Skip to main content

Posts

Terima kasih, guru!

Semasa bertugas sebagai subeditor, aku sering menolak jika diminta menulis atau menyediakan artikel gantian untuk majalah. Rasa tidak yakin untuk 'menghidangkan' tulisan kepada pembaca sentiasa menghantui. Namun ketika awal bertugas, aku diminta menyediakan tulisan segmen Vice Versa, sebanyak separuh muka surat. Hanya tulisan ini yang aku bertahan tulis, sebab aku bebas menulis apa sahaja dengan tema vice versa. Sampai ruangan itu ditamatkan... Dalam tempoh aku bekerja, beberapa kali aku bersetuju menulis. Terima kasih guru-guru yang tidak berhenti memintaku menulis. Akhirnya, tulisan-tulisan inilah yang menjadi bukti penulisan, kerana sudah tersiar si media cetak, bukan hanya berselerak di media sosial aku... Terima kasih, guru-guru. ............. Kita menghargai, apabila kita sudah meninggalkan. Ketika itulah kita sedar betapa berharganya saat yang bernama kesempatan bersama. Ketika itu kita diajar dan belajar banyak perkara. Walaupun aku bukanlah 'pelajar' y...

Sabar

Kalaupun bukan bunga yang ada dalam genggaman, jangan sesekali kecewa. Selama mana ada dalam hatimu “rasa”, bunga akan engkau genggam semula. Bisikkan dalam hatimu, “sabar dan bertenang,”. Semuanya akan reda dan kebahagiaan akan jadi milik kamu semula. Jangan terlalu menangisi, cari kekuatan untuk kembali bangkiot. Bangkit melawan raksasa dalam diri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ilham

Yang bernama ilham atau idea itu, datangnya hanya sekali. Jika tidak dituliskan, jarang dapat diinat kembali. Jika datang semula, bentuknya tidak lagi sama. Jika lebih baik, alhamdulillah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Benarkanlah

Hati tidak akan pernah berhenti berkata-kata. Ajarilah hati untuk mengucapkan semua keindahakan dan membisikkan kebesaran kerana Allah. Benarkanlah diri meyantuni akal. Benarkanlah iman menyantuni kita, pimpin diri menuju Yang Esa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Perjalanan

Perjalanan mengajar kita banyak perkara. Membuatkan kita tahu perkara-perkara yang kita tidak tahu sebelum ini. Terima kasih rasa yang membawaku pulang. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Panggilan

Allah tidak pernah penat memanggilmu kembali, dengan banyak cara. Engkaulah yang mesti menyedari. 20112015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Saya Sayang Kamu Kerana Allah

#ilahusnabebel 3 Saya Sayang Kamu Kerana Allah. Ini perbualan aku dan rakanku. Rakanku yang baik. Rakan yang menerima diriku seadanya. Aku rakamkan kembali kisah itu. Latar: Di tepi tasik yang airnya berwarna seiras teh susu. Waktu pagi usai menyedut angin pagi nan nyaman. Aku mengajak dia duduk di astaka yang ada di tepi tasik itu. Lalu terjadilah bicara ini, bicara tepi tasik. [Rakan]: Awak... Saya sayang awak! Uhibbuki fillah. Serius. Awak akan graduasi, saya masih ada dua semester di sini. Sedihnya saya. [Aku] : Buang tabiat. Tanpa angin, tiada ribut cakap kamu sayang saya...Kamu pun akan graduasi...Amin. [Rakan]: Lambat. Nanti awak sudah kerja, ada keluarga, saya di sini lagi. Siapakah yang akan menjadi sahabat saya? [Aku] : Lawak! Ramai kawan lain. Bukan saya seorang kawan kamu. [Rakan]: Semua tidak sama dengan awak. Awak lain. [Aku] : Lain? Adakah saya seperti alien? [Rakan]: Awak baik. Saya suka kawan dengan awak. Bukan sebab awak cantik, bukan sebab awak...