Cukup 300 entri, aku mahu menukar wajah baru.. Insya ALLAH... Aku gemar menatap blog yang punya manfaat dan bicara yang menyentuh hati. Sedangkan aku tak mampu langsung menyentuh hati orang lain.. Benarlah hati yang mati selamanya tak mampu menghidupkan hati yang hidup.. Jadi pengisian aku di sini banyaknya berkisar kehidupan peribadi suasana persekitaran aku.. Ada cadangan apa yang boleh aku lakukan untuk blog baru aku nanti? Hehe.. Soalan yang juga ditujukan buat diri sendiri... Contohilah blog yang memberi manfaat.. Penulis, katanya bisa mengubah dan menghancurkan dunia... Lihatlah al-Quran dan segala mukjizatnya.. kebal dan sentiasa ALLAH lindungi.. Namun setakat mana kita hadirkan al-Quran dalam jiwa kit? Soalan ini pada diri sendiri, dan pada yang menatap catatan kecil ini..Per...

JAWAPAN TAG INA NAILOFAR

Akhirnya aku menjawab tag orang Sebelum mulakan kelas pagi ini, aku mahu langsaikan dulu kerja tambahan yang diberikan oleh Ina Nailofar… Harap Ina berpuas hati, hehe… 1)Bekas kekasih saya adalah : novel Diari Seorang Guru yang dirampas oleh cikgu semasa di sekolah menengah, sob, sob… 2)Saya sedang mendengar : Azimat Bonda... Sangat sayu dan bermakna lagu ini... Cuba dengar!!! 3)Mungkin saya patut: jadi diri sendiri... Dan jangan terlalu ananiah..  4)saya suka: berangan + merapu + merayap –shopping + 5)Sahabat-sahabat baik sy: -buku-buku dan kitab, sahabat yang paling setia -al-Quran-memberi jawapan pada semua persoalan yang tak pasti. -semua yang bersama saya dan tahan dengan kerenah saya -mereka yang dapat menegur salah saya 6) Saya Tak Faham: Saya lebih banyak merapu dan merayap daripada melakukan perkara-perkara yang penting. 7)Saya kehilangan: sebahagian diri saya yang sebenar, dan perasaan... 8)Ramai yg kata: Jamilah boleh menulis dan ada bakat.. –semua or...