Skip to main content

Posts

Sehingga Tarikh Ini...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lantaran kita sering diuji dengan kata-kata dan tulisan. Adakah diri akan terus bertahan atau jatuh lagi dan lagi? Tidak salah jatuh berkali-kali asalkan engkau tidak jemu untuk bangkit kali. Sehingga pada tarikh ini, dia belum memilih untuk meneruskan pekerjaan dalam bidang lain. Namun dia mengerti yang masa kian pantas, teramat pantas hingga dia perlu segera membuat keputusan. Keputusan untuk diri sendiri. Dia tiada jawapan paling jujur mengapa dia ambil keputusan itu. Dan dia terus membikin siri masalah meski dia tidak lagi berada di institusi itu. Dia sendiri kadang keliru dengan keputusan yang dia ambil awal-awal lagi. Berfikir, kali ini dia memang mengikut hati sendiri, tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kompleks. Ya, itu setiap kita, termasuk dia. Melihat nampak biasa, sebenarnya tidak sebiasa yang terlihat. Dan dia, dalaman dia amat lemah. Lemah untuk menanggung ...

Belum Melepaskan

Terlalu sukar rasanya melepaskan genggaman selama bertahun-tahun. Berkali-kali aku ulang, aku akan lepaskan semuanya saat ada orang lain yang sanggup menjadi pengganti. Bukan pentingkan diri, aku hanya memikirkan hal pembaca. Walaupun aku kurang berinteraksi, setiap hari aku cuba menyediakan hidangan secara maya kepada mereka. Cukuplah sekadar aku berkongsi tazkirah untuk pembaca. Mereka suka. Namun sampai bila akan aku bertahan dengan tugasan ini. Jawapa aku, selagi aku cinta. Enggan aku melepaskannya tanpa pengganti. Membiarkan "ladang" yang semai, akhirnya tanaman jadi layu, bukan aku. Aku mahu biarkan ladang terus tumbuh, hingga ada petani baharu yang akan menjaga. Saat itu, aku akan pergi. Pergi jauh. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Tulisan

Tulisan dan aku, masih bersahabat. Hanya kini kian berselerak... di mana- mana sahaja. Penting menuliskan kisah seputar hidupku, buat bacaan sendiri. Tulisan, mengingatkan aku.. yang dahulu dan hari ibi.

Izinkanku Berundur

Ketika engkau tidak mampu bertahan, dan memilih untuk melarikan diri. Sekali lagi. Bukan kerana protes atau membawa, hanya kerana aku seakan tidak mampu untuk menjaga hati sendiri. Terasa tidak enak dengan rasa-rasa yang sering menghuni diri belakangan ini. Aku memilih untuk berundur. Maafkan aku. Berundur, namun aku masih ada di sana. Hatiku ada di sana, merindui semua yang ada di sana. Namun demi menjaga hati dan diri sendiri, aku berundur dahulu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Tulisan dan perasaan Aku seorang perempuan yang sering menjadikan tulisan sebagai suara meluahkan perasaan. Tidak semua yang aku tuliskan, aku amalkan. Tidak semua yang aku cakapkan berulang kali, aku buat. Namun, bukankah dengan menasihati orang lain, sebenarnya kita sedang menasihati diri sendiri? Situasi. Entah mengapa, semakin hari rasa suka akan kerjaya yang aku cinta semakin berkurang. Mungkinkah kerana keadaan diriku yang semakin jauh daripad mengingati Tuhan? Kadang, ah, selalu aku sering tersasar daripada landasan sebenar. Aku cuba untuk kembali, kembali ke jalan asal aku bermula. Tulisan dan perasaan. Itu aku dan tulisanku. Orang akan senang sekali membaca apa yang aku rasa hanya dengan melihat apa-apa yang aku nukilkan di media sosial atau di mana-mana tempat yang aku tuliskannya. Seringnya yang aku tuliskan akan ada kaitan... ada kaitan, walau sering aku nafikan. Lantaran aku jarang dapat menipu menggunakan tulisan. Tulisan suatu amanah. Amanah buat diri aku sendir...

Selepas Angka 27

Meneruskan langkah,tidak menyerah. Bisik pada hati, setiap yang berlaku ada kebaikan. Pesan pada diri, letak Allah yang pertama. Cinta Allah, Rasul dan mak ayah yang tertinggi. Mahu kembara, kembalikan keberanian. Tentang wang?? Tidak akan pernah cukup, bahagia dengan apa yang ada banyakkan memberi. Makin memberi makin dapat. Tentang jodoh? Allah tahu yang terbaik. Pesan ustaz, jemput jodoh dengan jadi baik dahulu. Masa terbaik akan datang. :) Bisik-bisik dalam diri, pilih yang mana perlu engkau peduli, dan perlu engkau buat-buat tidak dengar. Sepatutnya, 27 sudah terlalu matang. Untuk seorang Jamilah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi.  Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri.  Kemudian, l etakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan.  Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin seb...