02 February 2009

Mudahnya Menyusun Madah


Mudahnya menyusun madah,
Tersusun di bibir indah,
Bermain sandiwara mewah,
Terselit seribu helah.

Tersusun di bibir indah,
Bicaranya berpatah-patah,
Konon mengubat susah,
Hanya menambah gundah.

Bermain sandiwara mewah,
Material banyak dicurah,
Mereka seakan penjarah,
Menerima mengundang padah.

Terselit seribu helah,
Aku mengerti metah,
Kata bersulam fitnah,
Kelak mencanang resah.

Bicaranya berpatah-patah,
Hilang cabang pada lidah,
Pondok istana semua diredah,
Asal mereka disambut megah.

Material banyak dicurah,
Siapa sebenarnya perlu diserah,
Jangan pula mengundang padah,
Memberi pada si bedebah.

Aku mengerti metah,
Adat menumpang tanah bertuah,
Berdiri, tak boleh membantah,
Arahan itu perontah.

Konon mengubat susah,
Aku diberi rumah,
Konon memberi mudah,
Aku rasa gelisah.

2 Februari 2009
Isnin, 02 Februari 2009,
3:32:25

#####
DAH SIHAT
Assalamualaikum, sahabat-sahabat, para pelawat blog yang setia melawat walaupun blog ini sakit. Alhamdulillah, keseluruhanya, blog ini sudah sembuh, walaupun tidak sepenuhnya. Jadi, entri baru akan terisi.. Dan terus diisi, Insya ALLAH.

Aku sekadar mahu berkongsi sedikit fikiran tentang diri yang payah untuk berubah.. –AKU- Tentunya entri ini ditujukan kepada diri sendiri. Kenapa ini berlaku, sebab dan cara penyelesaian dan mungkin juga sedikit nasihat untuk diri sendiri...

Senang sangat nak sebut perkataan berubah. Tapi Tuhan nukilkan dalam kalam-NYA, lebih kurang terjemahanyya...

“Tuhan tak ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.”

Di sini, maknanya, duhai diri, sebutlah 1000 kali sekalipun perkataan,
‘aku nak berubah’
‘Aku nak jadi yang terbaik.’
‘Aku nak balas jasa mak ayah.’
‘Aku nak belajar rajin.’

Apa sahajalah yang meniti bibir ini, jika tak disusuli perbuatan, apalah maknanya. Bila aku dah kata nak berubah, aku perlu bertindak macam orang yang nak berubah. Bukan lembik macam tepung bungkus yang boleh dipenyek-penyek tapi keras macam buah rotan yang kakak buat. Ya, aku tahu dan amat sedar akan hal ini. Tapi setakat mana aku melaksanakan? 20% dan mungkin juga kurang. Aku tak pasti.

Biarlah aku senaraikan di sini sebab-sebab aku tak berubah –antaranya cuma, tentu banyak lagi yang tak tercatat-

1. Hidayah tak sampai
2. kurang doa dan harap pada ALLAH
3. tiada dorongan dari dalam diri
4. Pengaruh persekitaran –mudah tergoda-
5. MALAS –penyakit no 1- @ punca masalah
6. Rezeki tak berkat
7. Mengata cikgu
8. Tak hormati perasaan orang lain
9. Bakhil / kedekut/tangkai jering
10. MALU tak KENA GAYA
11. EGO

Dah selesai aku senaraikan ANTARA sebab aku masih di takuk lama.. Ya, mungkin ini salah satu cara untuk aku koreksi kembali diri untuk membentuk diri sendiri.. Aku teringat entah kata siapa, untuk menjadi seorang pentarbita, kena pandai mentarbiyah. Nak suruh orang lain solat, jangan tinggal solat, nak suruh orang jadi baik, jangan pula diri yang jadi syaitan.,
Aku cuba senaraikan antara jalan penyelesaiannya...
Solat kena khusyuk + awal waktu +tak tinggal –sedarlah diri yang dah tua-
Maafkan semua orang –ini aku teringat kata-kata DFMK “Maafkan semua orang, nescaya orang akan maafkan kita.” Sebelum tidur dianjurkan kita minta maaf walaupun hanya dari jauh.
Banyakkan doa-doa ma’thur. Bukankah ALLAH kata, berdoalah, nescya aku akan kabulkan...
Bagi semangat pada diri sendiri. Terpulanglah bagaimana. Mungkin dengan bercerita dengan orang lain, merapu seorang diri, menulis, membaca, apa jua cara.
Cari ubat VIRUS NO1 MALAS!!! Ubati cepat-cepat...
Brsihkan rezeki dengan zakat dan sedekah.. Bukankah zakat itu penyubur harta. Bukan semua yang di tangan milik kita, betul, tak?
Jangan sekali mengata walau sekali pada cikgu/pensyarah/tutor atau sesiapa sahaja yang bergelar cikgu. Ingat kedudukan guru itu mulia!!!
Jaga hati orang lain. Kita hidup di dunia yang berbagai rencam manusia. Jangan hanya mahu puaskan diri sendiri, fikirkan kemaslahatan bersama.

Sudah banyak rasa aku yang aku luahkan... Sebagai tazkirah, sebagai taujihat. Aku tahu nak berubah itu mudah di mulut tapi susah dibentuk... Insya ALLAH, mujahadah yang diiringi kesungguhan akan beroleh kejayaan...

Setakat ini dahulu yang aku mahu berkongsi, wallahu’alam...

No comments: