Membaca

Membaca semula entri Manuskrip Bawah Meja, memang membaca kelakuan diri sendiri pada masa-masa silam. Kenakalan, kelakuan luar alam, luahan, kata-kata untuk diri, jatuh bangun seorang dia hakikatnya ditulis oleh diri sendiri dalam blog ini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh diri sendiri, yang aku sendiri menuliskannya untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Ya, apabila tertulis di alam maya, bererti kau membenarkan diriku terbuka untuk sesiapa sahaja.

Lebih enam tahun aku menuliskannya dalam blog ini. Beberapa kali bertukar url, akhirnya jamilahnorddin jua yang tertera sebagai pilihan aku untuk blog sendiri. Ya, entah berapa banyak blog yang pernah dihasilkan, akhirnya aku hanya mengekalkan yang ini. Sebuah medan memori yang memuatkan kisah-kisah lebih enam tahun ini. Memang tidak semuanya akan didedahkan -oh, mana mungkin-, tetapi membacanya, akan tahulah ketidaksempurnaan yang diceritakan itu. :)

Di sini, aku dipertemukan dengan beberapa insan. Ada yang berbicara hanya dengan lisan, ada yang bertemu mata. Memang diri di luar, tidak se'ramah' diri di sini, begitulah.. Lepas benar aku membiarkan diri berbicara dan terus dan akan terus berbicara selagi diizinkan aku untuk menekan papan kekunci.

Pastinya dalam tulisan yang diadun di sini, tidak semuanya benar. Minda fiksyen membenarkan aku menambah-kurang-kerat-hiperbolakan kisah-kisah yag diceritakan. Mengikut selera dan keperluan diri sendiri. Ada yang ditulis sebelum fikir, fikir kemudian tulis, fikir sambil tulis.. :)

Enam tahun,
jika seorang anak kecil, sudah masuk tadika. Sudah perlunya masuk dunia matang. Sedang tulisanku mungkin tidak sematang angka enam tahun itu. Berkongsi seputar dunia kecilku. Kisah-kisah kecil yang sengaja aku tuliskan. Entri yang mengundang rasa sendiri bila diulang baca.

...



Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut