Alhamdulillah, kelas hari dilalui dengan penuh bersemangat dan dirasakan masa 2 jam itu teramat singkat. Mengapa? hari ni kelas Kitabah, Ustaz Ma'ad ajar untuk berimaginasi. Membayangkan apa yang tiada... Banyak manfaat dan faedah sebenarnya belajar berimaginasi ni.
*Apabila membayangkan azab ALLAH yang dipaparkan dalam Al-Quran, kita takut untuk melakukan dosa
*Apabila membayangkan kelebihan nikmat dan balasan kerana melakukan kebaikan, menggalakkan kita berusaha untuk mencapainya.
*Menajamkan bahasa- Bahasa kita tak kaku, malahan segar dan menarik.
*Kita akan puas dan tak rasa bosan walaupun apa yng kita baca sesuatu yang berat.
Ini antara yang aku dapat tadi. Tapi memang seronok... Aku dapat rasakan Ustaz memang dapat membayangkan apa yang dia cakap. Menukarkan tulisan dfalam bentuk visual... Nak cuba, bolehlah, anda pasti teruja... Tapi kalau aku, susah sikit bab-bab bayang-membayang ni, cuma kalau tidur merata aku berjalan, terjag, hilang semua... Ustaz menggalakkan semula minat aku untuk menulis yang hampir tumpul Terima kasih, ustaz...
Comments