"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
terlalu sayang. 25 Mei akan genap tiga bulan aku bekerja sebagai subeditor Solusi. Bekerja dengan seorang ketua yang sangat banyak idea dan selalu mahu lakukan pembaharuan. Kadang timbul kasihan melihat dia tersangat sibuk dengan banyak komitmen. Dan aku hanya terdaya bantu sedikit. Mengedit-pruf. Ditanya perihal idea, aku banyak geleng kepala.
Dia berpesan semalam, "perlu proaktif!" "tajuk itu penting." "kekalkan gaya penulisan penulis mapan."
Bagaimana akan aku tinggalkan kecintaan ini? Segalanya belum muktamad. Dan banyak pihak yang perlu aku tanyakan sebelum keputusan aku ambil.
Walau ada yang bertanya tentang duit, duit boleh dicari. Yang penting, aku mahu kan?
Di pejabat semalam, memang tergerak hati sahaja untuk membuka laman ASWARA. Lihat sahaja ada keputusan itu. Dan aku tidak dapat bereaksi. Beritahu rakan sebelah, kawan-kawan. Aku sendiri, entah apakah perasaan ini.
Istikharah dan musyawarah ....
Teringat kata kak Amirah, yang memetik kata ustaz Pahrol; "jika sayang belajar untuk melepaskan."
Bismillah, keputusan akan aku ambil. 3 tahun tidak lama, kan?

Comments
Perjalanan hidup masih panjang, anda mampu menentukannya! :)