Skip to main content

Posts

13 KUNCI KEBAHAGIAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Tiada orang yang hidup dalam dunia ini yang mahu derita, namun ALLAH turunkan juga ujian untuk menguji hambanya. Kuatkah dia menghadapinya? Jadi kali ini aku berkongsi dengan kalian sedikit ilmu ini, aku jumpa dalam laptop dan edit sikit, kalau ada kesalahan tolong betulkan... Apa sebenarnya kunci kebahagiaan yang kita dambakan ini? Sudah adakah kuncinya dalam tangan kita? Atau amat jauh? Renung-renungkan... 1.Iman kepada Allah dan beramal shaleh. Allah berfirman: "Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (An Nahl: 97) "Sesungguhnya orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada ALLAH (dan segala Rasul-NYA meliputi Nabi Muhammad SAW) dan (beriman ...

BELAJAR BERIMAGINASI

Alhamdulillah, kelas hari dilalui dengan penuh bersemangat dan dirasakan masa 2 jam itu teramat singkat. Mengapa? hari ni kelas Kitabah, Ustaz Ma'ad ajar untuk berimaginasi. Membayangkan apa yang tiada... Banyak manfaat dan faedah sebenarnya belajar berimaginasi ni. *Apabila membayangkan azab ALLAH yang dipaparkan dalam Al-Quran, kita takut untuk melakukan dosa *Apabila membayangkan kelebihan nikmat dan balasan kerana melakukan kebaikan, menggalakkan kita berusaha untuk mencapainya. *Menajamkan bahasa- Bahasa kita tak kaku, malahan segar dan menarik. *Kita akan puas dan tak rasa bosan walaupun apa yng kita baca sesuatu yang berat. Ini antara yang aku dapat tadi. Tapi memang seronok... Aku dapat rasakan Ustaz memang dapat membayangkan apa yang dia cakap. Menukarkan tulisan dfalam bentuk visual... Nak cuba, bolehlah, anda pasti teruja... Tapi kalau aku, susah sikit bab-bab bayang-membayang ni, cuma kalau tidur merata aku berjalan, terjag, hilang semua... Ustaz menggalakkan se...

Lu'luah

Aku melihat, Mataku terpejamkah? Membutakan kebenaran Mengiakan kebatilan. Angka ini sampai di hujung, Tiada lagi tahun hadapan, Angka dua mengisi, Mengingatkan, Tanggungjawab makin bertambah. Dosa pahala bagaimana? Mutiara itu, Diamnya dalam cengkerang, Dibawa keluar, Berkilau cahaya, Terang. Mampukah seperti mutiara? Terang, Dihargai, Ada guna... Doaku, mutiara ini bersinar, bukan tersembunyi dalam cangkerang, Mutiara ini, Bangkit dari lena...

Luahan Sahabat

Assalamualaikum, semalam kawan aku meluahkan rasa hatinya lagi. Aku sekadar mendengar, mengiakan apa yang dia cakapkan, menitis air mataku mendengar apa yang dia luahkan... Bukan melalui lisan, tetapi suratnya menyentuh hatiku: Teman, Dalam tenangku seharian, Ada duka menyinggah, Aku tak rela mengeluh, Duka ini melemahkan aku, Aku jadi hilang segalanya, Temanku, Aku sakit... Sakit yang tiada ubat, Tiada ubat di dunia ini dapat mengubatinya, Aku hanya mengharapkan Tuhan... Bukan aku mengalah, namun aku lemah melawan, Temanku, Tolonglah aku keluar, Aku mahu seperti mereka, Aku mahu seperti kamu, AKu tak mahu menangis kerana sakit ini, Kamu tolonglah aku untuk keluar, Aku tahu kamu boleh, AKU SAHABATMU YANG MAHU KELUAR DARI DUNIA INI. Aku tahu ini surat yang bersifat peribadi, namun aku mahu abadikan di sini, Untuk apa? Kerana aku mahu mengenangkan dia walau apa yang jadi padanya. Aku amat sayangkan dia. Dan sehari dua ini dia mampu tersenyum padaku, walau hanya ...

Tersungkur di Pintu Taubat

Tuhan, Akukah insan itu, Tersungkur di pintu taubat, Diheret arus duniawi, Tak daya melawan. Tuhan, Akukah insan itu, Janjinya mahu bertaubat, Tinggalkan maksiat, Namun, Terlalu lemah, Kaki tersadung di pintu taubat, Kembali ke asal. Tuhan, Akukah insan itu, Mahu mengubah kejahilan. Tak dicari ilmu, Membiarkan diri terkontang kanting, Akukah itu, Tuhan? Jauhkan aku, tuhan, Agar aku bisa masuk ke rumah taubat, Membersihkan diri, Jangan biarkan aku tersungkur lagi... Harapanku hanya Pada-Mu, Bukan dunia yang menipu.

Sampai Bila Nafas Kita

Seandainya nfasku hanya saat ini, Bagaimana mahu aku mengadap Ilahi, Badan terpalit dosa semalam, Fikiran dicemari dosa, Hati kusut sejuta... Seandainya nafasku haya takat ini, Mampukah amalan menjawab persoalan, Atau seksaan menanti? Seandainya nafas hanya saat ini, Semoga ada rahmat mengiringi, Mati dalam iman.

Persoalan

Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan sesuatu dan harapkan sesiapa yang punya jawapan dapat membantu. Ini adalah mesej yang aku terima daripada seorang sahabat baik aku. Aku temannya bertanya akan hal ini. Dan aku tak mampu menjawab, jadi aku amat mengalu-alukan sebarang jawapan yang dapat merungkai persoalan ini. Ini adalah soalan daripada mereka yang tercari-cari hidayah... "Aku rasa semua agama buat manusia mati, bukan maksud aku tak percaya Tuhan, aku percayan dan ada SATU, tapi manusia berpecah belah, pentingkan diri sendiri sebab agama... manusia ada tambah apa yang Tuhan turunkan... Kenapa kita tak ada satu agama sahaja? Bukankah itu lebih baik? Kita tak perlu berperang pasal agama... Kenapa kena bataskan diri kita. sedangkan Tuhan dah kurniakan macam-macam kat dunia ni untuk kita, kenapa kita tak gunakan semuanya... manusia berbalah pasal agama, Bukankah Tuhan dah ciptakan kita serupa dengan DIA? Maksudnya kita saling berbunuhan dengan DIA-lah? Dunia ni hipokrit.....