Aku yang sering dilemahkan oleh aroma buku yang amat menggoda nurani, Bagaimana mahu dihapus rasa ketagih itu? Hatta aku tak memikir apa mahu ku jamah esok, Kerana mengharap pada belas mereka. Aku yang dihempap penyesalan, Membeli tanpa mengingat, Beginilah jadinya, Menyusahkan mereka pula, Yang juga kadang tak kecukupan, Tapi bijak mengatur belanja.. Maafkan aku, Hati mula merenyai, Dia punya tiga adik untuk disara, Anak-anak, Aku.. Hanya tahu menghabiskan duit, Kerana dambanya aku pada yang bernama buku.. Janjiku duhai kakak yang banyak memberi, Ada kejayaan yang menanti, Walau aku bermain-main di sini, Lupa diri.. Aku tak mahu hampakan kalian, Lukakan ayah lagi setelah apa yang aku lakukan selama ini... Ayah, Maafkan anakmu yang seorang ini, Minatnya pada haruman buku tak mampu dibendung, Ke pekan aku bukan membeli sesuatu, Membawa buku-bukan barang lain- Maafkan ayah, Aku akan hadiahkan ayah buku tulisan aku suatu hari nanti. ļ Nantikan... MAKTABAH II...