23 December 2012

Once Upon A Time ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Saya masih ingat indah dunia kanak-kanak itu. Setiap kali ibu ayah belikan benda dalam kotak atau botol, akan disimpan kotak dna botol itu. Buat dimain jual-jual. Tiket yang kami dapat jika menaiki bas, akan disimpan. Tiket apa-apa pun akan disimpan. Banyak benda yang disimpan sebagai modal bermain jual-jual. Ada kawasan permainan kami. Dalam bilik tidur, bawah meja sering kami jadikan tempat permainan. Kami tidak perlukan padang permainan. Anak-anak perempuan cukup bermain dalam rumah. Berjual-beli. Itu permainan yang sering kami mainkan ketika zaman itu. 90-an.

Cuaca terang, kami beralih ke luar rumah. Bina rumah sendiri di bawah pohon. Kutip daun-daun pohon dibuat masak-masak. Main tanah, buat kuih. Masih juga menjual. Besar sedikit, sudah pandai main basikal , polis ligan pencuri. Ah, zaman anak-anak.

Dalam bilik, masih kekal contengan zaman anak-anak. Kononnya main cikgu-cikgu. Habis dinding bilik menjadi mangsa contengan. Tiada siapa yang akan marah. Dinding itu kekal sampai hari ini.

Main jengket, guli, congkak biji getah, tuju getah, zirofoin, main selipar. Teringat pula saya permainan zaman itu. Sekarang tidak banyak yang anak-anak tahu. Permainan komputer dan tivi yang lebih mereka kenal. Beruntung rasanya menjadi anak –anak zaman 90-an yang walaupun penghujung 1900-an, masih terasa zaman anak kampung itu. Pengalaman indah yang tidak dirasa semua orang.

Adakah nanti, kita hanya dapat lihat permainan tradisional dalam cerita upin-ipin?

2 comments:

Jamal Ali said...

Kenangan adalah suatu perkara yang perlu untuk diteruskan. Jika disimpan, perlu disimpan di tempat yang semakin hari semakin banyak orang mampu untuk melihat.

Embun Melati said...

Ya kita memang beruntung berada di zaman tersebut. Kanak-kanak sekarang mengenal permainan melalui komputer,internet dan gajet-gajet. Walau nampak kenangan itu begitu lama tetapi ia perlu untuk masa hadapan.