07 July 2013

Wajah Kotaraya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pencarian tiket semalam menemukan aku dengan wajah-wajah kota
bersih
kotor
ketakutan
keberanian
demi sesuap nasi, pengorbanan
demi keluarga, mencari makanan
menadah tangan, sedang dia kurang upaya
entah ada yang tertipu-ditipu
Wajah seribu warna bernama bandaraya Kuala Lumpur
meski terasa 'seram' menelusuri jalan-jalannya yang sudah berbulan-bulan aku tinggalkan
perjalanan semalam perlu sesekali
supaya wajah kotaraya dapat aku perhatikan lagi
bukan untuk ilham sebuah puisi
tetapi mensyukuri pemberian buat diri.

Kotaraya tetap begitu,
hanya diri yang tidak boleh tetap di situ.

## Okey, tiket hari raya sudah berharga RM37.10. TERPAKSA membelinya, kerana mahu pulang ke kampung. Benarlah yang kaya makin kaya, yang biasa semakin diperguna.Hm..

3 comments:

Tetamu Istimewa said...

Oh, tiket dah dijual ke Jamailah?

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu Istimewa,

sudah boleh dibeli. Lepas raya juga sudah ada. Dapatkan segera. :)

Tetamu Istimewa said...

Terima kasih. Kena beli cepat ni.