Skip to main content

Posts

Semilir

Sesekali ada semilir yang menghembus, halus, meresap ke sudut paling dalam... aku tersentak daripada lamunan, ku tidak bisa lagi hidup di alam fantasi, pulangkah diri pada sebuah realiti, yang menuntut suatu erti. terkenangkan Fahri, gigih menuntut, membina jati diri, terbayangkan Azam, si penjual tempe, gigih mencari rezeki, menyara keluarga, untuk adik-adik, rela menggadai misi dan visi. sedangkan aku, mewah di bumi merdeka, namun, tidak mampu mencari, nilai sebuah kemewahan dan NIKMAT... 10.01p.m 14 ramadan 1428

Rasa Nak Tergelak

Bibliobankrupsi adalah istilah yang Sharon Bakar, pemilik blog Bibliobuli gunakan untuk pautan ke kedai buku di blog beliau. Saya tidak pasti samada istilah itu ada dalam kamus. Yang pasti, seorang pencinta buku atau bibliofilik boleh jadi bibliobankrupsi jika menghidap penyakit bibliomania. Seorang bibliofilik adalah seorang peminat buku yang suka mengumpul buku. Bibliomania pula adalah bibliofilik yang gila mengumpul buku walaupun kadang-kadang buku itu tidak tidak membawa faedah kepada pembelinya. Bibliobankrupsi pula bibliofilik yang kehabisan duit kerana berbelanja sakan membeli buku. Memetik kata-kata Desiderius Erasmus : "Bila saya ada sedikit wang, saya beli, dan jika ada wang berbaki, saya beli buku dan pakaian" Saya tak pasti samada saya tergolong dalam bibliofilik atau atau bibliomania. Yang nyata, seminggu dua ini, saya sudah bibliobankrupsi! Kedai Buku Popular telah menganjurkan Karnival Jualan Buku yang dikatakan terbesar di wilayah utara. Saya jarang ke...

The Teacher Samy Yusuf

We once had a Teacher The Teacher of teachers, He changed the world for the better And made us better creatures, Oh Allah we’ve shamed ourselves We’ve strayed from Al-Mu'allim, Surely we’ve wronged ourselves What will we say in front him? Oh Mu'allim... Chorus He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam, Muhammad, mercy upon Mankind, He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam, Muhammad, mercy upon Mankind, Teacher of all Mankind. Abal Qasim [one of the names of the Prophet] Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad) Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad) Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad) Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers) Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina (O Chosen One, O intercessor of the worlds) He prayed while others slept While others ate he’d fast, While they would laugh he wept Until he breathed his last, His only wish was for u...

Kau Yang Bernama Teman

“Nama saya Muhammad Wasim Iqbal.” Pagi awal jun itu kelas 5 Mujahid menerima seorang pelajar baru. Ada rupa dan di kepalanya elok terletak songkok. Tentulah akan duduk di sebela Wildan kerana hanya itu tempat yang kosong. “Saya Wildan Mujahid. Panggil Wildan.” Sengaja dia berbasa-basi membuka ruang persahabatan. Memang dia dikenali sebagai pelajar paling ramah di sekolahnya. Waktu rehat hari itu dia mengajak Iqbal bersama ke kantin. “Sebenarnya saya daripada sekolah beragama. Berpindah ke sini kerana mengikut Walid dan Ummi.Saya tak gemar tinggal di asrama. Jadi saya mengikut Walid yang diarahkan bertukar ke Marang. Ummi saya suri ramah sepenuh masa. Awak, bagaimana? Bagaimana keluarga awak?” “Keluarga saya biasa saja. Ah, tak perlulah diceritakan. Seonok tak belajar di sin?” Pantas sahaja dia menukar topik sambil menghulurkan senyuman hambar. “Awak tak mahu cerita tak apalah...” “Ayah dan Mak aku bercerai ketika aku masih kecil. Masih mentah. Ayah aku dah berkahwin sem...

Catatan di Pinggiran

Ana mahu mengasah kembali bakat yang hampir terpadam kerana lama tak digunakan. Semoga ana diberi kekuatan untuk melakukan ini. Ana tak mahu mensia-siakan bakat yang ALLAH kurniakan pada ana Insya ALLAH ana akan lakukan yang terbaik. Walaupun ana tahu ana terlalu mentah dalam dunia ini. Banyak kurang daripada lebihnya. Tapi tak salah mencuba,kan... Ana mencintai dunia penulisan. Teringat semangat yang cikgu Zaini berikan... Aku teransang untuk melakukan sesuatu. Membuktikan yang ana sebenarnya tidak terlalu terkebelakang. Ana amat mengalu-alukan sebarang komen pada apa-apa yang ana tulis, kritikan lagi bagus...

Nak Couple?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang. Apa Itu Ber’couple’? Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’. Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘h...

Azimat Daripada Ayah

Keengganan ayah membenarkan ibtisam menyertai Mnggu Penulis Remaja benar-benar melukakannya.Wajahnya keruh. Dia membatu, mengurung diri dalam kamarnya. Perlahan-lahan diambil kertas putih yang menceritakan kejayaannya menyertai Minggu Penulis Remaja di Pusat Perangina NUBE, Negeri Sembilan. “tahniah kerana anda telah terpilih untuk menyertai Minggu Penulis Remaja(MPR) 2007 di Pusat Peranginan NUBE, Negeri Sembilan. Pemilihan dibuat berdasarkan karya-karya yang tersiar di majalah terbitan DBP. Hanya 28 peserta bertuah pada tahun ini. “ Sebenarnya Ibtisam tidak mungkin mengetahui khabar gembira itu jika tidak pulang ke kampung. Pelajar sekolah berasrama memang telah ditetapkan jadual pulang ke kampoung yang mesti dipatuhi kecuali apabila terdapat kes-kes kecemasan. Persaannya bergelora untuk pulang pada minggu iti. Terbayang lembut weajah ibuy. Mesranya wajah Baba. Menyambut buah hati, anak tunggal mereka. “Assalamualaikum… Ibu…Ibu…. Adik dah sampai.” Ibtisam berlari-lari anak seb...