20 July 2013

Durrah Nur Aqilah: Daripada Awak, untuk Saya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Yang tidak punya apa-apa tidak dapat memberikan apa-apa. Awak pernah ada dalam situasi yang mana awak seorang yang tidak punya kelulusan akademik, sedangkan sekeliling awak adalah golongan yang punya diploma, ijazah, master, dan phD termasuk pengajian tinggi lain. Dan awak seorang yang tidak menamatkan pengajian sebab itu yang awak pilih. Apa ya yang awak akan rasa? Rendah diri atau bersyukur?

Syukur paling utama ialah bersyukur pada perkara-perkara kecil.

Kalau awak rasa rendah diri, itu tidak betul. Allah Maha Adil, kan? Dia bahagikan rezeki, ikutlah usaha orang tu. Mereka sabar, mereka dapat, awak tidak sabar atas jalan itu, awak kecundanglah. Tapi, cabaran berada dalam dunia yang suka melihat kelayakan akademik boleh buatkan awak menangis darah.

Syukur menjadikan awak usaha yang lebih baik.

Mungkin awak kurang di situ, Allah beri lebihnya yang lain. Namun kadang sebab kekurangan yang ada itulah membuatkan awak terasa "kurang." Kurang yang sebenarny jadi sebab itu yang awak pilih, Jalan mana pun kita yang pilih; ikut Allah, ikut jalan lain, diri yang tolong dan perhati sebenarnya...

Awak tahu tak, malu halang awak capai perkara-perkara besar.

Itulah awak, malu tidak bertempat. "Ah, aku cuma tidak mampu keluarkan apa yang dalam diri." Awak memang hebat buat alasan, kan?

1000 alasan boleh dicipta, hanya perlu satu alasan untuk bergerak; MAHU.

Kemudian, awak kata awak bahagia dengan kehidupan awak. Awak tak tahu entah berapa jiwa sudah terasa, terluka,tersentuh, tercalar hanya sebab sikap awak yang pentingkan diri sendiri. Awak hanya lihat diri awak, ada dalam dunia awak... tenggelam. Kononlah awak cakap mahu buat kerja, tapi keliling awak tidak peduli, apa cerita?

Itulah awak yang hanya pandai tulis....

Awak tahu, kenapa awak begitu? Tolong jangan kata sebab masa lalu. Sebab manusia hidupnya adalah hari ini. Awak perlu hidup dengan apa yang ada sekarang. Allah merencanakan yang terbaik sudah!

Nah, sekarang awak tahu kan, siapa awak sebenarnya? Sebab awak jauh daripada Allah, jadilah yang terjadi itu...

Temanmu,
Imtiyaz Huda.

No comments: