02 June 2013

kau hanya perlu tersenyum, sayang!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

i
setiap kali terpandang
naskah di sebelah yang belum terbaca oleh tuannya;
bagaimana mati tanpa sempat membaca semua bahan bacaan yang dibeli.
Kata ustaz: "perempuan kuasa beli dia tinggi. Suka beli, tapi baca?"

ii
hati tak mungkin tenang
selagi
solat hanya
mahu cepat sudah
al-Quran hanya berada atas timbunan buku.
Hidayah perlu dicari bukan dinanti

iii
Terfikir
tidak redhakan aku?
Masih terfikirkan
keputusan yang aku buat.
Diam,
selepas keputusan itu diambil.
Ini pilihan aku,
bukan sesiapa.

iv
adakah nanti aku akan malu,
ya, aku mesti malu tidak dapatkan ijazah
saat orang lain akan graduasi nanti,
tapi
hidup bukan sekadarsegulung ijazah, kan?
Senyum lebar.

v
maafkan aku
banyak menyusahkan semua orang.

vi
Aku mungkin belum matang
tidak matang
tidak tahu memasak
tetapi
setiap orang akan mendapat ruangnya, kan?
Selagi dia usaha dan doa

vii
Lama tidak menangis
sebab mahu menangis
Satu hari, di pejabat
pagi yang indah
petangnya
mata panas ingin menangis.
Setahun, banyak harus aku belajar.

x
aku
kawan
yang ada saat orang senang
saat aku perlukan orang
adakah aku saat saat orang memerlukan?

xi
buat semua ahli keluarga
maafkan anak bongsu ini.

xii
2013
banyak perkara terjadi,
apa yang aku pelajari


1 comment:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Suka bahagian nombor vi
Buat tersenyum ketika membaca.

*Memasak itu best, kata buku memasak yang Ina beli dan bayar potong line orang itu* :)

Menjengah ke Jun 2013, banyak yang telah terjadi? Apa yang kita pelajari? Harus muhasabah dan ada plan tindakan. Selamat bertindak! ^^

~Ina sentiasa ada untuk Ila Husna~