Skip to main content

Posts

Kenang-kenangan Hidup

Aku tidak pasti adakah pernah sekali aku menyudahkan bacaan keempat-empat buku ini.  Seingat aku, sebelum ini juga aku hanya menyudahkan bacaan hingga Buku Ketiga, kemudian aku letak kembali di rak. Buku Kedua menjadi kegemaran aku. Sebab HAMKA bercerita tentang dunia kepengarangan beliau. Banyak perkongsian yang boleh dijadikan teladan. Bagaimana jadi pengarang? Siapa yang dikatakan seniman? Apa itu seni dan keindahan. Persoalan-persoalan ini sedikit sebanyak terjawab dengan membaca Buku Kedua Kenang-kenangan Hidup.  "Seniman adalah orang yang lekas terharu melihat atau mendengar yang ada di sekelilingnya." Buku Pertama dan Kedua membicarakan kisah beliau sejak kelahiran hingga zaman kemuncak beliau dalam dunia penerbitan dan kepengarangan. Ah, betapa perlu juga pengarang menukil kisah hidupnya, untuk dibaca dan diteladani orang terkemudian. Kata mahu mengenali HAMKA, bolehlah bermula dengan menyudahkan bacaan buku ini. "tulisan inilah mengganti bicara. ...

Ulang Baca

Ulang baca status-status di Facebook yang belum dipadam. Baca kembali catatan-catatan di blog manuskrip bawah meja. Catatan yang mengimbau ingatan kepada kisah semalam, yang jauh ditinggalkan. Yang ada dan perlu diperhati, hari ini untuk kita hadapi. Sudah baca kembali, ingatlah semula setiap janji yang pernah kautabur, setiap kata yang minta dikota. Jangan sampai kata-kata makan diri. Beruntung kita boleh baca kembali catatan, agar boleh kita lakukan perubahan. Bagaimana kelak bila kita di depan Tuhan? Pada hari perhitungan dan pembalasan. # ilahusnabebel #2017 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Langkah-langkah Kecil

Apabila kita memilih untuk "mematikan" satu langkah, lalu, kita mula berfikir untuk memulakan langkah baharu. Lantaran jalan baharu perlu kita tempuh selepas itu. Perjalanan ini kita yang pilih. Semoga dibantu Dia. Sebagai permulaan, aku masih 'mengikat' diri sendiri sebagai Admin media sosial majalah Telaga Biru. Sementara Solusi kembali 'stabil' dan ada seseorang yang dapat menjaga sepenuhnya. Nanti, akan aku lepaskan jua. Jujur, aku belum mampu melepaskan tanggungjawab itu. Aku tidak tahu kesannya kepada jualan, namun aku mahu terus pembaca tahu yang Solusi sentiasa mahu berkongsi dengan mereka. Semoga ada yang tergerak untuk membeli dan melanggan. Meski seorang. Seterusnya aku mula berjinak-jinak dengan jualan buku. Baru permulan awal. Terlalu awal. Masih jauh langkah. Semoga tercapai impian aku kelak, mahu memiliki sebuah kafe buku. Kafe yang menjual buku dan menjadi tempat pencinta buku berkumpul. Semoga. (Mimpi itu, percuma bukan?) Aswara. Se...

Angkatan Baru -HAMKA

"Suara hati, yang meminta perhatian dari pendidik-pendidik, dari penganjur perkumpulan, bahkan dari ninik mamak adat sendiri. Tentukanlah arah dari pendidikan anak-anak perempuan kita."-HAMKA Tulisan HAMKA masih "kena" dengan anak muda zaman kini. Sarat dengan kritikan masyarakat. Kesan apabila terlalu dimanjakan, diberi pendidikan, tetapi 'kurang arif' kemahiran kehidupan. "Rupanya mantik dan ma'ani dipelajarinya, nahwu dan saraf dihafalnya, cerita roman dibacanya dengan asyik, hanya satu perkara yang tidak dimahirkannya, iaitu memasak." (Terasa ditembak berkali-kali di dahi membacanya) "...Dan memang kitab-kitab itu dibelinya, bukan untuk dibacanya, kerana itu belum makanan otaknya, tetapi disusun di atas rak buku dengan teratur." Buku yang nipis tetapi tebal dengan nasihat. Pesanan untuk anak muda yang baru menamatkan pengajian khususnya dan untuk setiap kita, amnya. Realiti bukan hanya yang indah-indah. ...

Mengait Buah Kenangan I

Setiap langkah yang kita atur, ada rencam rasa. Manis, pahit, suka dan duka. Yang dikenang dan diingat selalu tentulah yang manis-manis. Potret Keluarga SOLUSI 2013 Keluarga Solusi. Hampir empat tahun aku bersama team ini sebelum mengambil keputusan berhenti bekerja makan gaji. Usah ditanya sebabnya, tidaklah aku mampu menjawab soalan yang terlalu peribadi ini. Cuma doakan aku direzekikan sambung belajar selepas ini, menyambung cita-cita yang tertangguh lantaran sikap diri. Mahu diimbas-imbas, pastinya tidak semua mampu aku ingat kembali. Kata orang, sudah rezeki, ada jalannya. Meski "gagal" semasa temuduga lisan, temuduga bertulis menyelamatkan dan menjadi jalan untuk aku diterima sebagai sebahagian team Solusi. I Yang paling menggembirakan tentu sahaja lantaran dapat bertemu muka dengan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang sebelum ini aku hanya baca bukunya. Aku tidak ingat pertemuan pertama kami, namun ustaz antara orang yang paling bersemangat agar aku terus dan teru...

Harapan

Berhati-hati menaruh harapan, usah sampai tersalah harap. Lantaran yang menanggung kesannya dirimu sendiri. Bersederhana dalam segala hal dan bertindak bukan hanya menurut perasaan atau kata hatimu. Pertimbangkan semuanya sebelum engkau mengambil keputusan. Keputusan. Engkau perlu mengambil langkah pertama. Barulah langkah-langkah lain akan menyusul kelak. Jika langkah pertama tidak diambil, tiadalah langkah seterusnya. Terbukti demikian halnya yang berlaku. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Untuk Diriku yang Lupa...

-----Engkau tidak akan dapat semua yang engkau inginkan, namun engkau harus percaya yang setiap yang berlaku baik. Berusahalah menjadi lebih baik, walau dengan melakukan sati perubahan kecil dalam diri sendiri. Dan tetap menunaikan dan membaiki solat. Dengan membaiki cara solat, kita sedang memperbetul diri sendiri. Yang paling dekat, dirimu. Berkenalanlah lebih dekat, kenal lemah kuatnya dia. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.