Skip to main content

Posts

Tulisan

Tulisan dan aku, masih bersahabat. Hanya kini kian berselerak... di mana- mana sahaja. Penting menuliskan kisah seputar hidupku, buat bacaan sendiri. Tulisan, mengingatkan aku.. yang dahulu dan hari ibi.

Izinkanku Berundur

Ketika engkau tidak mampu bertahan, dan memilih untuk melarikan diri. Sekali lagi. Bukan kerana protes atau membawa, hanya kerana aku seakan tidak mampu untuk menjaga hati sendiri. Terasa tidak enak dengan rasa-rasa yang sering menghuni diri belakangan ini. Aku memilih untuk berundur. Maafkan aku. Berundur, namun aku masih ada di sana. Hatiku ada di sana, merindui semua yang ada di sana. Namun demi menjaga hati dan diri sendiri, aku berundur dahulu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Tulisan dan perasaan Aku seorang perempuan yang sering menjadikan tulisan sebagai suara meluahkan perasaan. Tidak semua yang aku tuliskan, aku amalkan. Tidak semua yang aku cakapkan berulang kali, aku buat. Namun, bukankah dengan menasihati orang lain, sebenarnya kita sedang menasihati diri sendiri? Situasi. Entah mengapa, semakin hari rasa suka akan kerjaya yang aku cinta semakin berkurang. Mungkinkah kerana keadaan diriku yang semakin jauh daripad mengingati Tuhan? Kadang, ah, selalu aku sering tersasar daripada landasan sebenar. Aku cuba untuk kembali, kembali ke jalan asal aku bermula. Tulisan dan perasaan. Itu aku dan tulisanku. Orang akan senang sekali membaca apa yang aku rasa hanya dengan melihat apa-apa yang aku nukilkan di media sosial atau di mana-mana tempat yang aku tuliskannya. Seringnya yang aku tuliskan akan ada kaitan... ada kaitan, walau sering aku nafikan. Lantaran aku jarang dapat menipu menggunakan tulisan. Tulisan suatu amanah. Amanah buat diri aku sendir...

Selepas Angka 27

Meneruskan langkah,tidak menyerah. Bisik pada hati, setiap yang berlaku ada kebaikan. Pesan pada diri, letak Allah yang pertama. Cinta Allah, Rasul dan mak ayah yang tertinggi. Mahu kembara, kembalikan keberanian. Tentang wang?? Tidak akan pernah cukup, bahagia dengan apa yang ada banyakkan memberi. Makin memberi makin dapat. Tentang jodoh? Allah tahu yang terbaik. Pesan ustaz, jemput jodoh dengan jadi baik dahulu. Masa terbaik akan datang. :) Bisik-bisik dalam diri, pilih yang mana perlu engkau peduli, dan perlu engkau buat-buat tidak dengar. Sepatutnya, 27 sudah terlalu matang. Untuk seorang Jamilah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi.  Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri.  Kemudian, l etakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan.  Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin seb...

Setelah Lama Pena Banyak Tidak Menuliskan Sesuatu

Apa yang kita lalui tidak seindah yang kita bayangkan. Sebab kehidupan mengajar kita untuk memaknai banyak rasa. Kadang kita rasa kita sudah melakukan yang terbaik, sedang hakikatnya kita belum melakukan yang terbaik. Kita sendiri yang mengambil keputusan atas setiap hal yang sedang kita lakukan. Belajarlah tentang hidup selama engkau masih hidup.