entri senyum iii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

nikmat yang ditarik satu
kesannya pada semua
'si bongsu' yang dilepaskan sebatang
seluruh badan menerima kesannya.

"satu nikmat dah ditarik. nikmat makan."
pandang makanan tanpa rasa
walau perut memberontak
"si bongsu" segeralah sembuh
biar makanan boleh ditelan seperti biasa.

Klinik Pergigian Azlina OTK jadi saksi
"si bongsu ku lepaskan ia pergi
biar hilang kesakitan selama ini
walau perginya tanpa ganti.

Yang asal,
tidak berganti
"si bongsu" bernilai kurang sepuluh daripada seratus.

untuk kamu yang memerhati aku sentiasa berselimut
walau selama ini aku menolak dihulur gebar merah itu,
beginilah wajah melayan diri,
yang tertayang pada kamu...

menelan pil oren yang setelah ditelan baharu dilihat kesan sampingannya
tidak mengapa
memang membantu lena
walau lena sering terjaga.

merancang-rancang
bukan seperti itu terjadi
minggu-minggu-sibuk
jangan diri meragam lagi
biar tenang-tenang melalui hari
deadline menanti diri.

senyum.
:)

selamat tinggal si bongsu
selamat datang, selera.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut