"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Kisah mana satu yang mahu aku mulakan dahulu? Lima bulan sudah 2013 melangkah meninggalkan hari demi hari yang mengukir banyak kisah. Cerita-cerita yang makin hilang daripada ingatan sebab kebanyakannya tidak aku catat di mana-mana. Hanya sesekali berkisah sedikit-sedikit di sini. Kali ini, tiada diari menemani.
Kini aku melangkah ke dunia editorial walaupun dengan tangan kosong. Setelah dua bulan, adakah masih terisi atau masih kosong? Jika dunia belajar aku boleh larikan diri, dunia kerjaya adalah masa berdepan realiti. Apa-apa sahaja yang terjadi, hadapi dengan senyuman.
Sampai saat ini, aku masih banyak bergantung pada orang lain. Pergi kerja, balik kerja menumpang teman. Sesekali terfikir, bilakah akan anak bongsu ini berdikari?
Kisah sebenarnya silih berganti sejak aku di-dismiss kan daripada uia. Alhamdulillah, aku rasakan makin aku aku makin boleh tersenyum walaupun dalam ramai mulut ini masih kaku. Kaku? Teringin peristiwa lucu lagi memalukan diri sendiri di PWTC.
Aku sudah ke temuduga ASWARA dan menanti jawapan.
Pesta buku kai ini paling heaven. Banyak aku berhabis untuk beli buku yang aku mahu.
Sekian, berita ditutup.
p/s: aku manusia biasa.sebab suka cerita hanya tentang diri.

Comments
Ila, benar...pesta buku 2013 paling heaven..hehe
Mula rindukan kamu ^^
sangat mengalu-alukan karya saudara. hantar ke majalahsolusi@gmail.com
dah cerahkan.
sangat 'heave'. Alhamdulillah, belum kena makan maggi. :)
rindu Ila Husna atau rindu cakapnya yang tiba-tiba merapu-meraban pada InaNailofar? titttttttttttt.